You are on page 1of 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2021

Program & Ambilan: PISMP AMBILAN JUN 2020

Semester/Tahun SEMESTER 4 / TAHUN 2

Nama Pelajar: PUTRI NUR AISYAH BT AZHARI

Angka Giliran: 2020182340041

Nombor Kad Pengenalan: 000925-02-0856

Kumpulan/Unit: PENGAJIAN MELAYU (PM)

Kod dan Nama Kursus: MPU3081- KOKURIKULUM PERSATUAN

Jenis Tugasan: TUGASAN 2: LAPORAN KAJIAN KES

Nama Pensyarah: DR KHOR AIK KEONG

Tarikh Hantar: 15 DISEMBER 2021

Pengakuan penerimaan maklumbalas Tanda tangan Pelajar:

daripada pensyarah: Tarikh:

Tanda tangan Pensyarah:

Tarikh:
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ................................................................................................................................. 3
1.0 PENGENALAN ......................................................................................................................... 5
2.0 SEJARAH PENUBUHAN ........................................................................................................ 5
3.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN ............................................................................... 6
4.0 AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN ................................................... 8
5.0 STRATEGI PENJANAANSUMBER KEWANGAN ............................................................ 10
6.0 ANALISIS SWOT DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ............................................ 10
7.0 KESIMPULAN ......................................................................................................................... 12
8.0 BIBLIOGRAFI ......................................................................................................................... 13
9.0 LAMPIRAN ................................................................................................................................... 14
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya, MPU3081
Kokurikulum (Persatuan) disiapkan tepat pada masanya. Ucapan terima kasih ditujukan
kepada kedua- dua ibu bapa yang saya hormati kerana mereka sentiasa memberikan
sokongan dan galakan kepada saya sepanjang saya melakukan kerja kursus ini.

Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada pensyarah MPU3081 saya iaitu Dr
Khor Aik Keong kerana mereka memberi banyak tunjuk ajar kepada saya semasa saya
membuat kerja kursus ini. Beliau juga memebrikan penjelasan yang banyak bagi membantu
saya menyelesaikan kerja kursus ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membantu saya
menyelesaikan masalah ketika menyiapkan tugasan ini. Diharapkan tugasan ini dapat
membantu individu lain dalam mencari maklumat ini
KAJIAN KES
PERSATUAN PENGGIAT ZAPIN NEGERI JOHOR (PE-ZAPIN)

OLEH
PUTRI NUR AISYAH BINTI AZHARI
1.0 PENGENALAN

Creswell (2008) menyatakan Kajian Kes sebagai kajian yang lebih memfokuskan kepada
sesuatu projek, program atau aktiviti yang dijalankan secara mendalam oleh individu atau
perseorangan berbanding dengan aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan. Satu kajian
kes telah dijalankan ke atas Persatuan Penggiat Negeri Johor (PE-ZAPIN) untuk mengetahui
sejarah penubuhan persatuan, kaedah dan proses penubuhan persatuan, aktiviti dan
perkhidmatan yang diamalkan, foto-foto yang berkenaan, strategi penjanaan kewangan dan
analisis SWOT dan cadangan penambahbaikan Penggiat Zapin Negeri Johor. Melalui temu
bual bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) tertinggi Penggiat Negeri Johor (PE-ZAPIN) iaitu Nur
Maziah Bt Abdul Malek terdapat beberapa maklumat berkaitan persatuan berjaya dikumpul.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN

Kesenian zapin telah berkembang secara sendirinya di Alam Melayu mengikut


kehalusan dan keindahan seni tari Melayu dan telah terpisah dari bentuk awalnya. Pengaruh
kesenian seni tar Melayu membawa perubahan terhadap zapin dari segi langkah dan juga
nyanyiannya. Walaubagaimanapun penduduk di Alam Melayu menyambut baik kesenian
tersebut kerana ada kesinambungan di antara kesenian Arab dan Islam malah sehinggakan
Zapin dianggap di antara kesenian yang unggul dalam khazanah warisan kesenian Melayu.

