You are on page 1of 7

TUGASAN SATU:

PEMBENTANGAN
KUMPULAN

1
TUGASAN TIGA:
PENULISAN ESEI

2
1.0 PENDAHULUAN

Pengisian kurikulum merupakan pengurusan panitia Sejarah di sekolah yang


merangkumi pengurusan mesyuarat panitia, pengurusan fail, pengurusan kewangan dan
perancangan aktiviti panitia. Tujuan penubuhan panitia Sejarah adalah untuk
memperbaiki mutu pelajaran Sejarah dengan cara mencari strategi-strategi mengajar
yang inovatif untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran ini (Abdullah Sani
Yahya, 2003). Peranan panitia sejarah amatlah besar di sekolah. Antaranya ialah
mendapatkan sukatan mata pelajaran yang terbaru iaitu yang telah dikemaskini oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia demi kegunaan ahli-ahli panitia iaitu guru-guru
Sejarah (Ayob Jantan, 2004). Selain itu, panitia ini juga hendaklah menyediakan
rancangan mengajar untuk ketiga-ketiga penggal dalam tahun persekolahan. Hal ini
demikian untuk mewujudkan keselarasan antara setiap guru. Seterusnya, memilih dan
mencadangkan buku-buku rujukan sama ada buku latihan atau buku teks yang sesuai
dengan keperluan pembelajaran murid dan juga kegunaan guru-guru untuk menjadi
bahan pengajaran.

Di samping itu, menyelaraskan soalan-soalan yang akan digunakan dalam ujian atau
peperiksaan. Panitia juga mengkaji dan menganalisis keputusan murid dalam setiap
peperiksaan dan memikirkan langkah-langkah memperbaiki kelemahan dalam
pengajaran. Dengan menggunakan panitia ini, guru-guru Sejarah dapat bertukar-tukar
pendapat tentang ilmu, atau isu-isu berbangkit dan saling berkerjasama dalam
menyelesaikan masalah. Panitia Sejarah dianggotai oleh guru-guru yang mengajar
subjek Sejarah. Kewibawaan sesebuah panitia itu tidak akan dapat dibina tanpa dedikasi
dan keberkesanan daripada anggota mereka sendiri iaitu guru-guru Sejarah. Keperluan
guru Sejarah yang berkesan adalah sangat tinggi dalam sesebuah panitia.

2.0 PEMBUKTIAN KEBERKESANAN GURU SEJARAH DALAM PENGURUSAN


KURIKULUM SERTA MENERAPKAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI
SIVIK

Guru Sejarah yang berkesan ialah guru Sejarah yang mempunyai empat ciri-ciri utama
iaitu berpengetahuan, mempunyai keperibadian yang tertentu, mempunyai kepelbagaian
kaedah, dan menguasai bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Seorang
guru Sejarah yang berkesan semestinya mempunyai keperibadian yang tersendiri
antaranya ialah sentiasa peka terhadap isu semasa terutamanya mengenai hal-hal
Sejarah dan sentiasa berkongsi tentangnya kepada orang lain. Salah satu cara yang
boleh digunakan oleh seorang guru Sejarah yang berkesan untuk berkongsi tentang isu

3
semasa yang baru diperolehinya ialah melalui mesyuarat panitia Sejarah. Mesyuarat
merupakan peluang terbaik kerana mana-mana ahli boleh bersuara untuk kemukakan
pendapat atau ilmu-ilmu baru berkenaan Sejarah untuk dikongsikan. Misalnya, minit
mesyuarat antara panitia Sejarah di peringkat daerah berkaitan tentang perkara-perkara
terbaru tentang pelajaran yang baru dikemaskini dan dikongsikan di mesyuarat panitia di
peringkat sekolah. Lalu dibicarakan dengan teliti sekali untuk mengenal pasti langkah-
langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan hal-hal yang terbaru ini. Dalam masa
yang sama, mewujudkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik iaitu perasaan
kekitaan iaitu apabila semua ahli panitia Sejarah di sesebuah sekolah duduk berbincang.
Walaupun masing-masing mempunyai berbeza personaliti tetapi mampu berbincang di
satu meja yang sama dan membincangkan perkara yang sama.

