You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
adalah amat penting bagi guru bagi memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti
oleh murid dengan lebih baik (Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Mohd Zohir
Ahmad, 2007). Penggunaan BBB yang berkesan berjaya menarik minat murid dan
mengekalkan situasi pengajaran yang lebih menarik. BBB yang menggunakan pelbagai
deria akan memberikan kesan dalam menerangkan sesuatu konsep kepada muris
khususnya konsep yang abstrak. Atan Long (1982) berkata BBB terdiri daripada
pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara. Misalnya,
dalam betuk buku, carta, atau diletakkan pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Selain
digunakan untuk membantu murid lebih memahami pengajaran tetapi turut membantu
guru melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.0 BAHAN BANTU BELAJAR YANG DIGUNAKAN

Bahan bantu belajar yang saya pilih ialah topeng watak. Bahan bantu belajar yang saya
gunakan diletakkan di bahagian lampiran iaitu pada akhir tugasan ini. Bahan bantu
belajar ini saya gunakan khas pada teknik teater bercerita. Teknik ini sesuai digunakan
dalam aktiviti seni bahasa. Topeng watak ini akan dihasilkan sendiri oleh murid-murid
tersebut mengikut kreativiti mereka sendiri. Topeng watak ini juga dihasilkan
menggunakan gambaran murid terhadap perwatakan watak di dalam cerita yang mereka
perolehi. Misalnya, watak jerung di dalam cerita Anak Ikan yang Suka Menipu yang
gemar memakan ikan-ikan kecil merupakan watak yang antagonis dalam cerita tersebut.
Oleh itu, topeng jerung yang perlu dihasilkan hendaklah kelihatan ganas dan jahat
supaya penonton dapat menggambarkan perwatakan sesuatu watak dalam cerita
tersebut. Guru akan membekalkan setiap kumpulan dengan bahan-bahan yang
diperlukan untuk membuat topeng seperti kad manilla, pen marker dan tali rapia sebagai
penggantung topeng tersebut.