Di negeri Johor kini telah mempunyai lebih daripada 10 jenis zapin yang wujud dari
daerah-daerah seperti Mersing, Batu Pahat, Muar, Pontian, Kluang dan Johor Bahru.
Antaranama-nama zapin tersebut adalah Zapin Tenglu, Zapin Pulau, Zapin Seri Bunian, Zapin
Parit Mastar, Zapin Mapom, Zapin Putar Lam, Zapin Patlipat, Zapin Lenga, Zapin Padang
Sari, Zapin Lapis Batu Putih, Zapin Dayung, Zapin Melayu Johor dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor ditubuhkan.
Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor adalah pertubuhan berdaftar di bawah Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan dikendalikan Tunas Warisan Budaya
beroperasi di Bandar Putra, Kulai, Johor dengan rasa kesedaran yang tinggi berhubung
dengan kesenian tari zapin negeri Johor adalah dengan mengekalkan keasliannya.
Pendekatan in difikirkan harus dilakukan demi memupuk semangat jati diri serta cintakan
kesenian dan kebudayaan bangsa yang berteraskan kesenian yang dibawa oleh pengasas
dan penerus zapin di negeri Johor.
Idea tercetus daripada Encik Razak Rahmat, Pan Dianna Binti Sulaiman dan
allahyarham En Yaakob bin Amir Hamzah pengasas Zapin tenglu dan seterusnya mendapat
persetujuan daripada pengasas dan Penerus Zapin lain atas matlamat seperti yang digariskan
dalam perlembagaan pertubuhan. Maka, tertubuhlah Persatuan Penggiat Zapin Neger Johor
yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

3.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN

Penubuhan Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor ini bermula melalui penubuhan
Jawatakuasa Penaja yang diketuai oleh ditubuhkan oleh Yang Dipertua Persatuan Penggiat
Zapin Negeri Johor, Tuan Razak Rahmat. Persatuan ini merupakan pertubuhan bukan
kerajaan di Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(JPPM) dan bekerjasama dengan Tunas Warisan Budaya serta beroperasi di Bandar Putra,
Kulai, Johor. Persatuan Penggiat Zapin Neger Johor ditubuhkan pada tahun 2012 dengan
rasa kesedaran yang tinggi berhubung dengan kesenian tari zapin neger Johor iaitu untuk
mengekalkan keasliannya. Persatuan in di namakan Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor
(PE-ZAPIN). Pada 26 Februari 2015, buat pertama kalinya Mesyuarat Jawatankuasa
bersama-sama membincangkan hala tuju Persatuan Penggiat Zapin Neger Johor dan
merangka program tahunan yang jelas melalui usul yang dicadangkan semasa Mesyuarat
Agung Tahunan. Berikut merupakan perincian langkah yang dilakukan dalam usaha
menubuhkan persatuan ini secara rasmi:

(Lihat halaman seterusnya)


PENETAPAN NAMA PERSATUAN
DAN PENUBUHAN JAWATANKUASA
PENAJA PERSATUAN PENGGIAT
NEGERI JOHOR (PE-ZAPIN)

PERANCANGAN GERAK KERJA PERSATUAN

MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA

PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN, LOGO DAN


BENDERA

PENDAFTARAN PERSATUAN MELALUI JABATAN


PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA

MENERIMA
KELULUSAN
JABATAN TIDAK LULUS
PENDAFTARAN
PERTUBUHAN
MALAYSIA
LULUS

PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN


KEBUDAYAAN MELAYU

PENGENDALIAN MESYUARAT AGUNG:

I. SURAT PANGGILAN / NOTIS MESYUARAT


AGUNG
II. MESYUARAT AGUNG

PENGOPERASIAN PERSATUAN PENGGIAT


NEGERI JOHOR (PE-ZAPIN)

Rajah 1: Perincian langkah penubuhan persatuan


4.0 AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN

Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor telah ditubuhkan bagi merealisasikan matlamat
penubuhannya. Berikut merupakan matlamat-matlamat persatuan ini:

Menyatupadu dan
menjalin hubungan
semua penggiat
seni zapin termasuk
yang bergiat secara
langsung atau tidak
langsung.

