You are on page 1of 11

PROJEK INTERNSHIP

GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG, 22200 BESUT, TERENGGANU

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : WAN MOHAMAD SAUFI BIN WAN MUSTAFA
PROGRAM : PISMP PENG. ISLAM II AMBILAN JAN 2011
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG
NAMA PROJEK : IHYA RAMADHAN 1435 H / 2014
TARIKH PELAKSANAAN : SEPANJANG RAMADHAN
OBJEKTIF :
Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:
1. Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya dalam
kehidupan.
2. Melatih murid untuk membaca surah Yaasin dan menunaikan solat sunat
Dhuha terutama dalam bulan ramadhan.
3. Membiasakan murid untuk mengalunkan azan dan iqamat
4. Menguji kepintaran murid dalam menjawab soalan-soalan berkenaan bulan
Ramadhan
5. Menarik minat murid untuk membaca al-Quran dan menunaikan ibadat
sunat.



PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG, 22200 BESUT, TERENGGANU

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Pada 7 Jun 2014, saya dan rakan guru pelatih yang lain telah membuat
perbincangan tentang projek-projek yang boleh dijalankan sebagai projek
berkumpulan untuk internship kali ini. Hasil keputusan perbincangan tersebut,
kami bersetuju untuk mengadakan projek Ihya Ramadhan 1435 H / 2014.
Dalam projek ini akan mengandungi beberapa aktiviti dan pertandingan
seperti bacaan Yasin, solat sunat dhuha, tadarus al-Quran, pertandingan
azan dan iqamat serta kuiz Ramadhan.
2. Pada 8 Julai 2014, kami telah berjumpa dengan Guru Pembimbing kami iaitu
Tn. Hj. Roslan bin Ismail dan Ustazah Nor mazida binti Hussin untuk
menyemak dan mengesahkan kertas kerja program ini. Pelbagai cadangan
dan nasihat yang diberikan oleh mereka supaya program ini dapat berjalan
dengan lancar.
3. Selepas itu, proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula
supaya ia dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar
segera. Setelah kertas cadangan disokong oleh kedua-dua guru pembimbing,
ia terus dihantar kepada Guru Besar iaitu Tn. Hj. Adnan Bin Husin pada 9
Julai 2014. Kemudian, saya bersama rakan-rakan guru pelatih telah
mengadakan satu mesyuarat bersama dengan penyelaras program dan AJK
yang terlibat untuk pembahagian tugasan.


PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG, 22200 BESUT, TERENGGANU

REFLEKSI:
1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
Kekuatan yang pertama ialah guru dapat melatih murid untuk
memperbanyakkan ibadah kepada Allah dalam bulan Ramadhan dan bulan-bulan
seterusnya. Kebanyakan masa murid di sekolah akan diisi dengan aktiviti yang
bermanfaat dan sesuai dengan bulan Ramadhan. Contohnya pada waktu rehat akan
diadakan tadarus al-Quran kepada murid tahun satu hingga tahun lima.
Selain itu, program ini juga telah membolehkan murid terbiasa dengan ibadah
yang dilakukan. Setiap pagi kecuali hari ahad, murid tahun 6 akan membaca Yaasin
dan solat sunat dhuha. Kelihatan ada beberapa orang murid telah terbiasa dengan
bacaan Yaasin dan mampu membaca surah tersebut tanpa melihat al-Quran.
Bukan itu sahaja, program ini juga telah melatih murid untuk bersifat lebih
berani tampil ke hadapan khalayak ramai. Dalam projek ini telah diadakan
pertandingan azan untuk tahap dua dan pertandingan iqamat untuk tahap 1.
Alhamdulillah terdapat ramai penyertaan daripada kedua-dua tahap. Walaupun
terdapat beberapa orang murid yang malu untuk naik ke pentas, namun apabila
dipukuk, mereka memberanikan diri untuk naik bertanding.
Dalam projek ini juga, murid diuji kemahiran berfikir dengan kuiz Ramdahan.
Setiap hari akan disediakan satu soalan bagi murid tahap 1 dan murid tahap 2.
Penyertaan murid amat memberansangkan dari hari ke hari. Walaupun bukan