Selain itu, seorang guru Sejarah yang berkesan juga mempunyai keperibadian yang
kreatif dan inovatif. Hal ini demikian kerana, setiap tahun panitia Sejarah merancang
pelbagai aktiviti untuk meningkatkan lagi semangat patriotik dalam diri murid. Semangat
patriotik bermaksud semangat kemerdekaan yang ada dalam masyarakat yang
memperingati tentang jasa tokoh yang telah memerdekakan negara (Abd. Rahim Abd.
Rashid, 2004). Semangat patriotik juga merupakan salah satu elemen kewarganegaraan
dan nilai sivik yang sangat penting. Semangat ini perlu dipupuk dalam diri murid supaya
mereka lebih menghargai suasana tenang dan aman yang sedang mereka peroleh pada
hari ini. Antara kaedah yang boleh digunakan oleh guru Sejarah yang berkesan melalui
panitia Sejarah untuk menerapkan semangat patriotik dalam diri murid ialah melalui
aktiviti-aktiviti di sekolah. Aktiviti sekolah merupakan salah satu kaedah yang sangat
mudah untuk memupuk nilai-nilai positif dalam diri murid (Walter C. Parker, 2010). Guru
hendaklah memiliki idea yang kreatif dan inovatif dalam merancang akiviti yang sesuai
dengan diri murid. Antara contoh-contoh aktiviti yang sesuai ialah Hari Kemerdekaan,
Mengibar Jalur Gemilang, Larian Kemerdekaan dan lain-lain lagi. Perancangan yang
kreatif hendaklah distrukturkan sebaiknya oleh guru supaya mudah dilaksanakan dan
berjalan dengan lancar ketika aktiviti tersebut dijalankan. Guru juga hendaklah memilih
cara yang kreatif untuk menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang perlu
dipupuk dalam diri murid sambal mereka menyertai akivit-aktiviti yang dijalankan.

Di samping itu, seorang guru yang berkesan juga mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang ilmu Sejarah dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Sejarah Sekolah Rendah. Berpengetahuan bermaksud menguasai isi
kandungan mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Sejarah dengan sebaik yang
mungkin (Amin Senin, 2008). Ini bermaksud Penguasaannya terhadap mata pelajaran
itu sehinggakan mampu dijadikan rujukan oleh orang lain. Apabila ditanyakan kepada

4
guru tersebut tentang Sejarah, beliau dapat menjawab dengan betul. Penguasaan yang
dimaksudkan merangkumi juga penguasaan terhadap Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran Sejarah Sekolah Rendah. Oleh itu, seorang guru Sejarah yang
berkesan hendaklah terlibat sama dalam memilih buku rujukan iaitu buku teks dan buku
latihan yang akan digunakan oleh murid dan semua guru Sejarah di sekolah mereka.
Buku teks digunakan sebagai panduan guru dan juga murid manakala buku latihan
digunakan untuk membuat pengukuhan bagi setiap tajuk. Buku rujukan yang dipilih
hendaklah menepati ilmu-ilmu Sejarah dan DSKP supaya sesuai dengan keperluan
murid. Ilmu-ilmu Sejarah yang terdapat di dalam buku tersebut hendaklah dipastikan
supaya tidak bias pada mana-mana pihak. Selain itu, buku rujukan tersebut hendaklah
mempunyai elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti perkongsian Sejarah iaitu
mampu menjadikan murid menghayati peristiwa-persitiwa sejarah serta berbangga
dengan asal usul negara mereka sendiri (Azis Nik Pa & Noraini Idris, 2008). Hal ini
demikian kerana, Sejarah bukan sahaja merupakan subjek yang memerlukan muridnya
mengingati fakta yang ingin disampaikan tetapi menginginkan muridnya supaya
mengambil iktibar melalu semua peristiwa silam yang menjadikan negara ini pernah
dijajah supaya peristiwa tersebut tidak akan berulang pada masa hadapan.

Seorang guru Sejarah yang berkesan juga haruslah menguasai bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) (Ainin Naufal, 2011). Hal ini demikian kerana, pada
hari ini, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah sangat sinonim
dengan bidang keguruan. Bidang keguruan bukan sahaja mengenai sesi pengajaran dan
pembelajaran, tetapi turut merangkumi bidang pengurusan fail, pengurusan kewangan
dan sebagainya (Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar, 2006). Segala macam hal mengenai
kedua-dua ini tidak lagi menggunakan sistem manual iaitu di atas kertas tetapi
menggunakan teknologi untuk menyimpan segala data-data penting di dalam komputer.
ini adalah untuk memastikan data-data yang disimpan dalam keadaan yang lebih
selamat dan sulit. Apatah lagi apabila berkaitan dengan hal-hal panitia yang sangat
menitikberatkan penyimpanan fail untuk menyimpan sukatan pelajaran Sejarah, minit-
minit mesyuarat panitia, surat-surat program kecemerlangan, keputusan ujian dan
peperiksaan, fail maklumat guru Sejarah dan lain-lain lagi. Di samping itu, menerapkan
juga elemen-elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam diri guru itu sendiri dalam
menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkkan iaitu kesetiaan kepada
pemimpin iaitu guru atasan seperti guru besar, ketua panitia atau lain-lain. Kesetiaan
dalam menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.