Memberi
pendedahan,
membimbing,
membantu dan Memugar semula
menggalakkan ahli- seni kebudayaan
ahli dalam zapin di Neger
meningkatkan Matlamat Johor melalui
kemahiran dan program-program
mengambil utama yang berkaitan.
bahagian dalam pertubuhan
bidang seni
kebudayaan zapin Persatuan
Penggiat
Zapin Negeri
Johor

Bekerjasama
Memulihara dan
dengan kerajaan,
menyimpan
pihak berkuasa
khazanah yang
berkaitan dan
berkaitan dengan
pertubuhan
zapin yang asli
berdaftar lain untuk
sebagai pusat
memajukan dan
sumber dan
memartabatkan
rujukan.
seni zapin.

Rajah 2: Matlamat utama pertubuhan Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor


Aktiviti yang dijalankan oleh persatuan in lebih kepada menekankan aspek kebudayaan
seperti memugar semula seni kebudayaan zapin di Negeri Johor melalui program-program
yang berkaitan. Antara aktiviti atau program tersebut ialah:

Program Permata Jauhar (PPJ)


Pezapin bermula pada tahun
2016merupakan satu inisiatif
pezapin dalam usaha
mengembangkan seni dan
budaya tapa mengira kaum

PE-ZAPIN juga sentiasa bersedia


dalam membuat persembahan setiap
kali diberikan tawaran peluang

Pelbagai pertandingan zapin


dianjurkan oleh PE-ZAPIN dalam
menyemarakkan lagi seni zapin dalam
dir setiap warga masyarakat tidak
mengira bangsa dan agama

Pada hujung tahun 2107, dengan


kerjasama Malaysia Airports dan Majlis
Belia Malaysia, PE-ZAPIN telah
mengajak orang ramai menyertai
Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia
2017 pada 23 Disemper 2017 di KLIA

Pada setiap tahun PE-ZAPIN


menganjurkan Program Perantis PE-
ZAPIN Johor yang bertujuan untuk
membantu dan membimbing individu
yang berminat dan berpengalaman
dalam bidang seni tari untuk
mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia

Rajah 3: Aktiviti atau program PE-ZAPIN


5.0 STRATEGI PENJANAANSUMBER KEWANGAN

Sumber penjanaan kewangan telah dirancang dengan rapi sebelum persatuan ini
didaftarkan secara sah. Sumber kewangan persatuan ini juga kebanyakannya daripada hasil
sumbangan orang ramai dan ahli PE-ZAPIN sendiri. Selain itu, PE-ZAPIN juga menjana
sumber kewangan daripada sumbangan rakan-rakan seni kepada persatuan untuk
melaksanakan program tahunan persatuan sebagai satu usaha permartabatan zapin di negeri
Johor seta menggerakkan usaha memelihara warisan bangsa yang tulen. Di samping itu,
terdapat bengkel atau khusus yang dijalankan dikenakan yuran dan bayaran. Namun bayaran
tersebut adalah untuk perkhidmatan tenaga pengajar dan keperluan peserta itu sendiri seperti
makanan dan tempat tinggal. Akhir sekali, hasil jualan buku berkaitan zapin juga mejadi salah
satu sumber kewangan persatuan ini. antara buku yang pernah dihasilkan dan dijual ialah
edisi khas Buku Zapin Tenglu Tahap 1 dan 2.

6.0 ANALISIS SWOT DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

STRENGTHS

Kekuatan yang dapat dilihat melalui persatuan ini adalah bidang ini dapat memupuk
bakat dan minat dalam jangka masa panjang supaya memiliki ciri insan yang memiliki seni
dan budaya, mempunyai citarasa seni yang tinggi dan kreatif. Hal ini dikatakan demikian
kerana persatuan ini memberi kesan positif ke atas perkembangan diri dan kemajuan
akademik mereka kerana murid yang celik dalam bidang seni dan kebudayaan akan menjadi
murid lebih kreatif. Selain itu, persatuan ini dapat membentuk suatu identiti bangsa Malaysia
yang amat unik sekali. Keunikan identiti ini telah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai
salah sebuah masyarakat di dunia yang mempunyai kepelbagaian amalan dan aktiviti seni
dan kebudayaan.