3.0 KESESUAIAN BAHAN BANTU BELAJAR

Kesesuaian bahan bantu belajar dapat ditentukan selepas digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Saya dapati topeng watak ini sangat sesuai dijadikan
sebagai bahan bantu belajar.
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan topeng watak ini adalah mudah
diperoleh. Mana-mana kedai di Malaysia ini memiliki bahan ini untuk dijual. Bahan yang
digunakan ialah kad manilla, pen marker dan tali rapia. Oleh itu, bahan ini membantu
menjimatkan masa guru yang menyediakan bahan bantu belajar. Guru boleh lebih fokus
untuk merancang kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga bahan ini
bukan sahaja mudah diperolehi tetapi boleh dibeli dengan harga yang murah. Guru-guru
memerlukan kos menyediakan bahan bantu belajar bagi setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya terdapat lima kelas yang diajar, maka guru harus menanggung
untuk kos bagi menyediakan BBB bagi semua kelas tersebut. Penggunaan BBB yang
kurang menggunakan kos adalah sangat sesuai bagi mengatasi masalah ini. Hal ini
dapat membantu guru-guru mengurangkan kos ketika menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran demi membantu murid memahami pengajaran yang disampaikan.
Penghasilan topeng watak ini oleh murid-murid membantu murid untuk melatih
kemahiran dalam Pendidikan Seni dan Visual. Penghasilan ini memerlukan dan
menggunakan kreativiti murid sepenuhnya untuk mencipta sebuah topeng yang sesuai
dengan watak yang terdapat di dalam cerita tersebut (Abdul Ghani Abdullah, 2007).
Bahan bantu belajar ini membantu melatih daya kreativiti murid untuk menghasilkan
sesuatu topeng watak mengikut reka bentuk mereka sendiri. Kreativiti dan inovasi
merupakan salah satu elemen merentas kurikulum yang terdapat di dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP). Oleh itu, penggunaan topeng watak ini
menerapkan elemen merentas kurikulum semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, penghasilan topeng watak ini membantu murid untuk melepaskan tekanan
semasa belajar ketika menghasilkan topeng ini. Pendidikan Seni dan Visual merupakan
satu medium yang diletakkan di dalam jadual sekolah untuk memberi ruang kepada
murid mengekspresikan bakat mereka melalui seni.
Selain itu, penggunaan topeng watak dalam aktiviti ini dapat membantu murid
merasakan suasana sebenar ketika mempersembahkan cerita di hadapan kelas
(Muhammad Yaumi, 2018). Suasana tersebut adalah bergantung kepada latar yang
ditetapkan dalam cerita. Merasai suasana adalah penting untuk membantu murid
menghayati watak yang dilakonkan. Walaupun cerita yang digunakan merupakan cerita
berkaitan haiwan tetapi setiap watak yang dimainkan mempunyai jiwa yang tersendiri.
Oleh hal yang demikian, setiap watak yang dilakonkan perlulah mempunyai emosi yang
tersendiri untuk memberi kefahaman dan penghayatan kepada penonton yang
menonton lakonan tersebut. Suasana sebenar juga mengajar murid untuk bermain
dengan perasaan ketika dalam lakonan. Perasaan dalam lakonan ini juga membantu
murid untuk menghadapi masalah-masalah yang akan datang. Murid hendaklah
mengetahui cara untuk mengendalikan perasaan dalam kehidupan seharian.
Di samping itu, topeng muka ini berperanan mengurangkan beban murid ketika
mempersembahkan lakonan. Ketika mempersembahkan lakonan, murid dikehendaki
mengingati jalan cerita, pergerakan keluar masuk, emosi yang perlu dibawa, skrip,
bahasa tubuh yang ingin dipersembahkan juga watak yang dimainkan (Kamaruddin
Ibrahim, 2013). Bagi murid tahun dua, terlalu banyak perkara yang perlu diingati oleh
mereka. Oleh hal yang demikian, topeng watak ini membantu murid untuk mengingati
watak-watak yang dimainkan oleh ahli kumpulannya. Hal ini memudahkan murid untuk
melakukan pergerakan dengan watak yang lain setelah mengecam watak yang lain
melalui topeng watak yang dikenakan oleh ahli mereka. Selain melakukan pergerakan,
interaksi antara watak-watak yang lain juga adalah sangat penting seperti lagak berbual
antara satu sama lain. Penggunaan topeng watak, mengingatkan watak-watak yang
dibawa oleh ahli kumpulan mereka.
Akhir sekali, topeng watak ini juga menguji tahap pengetahuan murid tentang
haiwan-haiwan yang terdapat di dalam cerita tersebut. Sesetengah murid tidak
mengetahui bentuk atau rupa sesuatu haiwan. Hal ini disebabkan oleh faktor
penempatan mereka iaitu di bandar (Esti Suryani, 2017). Haiwan-haiwan seperti kerbau,
lembu, dan kambing mungkin dianggap tiada beza kerana bentuk dan rupa ketiga-tiga
haiwan ini yang hampir sama menjadikan murid keliru dengan nama haiwan tersebut.
Dengan menggambarkan topeng watak ini, murid-murid dapata berkongsi pengetahuan
tentang haiwan-haiwan yang tedapat di dalam cerita yang bakal dilakonkan oleh
mereka.
Selain itu juga saya juga dapati terdapat kekurangan dalam menggunakan topeng
watak sebagai bahan bantu belajar. Antara kelemahannya ialah bahan tersebut tidak
dapat disimpan dalam jangka masa yang lama. Hal ini demikian kerana, bahan yang
digunakan merupakan kad manilla. Kad manilla merupakan bahan yang tidak kalis air
dan mudah terkoyak. Bagi murid yang lasak, bahan tersebut hanya mampu digunakan
bagi satu kali sesi sahaja dan tidak boleh digunapakai semula pada sesi yang lain.
Seterusnya, bahan ini juga tidak dapat dihasilkan sebaiknya oleh semua murid
dengan sempurna. Terdapat murid yang kurang kreatif tidak dapat menggambarkan
watak haiwan yang diperoleh disebabkan kekurangan idea untuk menghias topeng
tersebut. Terdapat beberapa murid yang salah mengambarkan watak haiwan kerana
topeng watak yang dihasilkan tidak dapat menyerupai haiwan yang dimaksudkan.

4.0 PENUTUP

Topeng watak merupakan salah penggunaan bahan bantu belajar di dalam kelas.
Berdasarkan kerelevanan di atas, selaras dengan pendapat Kamaruddin Hj Husin (1988)
iaitu kepentingan bahan bantu belajar ialah memberi ransangan dan minat kepada murid-
murid dan menyeronokkan murid. Murid-murid diusia tahun dua sukakan sesuatu aktiviti
yang mengerakkan lokomotor mereka. Misalnya menghasilkan topeng watak sebagai bahan
bantu belajar.

RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah. (2007). Humor dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Esti Suryani. (2017). Pembelajaran Inovasi Melalui Model Project Based Learning.
Yogyakarta: Deepublish.

Kamaruddin Hj Husin. (1988). Kaedah pengajaran Kesusasteraan. Kuala Lumpur: PTS


Profesional.

Kamaruddin Ibrahim. (2013). Amalan Penggunaann Bahan Bantu Belajar (BBB). Johor:
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Muhammad Yaumi. (2018). Media dan Teknologi Pembelajaran. Jakarta: Prenada Media.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi strategi dan
teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur PTS Professional.

You might also like