Akhir sekali, seorang guru Sejarah yang berkesan perlulah mempunyai kepelbagaian
kaedah. Kepelbagaian kaedah pengajaran adalah seperti penggunaan peta i-Think,

5
pembelajaran abad ke-21, pembelajaran koperatif dan lain-lain lagi dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran (Saihah Abdullah, 2005). Hal ini demikian kerana, ciri-ciri
ini sangat penting apabila tanggungjawab seorang guru telah dipikul. Panitia juga
ditubuhkan untuk mencipta rancangan pengajaran seperti Rancangan Pengajaran
Harian dan Rancangan Pengajaran Tahunan. Hal ini adalah untuk menyelaraskan
semua silibus yang bakal diajar oleh guru-guru Sejarah. Kepelbagaian kaedah yang
dikuasai oleh guru membantu untuk membentuk rancangan pengajaran yang menarik
(Esah Sulaiman, 2004). Melalui pengetahuan kaedah seperti pedagogi, pembelajaran
abad ke-21, pembelajaran koperatif dan lain-lain lagi boleh diaplikasikan dalam
rancangan pengajaran yang bakal dibina. Oleh itu, sesi pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik kerana corak pembelajaran yang pelbagai menimbulkan minat murid
terhadap mata pelajaran Sejarah. Selain menerapkan kepelbagaian kaedah dalam
rancangan pengajaran, elemen kewarganegaraan juga boleh diterapkan seperti
pengisian nilai. Nilai-nilai yang perlu diterapkan dalam diri murid adalah seperti
menyanjung Rukun Negara dan menjadikannya sebagai prinsip sepanjang kehidupan
mereka. Guru hendaklah bijak merancang pengajaran menggunakan kaedah yang
dikuasai di samping menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam
pembelajaran murid.

3.0 PENUTUP

Guru merupakan golongan pendidik yang ditugaskan untuk melahirakan generasi yang
berjasa pada negara. Dengan tertubuhnya persatuan panitia bagi setiap subjek adalah
untuk membantu golongan guru menyelesaikan masalah-masalah yang timbul
disebabkan peredaran masa yang sentiasa memerlukan pendidikan yang terkini dan
sesuai dengan pembangunan negara pada era ini. Oleh itu, dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sekolah Rendah, elemen kewarganegaraan dan
nilai sivik akan diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah. Elemen dan nilai sivik
tersebut diharapkan agar dapat melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan
bersemangat patriotik. Hal ini amat penting untuk diterapkan dari peringkat awal lagi,
khususnya di sekolah rendah bagi mengukuhkan lagi nilai yang ada dalam diri seorang
warganegara. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

6
RUJUKAN

Abdullah Sani Yahya. (2003). Mengurus Sekolah. Selangor: PTS Professional.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2004). Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur:
Utusan Publications.

Ainin Naufal. (2011). Cikgu Paling Gempak. Selangor: PTS Media Group Sdn. Bhd.

Amin Senin. (2008). Pembangunan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Ayob Jantan. (2004). Pengetua Sekolah yang Efektif. Selangor: PTS Professional.

Azis Nik Pa & Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia:
pengalaman 50 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Kuala Lumpur: Penerbit UTM.

Saihah Abdullah. (2005). Guru Sebagai Fasilitator. Selangor: PTS Professional.

Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar. (2006). Kerjaya Sebagai Guru. Selangor: PTS Professional.

Walter C. Parker. (2010). Social Studies Today. United Kingdom: Routledge.

https://www.scribd.com/document/358276019/Element-kewarganegaraan-dan-Nilai-sivik -
diakses pada 1 September 2018

http://pismpsejarah.blogspot.com/2015/02/peranan-penerapan-elemen.html - diakses pada 1


September 2018

https://www.slideshare.net/maunasugumaran/180701541-
notasjh3103kurikulumsejarahsekolahrendahbab5docx - diakses pada 1 September
2018

https://www.scribd.com/presentation/358539787/Bab-7-Guru-Sejarah-Yang-Berkesan -
diakses pada 1 September 2018

You might also like