You are on page 1of 12

1.

0 JENIS KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER MURID PRASEKOLAH

Howard Gardner telah mengemukakan Teori Kecerdasan Pelbagai bagi mengenal pasti dan
merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan jenis kecerdasan
murid. Menurut Gardner (2006), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah
atau fesyen produk yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Kecerdasan
ini akan membantu menyelesaikan masalah sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa
menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah pada 13-17 Mac lalu, saya telah membuat
pemerhatian terhadap tiga orang murid iaitu murid A, B dan C berdasarkan instrumen senarai
semak Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner. Murid A merupakan murid berkeperluan khas
manakala Murid B dan C adalah murid normal.

Murid A berumur enam tahun dan berdasarkan temu bual bersama guru prasekolah
serta pemerhatian yang dilakukan, saya mendapati bahawa Murid A mempunyai masalah
pembelajaran Attention Deficit Hyperactivitiy Disorder (ADHD). Murid A mengalami masalah
untuk menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran dan menghadapi masalah untuk
menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru mengikut tempoh masa yang telah
ditetapkan. Murid A tidak berminat untuk mengikuti sesi pengajaran guru dan sering bermain
sendiri selain tidak mempedulikan arahan guru. Guru mengalami masalah untuk mengawal
Murid A kerana Murid A sentiasa bergerak aktif dan gelisah apabila diminta untuk berdiam diri
dan melakukan tugasan. Berdasarkan senarai semak yang digunakan, saya mendapati
bahawa Murid A mempunyai Kecerdasan Naturalist kerana Murid A sangat gemar melakukan
aktiviti yang melibatkan aktiviti fizikal dan pergerakan. Ketika aktiviti luar kelas dijalankan,
Murid A sangat bersemangat dan seronok untuk belajar.

Murid B dan C merupakan murid normal dan masing-masing berumur enam tahun.
Murid B adalah murid yang mempunyai pencapaian yang cemerlang dan merupakan seorang
murid yang suka bergaul mesra dengan murid lain. Murid B sangat prihatin dan peka terhadap
perasaan rakannya. Perkara ini dapat saya perhatikan ketika mereka sedang melakukan
aktiviti berkumpulan di mana Murid B menegur rakan lain yang sedang bergaduh dan
membantu rakannya yang menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasan. Semasa aktiviti
berkumpulan, Murid B merupakan antara murid yang aktif dan suka membantu murid
disekelilingnya. Murid B juga memberi layanan yang mesra kepada saya meskipun tidak
mengenali saya. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Murid B mempunyai Kecerdasan
Interpersonal.

Murid C juga merupakan murid yang cemerlang tetapi mempunyai Kecerdasan


Linguistik. Kecerdasan Linguistik adalah proses berfikir dengan perkataan dan bahasa untuk
menyatakan dan memahamkan makna yang sukar dan kompleks (Gardner, 1983). Ini
bermaksud individu yang mempunyai kecerdasan ini merupakan individu yang petah
berbicara. Murid C petah dalam berkata-kata dan menggemari permainan bahasa selain
cenderung untuk menghasilkan karya yang kemas dan menarik ketika mempelajari tunjang
Kreativiti dan Estetika. Murid C merupakan murid yang sangat patuh pada arahan dan tidak
akan bermain bersama murid lain apabila diberikan tugasan oleh guru. Murid C akan
menyiapkan tugasan sehingga selesai dan gemar bercerita dan membaca. Apabila guru
mengajar di hadapan, Murid C akan memberikan sepenuh perhatian dan tidak mempunyai
masalah untuk memahami pelajaran yang disampaikan guru terutamanya ketika pengajaran
tunjang komunikasi. Murid C cepat mempelajari ejaan dan perkataan yang baru dipelajari.
Apabila disoal oleh guru, Murid C tidak menghadapi masalah untuk memberi jawapan dan
mapu memberi penjelasan mengenai soalan tersebut.

