You are on page 1of 1

LAPORAN AJK DOKUMENTASI

Pada 3 September 2014 bersamaan dengan hari Rabu yang lalu, kami kumpulan pelajar
PPG Sains ambilan Februari 2012 seramai 32 orang telah mengadakan lawatan ilmiah ke
Kompleks Sukan UiTM Arau, Perlis bagi memenuhi keperluan kursus Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan.
Selaku AJK Dokumentasi, tugas kami ialah mengumpul semua gambar yang diambil
oleh AJK Fotografi iaitu Puan Zalina bt Razali sepanjang program lawatan tersebut
berlangsung. Gambar-gambar tersebut kemudian kami susun dalam bentuk laporan bergambar
mengikut urutan daripada awal program sehinggalah selesai program lawatan tersebut.
Laporan bergambar tersebut telah kami lampirkan dalam bahagian laporan bergambar.
Alhamdulillah, tugas kami sebagai AJK Dokumentasi telah selesai dijalankan dengan
lancar dan mudah dengan kerjasama yang amat baik daripada Puan Zalina sebagai AJK
Fotografi. Diharapkan laporan bergambar yang disertakan bersama ini dapat memberi
gambaran yang sangat jelas tentang perjalanan keseluruhan lawatan ilmiah ini dan menepati
kehendak tugasan kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :
Puan Yusnita bt Ramli
Puan Zainab bt Yahaya

You might also like