You are on page 1of 2

Pernyataan Professional

Praktikum merupakan satu program yang dijalankan oleh pihak Badan


Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Semua guru pelatih
dari semester 5 hingga semester 7 wajib menjalani program ini di sekolah. Melalui
program ini saya didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan sekolah
seperti pengurusan pentadbiran sekolah, pengurusan bilik darjah, prasarana dan muridmurid di sekolah. Bagi praktikum fasa III ini saya telah menjalankan tugasan saya di
SJK ( Tamil ) Lorong Jawa, Seremban. Mata pelajaran yang telah dijalankan bagi
praktikum fasa III ialah mata pelajaran major saya iaitu, Pendidikan Jasmani dan
matapelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai subjek minor saya.
Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah
untuk membina jati diri. Dalam pembinaan jati diri, saya perlu memperoleh pelbagai
pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan dengan pengurusan dan pendidikan
dalam matapelajaran pendidikan jasmani. Selain itu, saya juga dapat memahami dan
mengenali budaya murid dan guru serta suasana pembelajaran di sekolah rendah
sebagai pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai guru kelak pada masa
hadapan. Pengalaman awal ini sangat penting bagi setiap guru pelatih supaya teknik
pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketepatan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Tambahan pula, saya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.
Selain itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk
membina hubungan baik antara saya dengan warga sekolah ini. Seterusnya, saya
dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan
terutamanya dalam pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.
Ilmu yang dipelajari sepanjang tiga bulan ini, saya dapat mempraktikkan pada
masa hadapan. Pada masa yang sama, saya juga boleh mengaplikasikan pelbagai
teori-teori yang telah saya pelajari dalam praktikum fasa I dan II ini.

Akhir kata, saya berharap bahawa kehadiran saya ke SJK ( Tamil ) Bandar
Springhill, Negeri Selangor ini dapat diterima sepenuhnya. Pengalaman praktikum fasa
III ini akan memberikan banyak input kepada saya untuk menguruskan pentadbiran
sekolah, bilik darjah dan sebagainya.

You might also like