Meskipun mempunyai kepelbagaian kecerdasan, ketiga-tiga murid tersebut tidak


menghadapi masalah untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran guru. Salah satu
slot pengajaran guru yang saya perhatikan adalah slot Kosa Kata. Strategi yang digunakan
oleh guru dalam slot ini adalah strategi berpusatkan murid, bahan dan tugasan. Murid
berpeluang melibatkan diri dalam sesi pengajaran kerana guru banyak bertanya soalan, murid
bebas memberi pendapat dan guru menerapkan elemen seni dalam pengajaran. Guru
mengambil kira perbezaan kognitif dan sosio emosi ketiga-tiga murid ini ketika merancang
sesi pengajaran. Kecerdasan Murid C diambil kira di mana guru banyak bertanya kepada
murid dan memberi teka-teki mengenai suku kata kepada murid dan guru menggunakan
strategi berpusatkan murid. Menurut Orlich et al., (2007), pembelajaran secara aktif
berpusatkan murid dan meningkatkan penglibatan murid. Hal ini menunjukkan bahawa
melalui penggunaan strategi ini, murid akan dapat melibatkan diri secara aktif dan bebas
memberi pendapat.

Guru juga menggunakan kad bergambar suku kata dan objek bagi suku kata tersebut.
Murid B mudah belajar melalui kaedah ini. Strategi yang digunakan guru adalah strategi
berpusatkan bahan di mana bahan pelajaran memainkan peranan penting dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar ini sangat sesuai digunakan bagi jenis
kecerdasan Murid B kerana Murid B gemar bermain permainan melibatkan sebarang jenis
interaksi. Strategi berasaskan tugasan juga digunakan untuk murid B. Menurut J. Dewey
(1910) dalam Mok Soon Sang (2011), pelajaran harus berasaskan kepada aktiviti murid. Pada
akhir pengajaran, guru memberikan lembaran kerja dan meminta murid yang lebih mahir
membantu murid yang kurang mahir. Hal ini akan turut menggalakkan komunikasi antara
Murid B dan murid lain membolehkannya untuk lebih seronok belajar. Namun begitu, setelah
melakukan pemerhatian, saya mendapati bahawa strategi pengajaran guru tidak mengambil
kira kecerdasan pelbagai Murid A.
Selain strategi pengajaran guru, gaya pembelajaran murid berdasarkan Teori Honey
dan Mumford juga telah dikenal pasti berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan ke atas
ketiga-tiga murid tersebut. Menurut Honey dan Mumford (1992) dalam Eva Cheong et al.
(2012), pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru,
sama ada dalam bentuk pemahaman, kesedaran, kemahiran dan kecenderungan.
Berdasarkan pernyataan ini, Honey dan Mumford telah membahagikan sikap dan tingkah laku
kepada empat kumpulan iaitu Aktivtis, Reflektif, Teoris dan Pragmatis.

Murid A lebih tertumpu kepada gaya pembelajaran reflektif. Meskipun Murid A


mempunyai masalah pembelajaran, namun, Murid A banyak melakukan pemerhatian
berbanding melibatkan diri dalam sebarang aktiviti berkumpulan. Apabila guru prasekolah
membahagikan murid prasekolah kepada beberapa kumpulan, Murid A tidak duduk bersama
ahli kumpulannya sebaliknya duduk bersendirian dan memerhati murid lain menyiapkan
tugasan yang diberikan. Namun begitu, Murid A suka melibatkan dalam aktiviti yang
mempunyai kecenderungan mata pelajaran Sains. Semasa pemerhatian, saya melihat Murid
A memghasilkan model haiwan menggunakan play dough semasa murid lain sibuk
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Apabila saya meminta Murid A bercerita
mengenai model tersebut, Murid bercerita dengan seronok dan gembira. Oleh itu, saya
menyimpulkan bahawa Murid A mempunyai gaya pembelajaran reflektif.

