You are on page 1of 3

NAMA : RASATHI A/P SELVARAJAH

K/P

: 840114-01-6214

UNIT

: PSV PISMP SEM 4

REFLEKSI
Pada 23 Mac hingga 27 Mac 2015, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sunagi Bogok Bagan Serai Perak.
Pada hari pertama berada di sekolah tersebut merupakan hari yang membawa keyakinan diri
saya kerana ini merupakan kali ketempat saya menjalani PBS 4. Tambahan pula, saya dapat
dikenali tiga sahabat yang dikenali di Institut Pendidikan Guru yang lain. Bagi PBS 4 ini saya
telah menyelasaikan dengan dua orang kawan saya dari unit PJK SJK (T) SEM4. Bagi semester
ini saya pergi ke sekolah kurang murid iaitu seramai tujuh orang murid dan seramai lima orang
guru.
Seawal jam 7.00 pagi saya telah melaporkan diri kepada guru besar iaitu
En.Chandrasegar di pejabat beliau. Beliau sebagai guru besar SJK(T) Sungai Bogok begitu
mengalu-alukan kehadiran saya disana dan bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada saya
dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Setelah
melaporkan diri, saya dikehendaki mengikuti majlis perhimpunan mingguan sekolah bersamasama para pelajar dan guru yang lain. Oleh demikian sekolah tersebut sekolah kurang murid,
seramai lima orang guru termasuk guru besar dan juga tujuh orang murid telah menghadiri
perhimpunan pagi tersebut Ini merupakan kali pertama saya berada di barisan hadapan sebagai
seorang bakal guru dan saya berasa amat teruja sekali. Ketika majlis berlangsung, saya telah
diminta untuk memperkenalkan diri saya dihadapan semua guru dan pelajar bersama dengan
kawan saya.
Pada hari pertama ini juga, saya terpegun melihat senario para pelajar dan
persekitarannya dimana amat sukar bagi saya melihatnya di sekolah-sekolah lain. Walaupun
sekolah yang kurang murid, para pelajar disini saya lihat begitu berdisiplin dan begitu mengambil
berat terhadap kebersihan. Pada awal pagi iaitu seawal jam 7.30 pagi, mengadakan
perhimpunan pagi. Dalam perhimpunan tersebut murid yang bertugas pada hari itu memulakan
dengan nyanyian lagu negaraku. Selepas itu guru bertugas memberikan ucapannya. Dengan ini
sekolah Hari pertama berada di STBR begitu mengujakan saya.

Hari pertama ini saya catatkan sebagai hari yang begitu menarik kerana pelbagai ragam
dan pelbagai perkara yang tidak pernah saya lalui atau sudah lama saya tidak rasai dapat saya
rasa kembali pada hari ini sebagai seorang bakal guru. Walaupun baru hari pertama, saya telah
mula menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan kepada saya agar saya tidak kelam kabut
pada saat-saat terakhir Seterusnya memberi saya lebih banyak masalah lagi. Pada hari ini, saya
telah mula bersuai kenal dengan guru-guru disana yang rata-rata begitu ramah dan mudah untuk
didekati. Sebagai orang luar, saya begitu menjaga tata tertib dan tingkah laku saya agar tidak
mencemarkan maruah saya dan maruah IPG Kampus Raja Melewar. Guru-guru yang terdiri dari
pelbagai peringkat umur semuanya mesra dan ini memudahkan saya dalam berkomunikasi
dengan mereka. Pada hari kedua , saya begitu bersemangat untuk meneruskan tugasan saya.
Sebagai tugasan PBS saya kena membuat cogan kata di kawasan sekolah. Oleh itu, saya telah
mencari kawasan yang sesuai untuk membuat cogan kata. Akhirnya saya juga telah memilih
kawasan kantin untuk memuat cogan kata.
Hari ketiga saya telah membuat persediaan untuk pengajaran tugasan seni bagi hari
keempat .Guru penolong kanan telah memantu untuk menyediakan LCD bagi pengajaran pada
hari keempat. Pada masa yang singkat saya menyediakan satu Bahan Bantu Mengajar bagi
kelas tersebut. Pada hari keempat saya telah menghadiri kelas untuk menjalakan pengajaran
dan pembelajaran bagi matapelajaran seni. Ketika sampai ke kelas tersebut, pelajar-pelajar
sangat bergembira untuk berbual dengan saya. Sebelum menjalankan pengajaran dan
pembelajaran, saya suaiperkenalkan diri saya dengan pelajar. Saya telah menjalankan
pengajaran seperti pensyarah menerapkan pada kami. Pelajar-pelajar itu memang memberikan
saya kerjasama yang sungguh baik dan berhormat.
Pada hari kelima iaitu pada hari terakhir saya berada di Sekolah Ladang Sungai Bogok
saya telah membantu rakan sebaya saya untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran bagi
matapelajaran

Teknologi

Pendidikan

.GPK

memberikan

kerjasama

pada

kami

untuk

menyediakan LCD. Saya juga seperti biasa menjalankan tugasan saya. Pelajar-pelajar itu
memang memberikan saya kerjasama yang sungguh baik dan berhormat. Pada masa yang
sama juga, saya berasa sedih mula menyelubungi diri kerana ini bermakna tamatlah PBS saya
bagi semester 4 di SJK (T) Ladang Sungai Bogok. Saya sempat mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru-guru kerana banyak membantu saya selama saya berada di SJKT Ladang
Sungai Bogok dan telah banyak berkongsi pengalaman manis mereka bersama saya. Saya juga
berasa sedih untuk melangkah keluar dari sekolah tersebut setelah dapat mengenali para pelajar
yang baik-baik dan bercita-cita besar dalam meneruskan perjuangannya.

Hari-hari berada di sekolah tersebutr begitu bemakna dalam hidup saya kerana begitu
banyak perkara saya pelajari dan ini memberikan saya satu peluang untuk menjadi seorang guru
yang berkaliber. Saya berharap, PBS kali keempat ini telah menimba lebih banyak ilmu
pengetahuan tentang profesion keguruan ini bagi membuat persedian menjadi seorang
guru yang terbaik.

Sekian,terima kasih.

.......................................
(RASATHI A/P SELVARAJAH)
(840114-01-6214)

You might also like