You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN
Pemilihan Professional Learning Community (PLC) atau Komuniti Pembelajaran
Profesional sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan kualiti guru berdasarkan
trend dan perkembangan pendidikan di negara-negara maju dalam pemantapan
komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik dilihat sebagai usaha yang
dapat meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional di
negara-negara tersebut merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah
dengan pihak di luar komuniti sekolah. Aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentigan
dengan pihak sekolah adalah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi
meningkatkan pencapaian murid. Secara amnya Komuniti Pembelajaran Profesional
(PLC) merujuk kepada usaha para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif
serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi
yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

2.0 CADANGAN AKTIVITI BERDASARKAN STRATEGI KOMUNITI PEMBELAJARAN


PROFESIONAL (PLC)

Aktiviti yang dicadangkan ialah Gallery Tour. Gallery Tour merupakan salah satu
daripada aktiviti pembelajaran abad ke-21. Aktiviti ini menggunakan isyarat daripada
guru untuk murid bergerak secara berpasukan untuk melihat hasil perbincangan atau
hasil kerja rakan-rakan. Hasil pasukan lain ditampal atau dilukis di atas meja untuk
pasukan lain melihat atau membacanya. Pasukan asal hendaklah meletakkan pensil
atau kertas di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh memberikan
komen atau pengukuhan berkaitan hasil kerja mereka. Apabila guru memberi isyarat
kedua, semua murid balik ke tempat asal dan membuat perkongsian dalam pasukan
maklumat yang telah dipelajarinya daripada rakan atau pasukan lain.
Terdapat lima strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) iaitu Dialog Reflektif
(Reflective Dialogue), Penswastaan Amalan (De-Privatization of Practice), Fokus Secara
Kolektif Terhadap Pembelajaran Murid (Collective Focus on Student Learning),
Kolaborasi (Collaboration), dan Norma dan Nilai Dikongsi Bersama (Shared Norms and
Value) (DuFour, Richard & Eaker, Robert, 1998). Kesemua strategi ini dihimpunkan atas
satu tujuan iaitu membantu guru-guru dalam nilai tambah pengajaran dan pembelajaran
bagi meningkatkan prestasi setiap panitia sekolah dan seterusnya meningkatkan
pencapaian sekolah serta merealisasikan kualiti guru yang cemerlang. Setiap strategi ini
dilaksanakan dengan langkah dan elemen yang berbeza mengikut kesesuaian strategi
tersebut.
Untuk penambahbaikan aktiviti ini, salah satu strategi Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC) digunakan dalam usaha memantapkan aktiviti yang dirancang
berkualiti dan berkesan. Salah satunya ialah Penswastaan Amalan (De-Privatization of
Practice). Penswastaan amalan merujuk kepada strategi yang memerlukan bantuan
guru-guru lain untuk memperbaiki aktiviti pengajaran supaya lebih efektif kepada murid
(DuFour, R., Eaker, R., & Many, 2006). Terdapat empat elemen di bawah Penswastaan
Amalan iaitu Jejak Pembelajaran (Learning Walks), Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau
Pembimbing Instruksi (Peer Coaching/ Instructional Coaches), Belajar menggunakan
Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study), dan Sesi Perkongsian Guru (Teacher
Sharing Sessions) (Kruse, S., Louis, K., & Bryk, A. ,1994).

STRATEGI ELEMEN
Penswastaan Amalan (De-  Jejak Pembelajaran (Learning
Privatization of Practice) Walks)
 Bimbingan Rakan Sebaya Guru
atau Pembimbing Instruksi (Peer
Coaching/ Instructional Coaches)
 Belajar menggunakan Rancangan
Pengajaran Harian (Lesson Study)
 Sesi Perkongsian Guru (Teacher
Sharing Sessions)

Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi yang merupakan salah satu
daripada elemen dalam Penswastaan Amalan. Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau
Pembimbing Instruksi (Peer Coaching / Instructional Coaches) merujuk kepada strategi
secara sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan
kitaran prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi. Elemen ini juga merupakan
salah satu strategi untuk memperbaiki pelaksanaan kurikulum terhadap strategi, teknik
dan kemampuan guru dalam pembelajaran. Bimbingan rakan sebaya ialah satu proses
yang melibatkan dua atau lebih rakan profesional bekerja bersama-sama untuk
mencerminkan amalan semasa, berkembang, dan membina kemahiran baharu,
berkongsi idea, atau mengajar antara satu sama lain. Elemen ini memberi peluang
kepada guru untuk berkongsi pengalaman pengajaran dan pengetahuan pedagogi di
dalam bilik darjah tanpa sebarang paksaan. Penggunaan elemen ini boleh dijadikan
sebagai langkah penambahbaikan untuk aktiviti Gallery Tour.
Terdapat tiga model dalam elemen ini. Model pertama ialah guru mengajar model
pengajaran. Dalam model ini, guru yang mengajar manakala pembimbing instruksi dan
guru-guru lain akan memerhati sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Model
seterusnya ialah pembimbing instruksi sebagai guru yang mengajar model pengajaran.
Sewaktu pembimbing instruksi sedang mengajar, guru-guru lain pula akan memerhati.
Model terakhir ialah pengajaran secara berpasangan. Dalam model ini, pembimbing
instruksi boleh mengajar bersama-sama guru. Setiap model ini, terdapat tiga langkah
pelaksanaannya, iaitu prakonferensi, pemerhatian, dan pasca konferensi (Hasbrouck,
J.E., & Christen, M.H.. 1997).
Model pertama yang diutamakan dalam tugasan ini ialah, guru mengajar model
pengajaran dan dipantau oleh pembimbing instruksi. Pengajaran dimulakan dengan
langkah pertama iaitu prakonferensi. Perkara yang perlu dibincangkan dalam langkah ini
ialah topik, matlamat, fokus, pengumpulan data, dan membuat ringkasan. Guru sebagai
pemerhati hendaklah mengenal pasti aktiviti Gallery Tour yang dijalankan sesuai dengan
topik dan selari dengan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) telah digubal supaya
sistem pendidikan di Malaysia dapat diselaraskan sekaligus menjadi panduan oleh guru
dalam menghasilkan pengajaran yang efektif. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan hendaklah
selaras secara tepatnya dengan DSKP supaya aktiviti tersebut benar-benar berkesan
kepada murid dalam pembelajaran mereka. Matlamat dan fokus yang diinginkan oleh
guru dapat dikenal pasti selepas aktiviti Gallery Tour dijalankan iaitu ketika murid
membuat perkongsian dan maklum balas dengan rakan sekumpulan tentang maklumat
yang diperoleh. Maklum balas dan perkongsian murid dengan ahli kumpulannya dalam
aktiviti tersebut membolehkan guru untuk membuat imbasan terhadap aktiviti yang
dijalankan sama ada berkesan atau sebaliknya dan membolehkan guru membuat
penambahbaikan untuk aktiviti tersebut pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan
datang. Pengumpulan data diperoleh melalui pemerhatian keberkesanan kepada murid
terhadap aktiviti yang dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada akhir
langkah ini, pembimbing instruksi akan membuat ringkasan tentang pengaplikasian
aktiviti Gallery Tour tersebut di dalam bilik darjah.
Seterusnya, pemerhatian terhadap aktiviti sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pemerhatian ini boleh dibuat melalui catatan. Maklumat yang boleh dicatat adalah
seperti langkah-langkah pelaksanaan aktiviti tersebut, bahan bantu belajar yang
digunakan oleh guru tersebut seperti kertas dan pensil atau teknik arahan yang
digunakan oleh guru untuk memberi isyarat kedua kepada murid. Selain itu, langkah
pemerhatian juga boleh dijalankan melalui senarai semak aktiviti ini. Aktiviti Gallery Tour
memerlukan penglibatan kesemua murid. Oleh itu, kebijaksanaan guru sangat penting
untuk memastikan kelancaran sesuatu aktiviti. Misalnya, kawalan di dalam kelas,
penglibatan murid, dan kerjasama murid dalam menyelesaikan tugasan. Gambar atau
rakaman visual boleh juga digunakan sebagai langkah pemerhatian. Gambar dan visual
ini sangat perlu untuk membuat refleksi tentang aktiviti yang dijalankan. Aktiviti Gallery
Tour ini merupakan aktiviti yang menggunakan keseluruhan bilik darjah. Oleh itu, guru
akan sukar untuk mengawal dan memerhati keseluruhannya. Lantaran itu, dengan
wujudnya kepingan gambar akan dapat membantu guru memerhatikan kekurangan yang
terdapat dalam aktiviti tersebut.
Langkah terakhir ialah pascakonferensi, dalam langkah ini pembimbing instruksi
akan meminta guru pengajar membuat penilaian kendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan. Penilaian kendiri ini termasuk pemerhatian sendiri guru tersebut terhadap
murid-muridnya ketika menjalankan aktiviti Gallery Tour. Seterusnya, pembimbing
instruksi akan memberikan komen sama ada yang negatif atau positif tentang
pelaksanaan aktiviti Gallery Tour dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan. Komen-komen yang diberikan akan disusuli dengan cadangan
penambahbaikan oleh guru pengajar yang boleh membantu meningkatkan mutu
keberkesanan aktiviti Gallery Tour ini. Selain itu, pembimbing instruksi juga akan
menanyakan tentang usaha guru pengajar untuk memberi kelainan pada aktiviti tersebut
berdasarkan cadangan penambahbaikan aktiviti Gallery Tour tersebut.

3.0 PENUTUP
Dengan pengaplikasian strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) di dalam
aktiviti pembelajaran, guru dapat memperbaiki dengan sebaiknya aktiviti tersebut supaya
dapat diaplikasikan pada masa akan datang untuk topik yang lain. Selain itu, dengan
bantuan guru-guru lain, dapat mengeratkan lagi hubungan dan membentuk kerjasama
antara guru demi meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran mereka
(Neufeld, B. & Roper, D.,2003). Penggunaan strategi ini tidak tertumpu dalam mana-
mana subjek dan boleh diaplikasikan untuk semua subjek kerana strategi ini bersifat
fleksibel.
RUJUKAN

DuFour, Richard & Eaker, Robert (1998). Professional learning communities at


work: Best practices for enhancing student achievement.1st ed. Solution Tree.

DuFour, R., Eaker, R., & Many (2006). Learning by doing: A handbook for
professional learning communities at work. New York: Teachers College

Hasbrouck, J.E., & Christen, M.H. (1997). Providing peer coaching in inclusive
classrooms: A tool for consulting teachers. Intervension in school and clinic,
32(3), 172-177.
Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. “Sistem
reka bentuk pengajaran kolaboratif” https://asiemodel.net/ms/apa-itu-komuniti-
pembelajaran-profesional-plc-2/ -diakses pada 8 Februari 2019

Bahagian Pendidikan Guru. (2006). Komuniti Pembejaran Profesional.


Kementerian Pendidikan Guru. Kuala Lumpur.

Kruse, S., Louis, K., & Bryk, A. (1994). Building professional community in
schools. Madison, WI: Center on Organization and Restructuring Schools.

Neufeld, B. & Roper, D. (2003). Coaching: A strategy for developing instructional


capacity. Providence: Annenberg Institute for School Reform. Los Angeles,
California.

You might also like