Seterusnya, Murid B pula mempunyai gaya pembelajaran aktivis kerana sangat gemar
bekerja secara berkumpulan. Murid B merupakan murid yang aktif dalam aktiviti berkumpulan.
Menurut Orlich et al. (2007), perbincangan merupakan teknik yang boleh meningkatkan
kemahiran pemikiran dan pertuturan murid. Hal ini jelas terlihat pada murid B kerana murid B
lebih cepat memahami sesuatu semasa aktiviti berkumpulan. Murid B mampu menyiapkan
tugasan yang diberikan tanpa bantuan guru dan tidak mengambil masa yang lama untuk
menyiapkan tugasan. Namun begitu, Murid B pernah beberapa kali dimarahi oleh guru ketika
saya sedang melakukan pemerhatian kerana mengganggu murid yang belum menyiapkan
tugasan dan mula melakukan sesuatu tugasan sebelum guru memberikan arahan. Murid B
juga sering diminta oleh guru prasekolah untuk menjadi mentor kepada murid yang
menghadapi masalah membuat tugasan ketika guru sibuk mengajar murid lain. Justeru itu,
saya membuat kesimpulan bahawa murid B mempunyai gaya pembelajaran aktivitis.

Gaya pembelajaran yang dapat dikenal pasti bagi Murid C adalah gaya pembelajaran
Teoris. Murid C seorang yang rasional dan tidak mudah dipengaruhi oleh murid lain. Ketika
menyiapkan tugasan Murid C tidak akan berganjak dari tempat duduknya meskipun diganggu
oleh murid lain. Murid C sentiasa tekun dalam menyiapkan tugasan guru dan memastikan
tugasan yang diberikan siap tepat pada masanya. Murid C tidak begitu mementingkan emosi
kerana Murid C kelihatan sentiasa tenang dan kurang mempedulikan murid lain apabila
melakukan tugasan. Hasil kerja yang dihasilkan oleh Murid C juga sangat kemas dan menarik.
Murid C akan menurut segala arahan guru tanpa banyak kerenah dan kelihatan matang
berbanding murid lain. Murid C kurang bermain dan lebih banyak menumpukan masa untuk
menyiapkan tugasan. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa Murid C mempunyai gaya
pembelajaran Teoris.

Tuntasnya, setiap murid mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Setiap murid juga
mempunyai jenis kecerdasan tertentu. Oleh itu, guru perlu mengetahui gaya pembelajaran
dan kecerdasan murid agar dapat merangka strategi pengajaran yang lebih efektif dan
berkesan.
3.0 PERANCANGAN AKTIVITI INDIVIDU
Perancangan aktiviti pembelajaran kini perlu disesuaikan dengan pengajaran abad ke 21.
Aktiviti yang telah dirancang adalah bersesuaian dengan pedagodi abad ke 21 dan mengambil
kira tahap perkembangan murid.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) digunakan sebagai rujukan


dalam pemilihan mata pelajaran. Mata pelajaran aktiviti yang telah dirancang adalah mata
pelajaran Sains yang disepadukan bersama aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
Pedagodi pembelajaran abad 21 yang telah digunakan adalah Collaboration, games,
constructivism, Video clips dan Using large picture cards. Tajuk aktiviti yang telah dipilih
adalah Foody Food bersesuaian dengan tema aktiviti yang bertemakan makanan.

Seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran lain, aktiviti ini mempunyai objektif
tersendiri yang perlu dicapai berdasarkan standard kandungan kurikulum iaitu murid
mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat. Melalui aktiviti ini, murid perlu dapat
membezakan dan menyatakan makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat. Objektif ini
selaras dengan salah satu standard pembelajaran aktiviti iaitu murid menyatakan makanan
yang berkhasiat dan tidak berkhasiat. Selain itu, murid seharusnya dapat mengetahui gaya
pemakanan yang seimbang bersesuaian dengan standard pembelajaran, murid
mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Seterusnya, bahan bantu mengajar turut digunakan kerana penggunaan bahan bantu
mengajar akan meningkatkan keberkesanan sesuatu pengajaran. Menurut Kamarudin Hj
Husin (1988) dalam Hananie Halim (2010), bahan bantu mengajar yang digunakan dapat
memberi rangsangan dan mengekalkan minat murid. Bahan bantu mengajar yang digunakan
adalah bahan bantu yang berasaskan teknologi bersesuaian dengan pedagodi abad 21 iaitu
slaid bertemakan makanan, gambar makanan dan lagu berkaitan makanan. Bahan-bahan lain
yang digunakan adalah bakul kertas dan wisel.

Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang boleh dirujuk pada Jadual
1 di bawah. Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti telah dilakukan secara berperingkat dari
fasa persediaan hinggalah ke fasa penutup. Langkah pelaksanaan dilakukan secara
berperingkat agar bersesuaian dengan tahap kemampuan murid. Menurut Ibnu Khaldun
dalam John Chong (2011), jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara berperingkat-peringkat.

Persediaan:
1. Slaid bertemakan makanan dan gambar makanan disediakan oleh guru.
2. Video lagu mengenai makanan dimuat turun oleh guru melalui internet.
3. Bahan-bahan lain seperti bakul kertas dan wisel disediakan oleh guru.
4. Menyediakan gambar-gambar makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.

Permulaan (15 minit):


1. Video lagu makanan dimainkan oleh guru.
2. Kanak-kanak menyanyikan lagu bertemakan makanan yang dimuat turun oleh guru
beramai-ramai.
3. Slaid mengenai makanan ditayangkan oleh guru.
4. Penerangan mengenai makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat diberikan oleh guru
berdasarkan slaid yang telah disediakan.

Perkembangan (35 minit):


1. Dua buah meja diletakkan di penghujung kelas di mana satu meja berada di penghujung
hadapan kelas dan satu meja lagi berada di penghujung belakang kelas. Meja yang berada
di hadapan kelas akan diletakkan dua bekas yang mengandungi label makanan berkhasiat
dan tidak berkhasiat untuk meletakkan gambar makanan.
2. Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan dan berbaris secara melintang mengikut
kumpulan pada meja belakang.
3. Bakul kertas diletakkan di tengah-tengah antara meja hadapan dan meja belakang.
4. Gambar makanan akan ditunjukkan oleh guru. Gambar makanan yang ditunjukkan guru
perlu diambil oleh kanak-kanak daripada bakul kertas.
5. Wisel akan ditiup dan seorang kanak-kanak daripada kedua-dua kumpulan akan bergerak
ke arah bakul kertas mengikut arahan guru. Jika guru mengarah kanak-kanak untuk meniru
itik, kanak-kanak perlu bergerak ke bakul kertas dengan gaya itik.
6. Setelah memilih gambar makanan yang betul di dalam bakul kertas, kanak-kanak akan
bergerak ke meja hadapan dan mengkategorikan makanan tersebut sebagai berkhasiat
atau tidak.berkhasiat.
7. Kanak-kanak akan bergerak secara bergilir-gilir dengan ahli kumpulan mereka yang lain.
8. Perbincangan secara berkumpulan akan dilakukan setelah gambar makanan yang terdapat
di dalam bakul kertas habis dikategorikan di hadapan.
9. Kedua-dua kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka mengenai
makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.

Penutup (10 minit):


1. Kesimpulan mengenai makanan dibuat oleh guru.
2. Setiap kanak-kanak diberikan token.
Jadual 1: Langkah Pelaksanaan Aktiviti
4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI
Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan, Kamus
Dewan (1998) dalam Mok Soon Sang (2010). Strategi pengajaran dan pembelajaran
merupakan teknik dan kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif sesuatu mata
pelajaran.

Strategi pemusatan murid telah digunakan untuk aktiviti yang telah dirancang.
Sepanjang aktiviti sedang berlangsung, murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam sesi
pembelajaran kerana aktiviti yang dirancang merupakan aktiviti berkumpulan. Semangat
bekerjasama dan tolong-menolong akan dipupuk melalui aktiviti ini selain mementingkan
perkembangan emosi, jasmani, rohani dan intelek. Ciri-ciri strategi ini merupakan ciri yang
ditekankan dalam pembelajaran abad ke 21. Ciri tersebut bersesuaian dengan pembelajaran
abad ke 21, collaboration atau kolaborasi di mana murid perlu menyelesaikan permainan
tersebut secara berkumpulan. Tugasan diberikan secara kolaborasi dan murid perlu saling
bekerjasama untuk diselesaikan. Pergerakan fizikal juga perlu dilakukan oleh murid.
Pergerakan fizikal telah diimplementasi dalam aktiviti kerana sifat kanak-kanak yang
menyukai pergerakan. Menurut Dauer dan Prangrazi (1983) dalam Abdullah Kamal (n.d),
kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif
yang tidak boleh dipuaskan. Ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti fizikal akan memberi
kegembiraan kepada murid. Oleh itu, penggunaan strategi ini bersesuaian dengan pedagodi
pembelajaran abad ke 21.