WEAKNESSES

Kelemahan yang dapat dilihat melalui persatuan ini adalah ahli-ahli persatuan tidak
dapat berlatih bersama-sama secara bersemuka akibat pandemik Covid-19. Hal ini
menyebabkan ahli-ahli persatuan kurang bersemangat ketika menjalani aktiviti secara atas
talian. Selain itu, ahli-ahli persatuan ini akan menjalankan latihan secara persendirian di
rumah yang menyebabkan langkah tarian yang dilakukan tidak tepat dan sempurna. Oleh itu,
tarian zapin yang dilakukan oleh ahli-ahli persatuan tidak kemas dan tidak seragam.

OPPORTUNITIES

Melalui penubuhan persatuan ini, penglibatan ahli di dalam aktiviti seni dan
kebudayaan dapat meningkatkan kecergasan fizikal mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui
tarian zapin yang dilakukan melibatkan banyak pergerakan yang ringkas tetapi mampu
memberikan impak senaman ringan yang sesuai untuk dilakukan setiap hari. Pergerakan
yang berlaku secara optimum ini bukan sahaja sebagai latihan fizikal tetapi juga dapat
menyihatkan tubuh badan dan dapat dianggap sebagai satu bentuk senaman.

THREATS

Persatuan ini menghadapi pelbagai cabaran sepanjang menjalankan aktiviti-aktiviti


atau program-program seperti kekurangan dana pendapatan. Hal ini menyebabkan banyak
aktiviti-aktiviti persatuan tidak dapat dijalnakan atau hanya sebahagian agli sahaja dapat
menyertainya. Perkara ini secara tidak lansung menyebabkan ahli-ahli persatuan berasa tidak
bersemangat dan tidak gembira.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah PE-ZAPIN membuat


kempen di institusi-institusi pendidikan seperti universiti awan atau swasta untuk
memperkenalkan persatuan in dan seterusnya memperjuangkan matlamat sebenar
pertubuhan persatuan ini. PE-ZAPIN juga perlu mempromosikan aktiviti-aktiviti di media-
media massa agar lebih dikenali ramai serta membuktikan kebolehan persatuan in dengan
menunjukkan pencapaian-pencapaian cemerlang mereka. Oleh itu, program atau aktiviti yang
dijalankan oleh PE-ZAPIN akan mendapat sambuatan ramai orang dan menjana pendapatan
bagi persatuan ini.
7.0 KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan
menjawab persoalan kajian. Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor juga dibangunkan
dengan menekankan pelbagai aspek seperti kepimpinan, kewangan dan sebagainya.
Diharapkan kajian ini memberi manfaat kepada semua dan seterusnya dapat membantu
untuk menjadi rujukan dalam pembanggunan sesuatu persatuan.
8.0 BIBLIOGRAFI

Pengasas zapin (2012, MAC 7). Diakses pada 4 Mac 2018 dari
https://ppenggiatzapinjohor.wordpress.com/?s=pengasas

Puan Diana Bt Sulaiman, Imbasan Sejarah Zapin Johor (2016, JULAI 5). Diakses pada 4 Mac
2018 dari https://ppenggiatzapinjohor.wordpress.com/2016/07/05/imbasan-sejarah-zapin-
johor/

Zuraidah Mohamed. (2016, 17 April). Zapin seni warisan kebangsaan Johor. Berita Harian.
Pautan dari https://www.bharian.com.my/mode/144537
9.0 LAMPIRAN

Rajah 4: Surat kebenaran KPM

Rajah 5: Yang Dipertua PE-Zapin, Abd Razak bin Rahmat


Rajah 6: Temu bual bersama bersama AJK PE-ZAPIN, Nur Maziah Bt Abdul Malek

Rajah 7 : Latihan tarian bersama murid-murid


Rajah 8: Bengkel Koreografi 2019

Rajah 9: Poster Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia 2017

You might also like