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG, 22200 BESUT, TERENGGANU

kesemua daripada mereka menjawab dengan betul, namun ia membuktikan bahawa
mereka berani untuk mencuba
2) KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
Kelemahan yang pertama ialah masa yang singkat untuk bertadarus al-
Quran. Waktu rehat bagi murid tahap 1 dan 2 hanyalah setengah jam dan ia adalah
masa yang singkat. Murid diminta untuk berkumpul ke surau daripada kelas masing-
masing untuk bertadarus al-Quran. Oleh itu, murid akan mengambil masa yang lama
untuk turun ke bawah dan mengambil wudhu. Hal ini seterusnya menyebabkan
masa untuk tadarus menjadi semakin singkat.
Kelemahan yang kedua ialah ketika pertandingan azan dan iqamat
dijalankan. Terdapat beberapa kesilapan yang berlaku. Contohnya ialah brosur tidak
diedarkan dan tiada jemputan kepada guru lain untuk turut serta menonton
pertandingan azan dan iqamat. Hal ini penting kerana ramai guru mempersoalkan
tidak tahu bahawa pertandingan itu dijalankan.
Kelemahan yang ketiga ialah semasa majlis penutup bagi program Ihya
Ramadhan. Kami merancang untuk mengadakan program ini pada hari terakhir
persekolahan dalam bulan Ramadhan. Namun, terdapat majlis lain iaitu majlis
pemberian duit raya kepada murid-murid pada hari yang sama. Oleh itu, apa yang
kami rancang untuk majlis penutup tidakdapat dijalankan dan kami hanya selitkan

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG, 22200 BESUT, TERENGGANU

sedikit masa untuk sesi pemberian hadiah kepada murid-murid yang menang dalam
pertandingan yang dijalankan sepanjang program Ihya Ramadhan.
3) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada
masa akan datang:
1. Bagi mengatasi masalah masa yang singkat untuk bertadarus al-Quran, guru
perlulah menetapkan tempoh masa untuk murid turun ke surau. Jika murid
tidak turun dalam tepoh masa tersebut, guru perlulah mengambil tindakan
kepada murid tersebut. Hal ini adalah penting untuk melatih murid supaya
berdisiplin dalam mengendalikan masa harian.
2. Kelemahan yang kedua ialah kebanyakan guru tidak tahu pertandingan azan
diadakan pada waktu tersebut. Walaupun kami sudah mengumumkan waktu
pertandingan tersebut pada perhimpunan hari Ahad. Namun, mungkin ada
guru yang sudah lupa tentang mengumuman itu. Oleh itu, kami harus
mengambil inisiatif untuk mengedarkan brosur kepada setiap guru sebelum
pertandinagan itu bermula.
3. Bagi mengatasi kelemahan yang ketiga iaitu dua majlis pada tarikh dan waktu
yang sama, pihak berwajib perlulah memastikan dengan teliti agar tiada
program dijalankan pada waktu yang sama. Walau bagaimanapun, majlis
penutup Ihya Ramadhan masih boleh dijalankan bersamaan dengan majlis
pemberian duit raya kepada murid. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG, 22200 BESUT, TERENGGANU

KESIMPULAN:
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan
program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semua
warga sekolah termasuk guru dan murid akan dapat menghayati dan tidak
melepaskan peluang untuk melakukan ibadah pada bulan Ramadhan dan bulan-
bulan seterusnya.















PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG, 22200 BESUT, TERENGGANU

GALERI FOTO:

Murid tahun 6 membaca surah Yaasin

Murid tahun 6 solat dhuha

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG, 22200 BESUT, TERENGGANU


Murid tahap 1 bertadarus al-Quran


Murid tahap 2 bertadarus al-Quran

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG, 22200 BESUT, TERENGGANU


Murid menjawab soalan Kuiz Ramadhan

Guru Pelatih menghias backdrop Pertandinagan Azan & Iqamat

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG, 22200 BESUT, TERENGGANU


Pertandingan Azan & Iqamat


Hakim bagi Pertandingan Azan & Iqamat


PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG, 22200 BESUT, TERENGGANU


Majlis Penutup Ihya Ramadhan & Pemberian Duit Raya

Guru besar memberikan hadiah kepada setiap pemenang

You might also like