Seterusnya, strategi pemusatan bahan yang digunakan dalam perancangan aktiviti


bersesuaian dengan pedagodi pembelajaran abad 21, iaitu penggunaan Teknologi Maklumat
(TMK) seperti video lagu dan juga penggunaan kad bergambar. Penggunaan bahan ini akan
memudahkan pengajaran guru dan membantu murid untuk lebih mudah untuk memahami
kandungan pelajaran yang ingin disampaikan guru. Penggunaan bahan ini juga akan
membantu guru untuk menyampaikan isi pelajaran dengan lebih kreatif dan menarik. Elemen
Teknologi Maklumat bukan sahaja akan menarik perhatian murid tetapi juga akan membantu
murid-murid yang mempunyai masalah disiplin atau masalah pembelajaran. Menurut Omardin
Ashaari (1997) dalam Hananie Halim (2012), perkembangan teknologi dalam mencipta
peralatan pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang sangat nyata dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru dan juga dalam
mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan para pelajar. Justeru itu, penggunaan
teknologi merupakan antara aspek yang ditekankan dalam pedagodi pembelajaran abad 21.

Akhir sekali, strategi berasaskan tugasan atau aktiviti turut digunakan bagi aktiviti yang
telah dirancang. Strategi berasaskan aktiviti merujuk kepada aktiviti yang disediakan guru dan
dilaksanakan oleh murid. Menurut Dewey (1910) dalam Mok Soon Sang (2011), pelajaran
harus berasaskan kepada aktiviti murid yang akan membantu perkembangan kanak-kanak
secara holistik. Apabila menggunakan strategi ini, guru banyak memainkan peranan dalam
membimbing murid yang sedang melakukan aktiviti. Hal ini bersesuaian dengan ciri
pembelajaran abad ke 21 iaitu guru bertindak sebagai fasilitator ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Kesimpulannya, strategi-strategi yang digunaka dalam perancangan aktiviti yang telah


dihasilkan bersesuaian dengan pedagodi pembelajaran abad ke 21. Strategi ini akan
memastikan sesi pengajaran guru lebih menarik dan tidak bosan.
5.0 ANALISIS AKTIVITI BERDASARKAN TEORI/MODEL PEMBELAJARAN

Teori dan model pembelajaran mempunyai perkaitan rapat dengan perancangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Ia membantu guru dalam menghasilkan perancangan
pengaajran yang berkualiti selain memberi penyelesaian kepada masalah pembelajaran.

Fokus utama pembelajaran koperatif berkisarkan tiga perkara, iaitu pencapaian


akademik, penerimaan kepelbagaian dan kemahiran sosial (Arends, 2001). Hal ini bermaksud
bahawa pembelajaran koperatif dalam Model Sosial tidak tertumpu kepada kecemerlangan
akademik semata-mata tetapi juga aspek keterbukaan dan komunikasi seseorang individu.
Menurut Kagan (1994), antara lima konsep pembelajaran koperatif ialah pasukan,
pengurusan, pembelajaran koperatif, keinginan untuk bekerjasama, kemahiran untuk
bekerjasama, prinsip asas dan struktur pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif akan
membantu memupuk semangat kerjasama dalam diri murid selain memupuk sikap bertolak
ansur dan menghormati kepelbagaian. Strategi berpusatkan murid yang digunakan dalam
perancangan aktiviti bersesuaian dengan Model Sosial kerana turut menekankan aktiviti
berkumpulan dan memupuk kerjasama dalam kalangan murid. Kemahiran komunikasi murid
juga akan diasah dalam aktiviti ini kerana murid perlu bijak berkomunikasi ketika sedang
menjalankan aktiviti agar sebarang salah faham tidak berlaku.

Menurut Abraham Maslow (1943) dalam Noriati A. Rashid (2017), keperluan fisiologi
dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk
mengembangkan potensi diri, belajar perkara baharu, memanipulasi keupayaan diri
sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Hal ini membawa
maksud bahawa untuk melakukan yang terbaik, keperluan fizikal dan psikologi seseorang
perlu dipenuhi dahulu. Dari aspek pendidikan, sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran,
guru perlu melakukan persedian rapi terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pengajaran
dan memastikan segala aktiviti yang dirancang dan bahan yang digunakan adalah
bersesuaian dengan tahap pencapaian dan perkembangan murid. Guru perlu memastikan
murid bersedia untuk belajar dan mengambil kira minat, kecenderungan dan perbezaan
individu murid. Ini bersesuaian dengan strategi berpusatkan bahan yang digunakan dalam
perancangan aktiviti kerana guru perlu memastikan bahawa bahan yang digunakan mampu
meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Hal ini akan memastikan mesej yang ingin
disampaikan oleh guru dapat ditafsir oleh murid dan meningkatkan perasaan ingin tahu murid
mengenai bahan yang disediakan guru. Murid akan lebih bersemangat dan seronok untuk
belajar.
Menurut Vygotsky dalam Teori Konstruktivisme, Zon Perkembangan Proksimal
merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh murid, tetapi dengan
bantuan individu yang lebih mahir, murid akan dapat melakukan tugasan tersebut secara
sendiri. Dalam aktiviti yang telah dirancang, jika guru tidak memberi penerangan mengenai
makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat terlebih dahulu pada peringkat permulaan
pengajaran, terdapat murid yang mungkin tidak dapat menyelesaikan aktiviti tersebut dan
seterusnya melakukan kesilapan semasa mengelaskan makanan yang telah dipilih. Teori
Konstruktivisme juga memberi penekanan terhadap pembelajaran berasaskan murid dan
pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. Aktiviti yang dijalankan adalah
pembelajaran berasaskan murid di mana murid dilibatkan secara aktif dalam sesi
pembelajaran. Aktiviti juga dijalankan secara berkumpulan dan murid perlu melakukan
perbincangan. Perbincangan merupakan teknik yang boleh meningkatkan kemahiran
pemikiran dan pertuturan murid (Orlich et al., 2007)

Menurut Bruner (1967) dalam Noriati A. Rashid et al. (2017), pembelajaran konsep
merujuk kepada cara seseorang membezakan dan mengkategori benda atau perkara yang
mempunyai ciri-ciri tertentu. Pembelajaran konsep melalui penemuan dalam Teori
Pembelajaran Jerome Bruner menyatakan bahawa pembelajaran konsep Bruner merupakan
penyusunan maklumat secara induktif. Pembelajaran secara induktif tersebut melibatkan
beberapa langkah. Langkah-langkah tersebut terdapat dalam aktiviti yang telah dirancang di
mana guru perlu menyediakan data melibatkan penggunaan gambar, slaid dan video yang
berkenaan. Perbandingan contoh positif dan contoh negatif turut ditunjukkan dalam aktiviti
kerana perbandingan dilakukan terhadap makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.
Pengelompokan dan pengkategorian juga dilakukan dalam aktiviti yang telah dirancang.
Kesemua langkah-langkah ini terdapat dalam Teori Pembelajaran Penemuan Jerome Bruner.

Tuntasnya, aktiviti yang dijalankan menggunakan teori-teori pembelajaran bagi


memastikan murid dapat memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru. Guru perlu lebih
memahami teori-teori pembelajaran bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih
efektif dan berkesan.
6.0 RUMUSAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati sesi
pengajaran dan pembelajaran guru-guru yang lebih berpengalaman dan seterusnya
memperkukuh dan meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pedagodi pengajaran dan
pembelajaran. Setiap orang murid mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.
Guru perlu bijak membantu murid untuk memperbaiki kelemahan diri dan mengasah
kelebihan diri bagi melahirkan murid yang berkembang secara holistik. Perancangan
pengajaran guru perlu dirancang sebaiknya bagi memastika sesi pengajaran dan
pembelajaran guru berjalan dengan lancar.
2.0 PEMBENTANGAN KUMPULAN

You might also like