You are on page 1of 2

Sebagaimana yang kita tahu, murid-murid bermasalah penglihatan memerlukan

alat-alat khas yang boleh membantu mereka untuk meningkatkan kecekapan dan
tahap pembelajaran mereka di dalam kelas. Murid bermsalah penglihatan
terbahagi kepada dua iaitu murid buta dan murid rabun teruk (low vision). Setiap
keperluan adalah berbeza mengikut spesifikasi dan tahap rabun yang mereka
hadapi.
Jika kita lihat dari segi susun atur bilik bilik darjah bagi sekolah murid-murid
bermaslaha penglihatan, susun atur bilik darjah haruslah kemas dan
memudhakan murid-murid ini untuk bergerak.Sebarang halangan perlu dialihkan
kerana ia akan menyukarkan murid rabun dan murid buta berjalan dengan bebas
di dalam bilik darjah ini. Jadi, susun atur ini juga haruslah memenuhi spesifikasi
bagi bilik darjah sebagai contoh mempunyai papan kenyataan, kerusi, meja, tong
sampah, bulletin, organisasi kelas, jadual waktu dan sebagainya.
Kelas murid pendidikan khas ini adalah sama dengan murid normal, namun apa
yang membezakan ialah meja yang ada di dalam kelas pendidikan khas ini
adalah meja berbentuk L. Meja ini membolehkan mereka untuk meletakkan
mesin braille di sebelah dan membuat kerja di meja yang sebelah lagi. Jadi, ini
akan membolehkan mereka membuat kerja secara teratur dan lebih selamat.
Sekiranya mereka menggunakan meja biasa yang digunakan oleh murid normal,
mereka akan meletakkan mesin braille ini di bawah meja dan ini akan
mengundang bahaya sekirnaya tersepak. Oleh itu, meja berbentuk L ini sangat
membantu murid-murid bermasalah penglihatan ini belajar dengan lebih teratur
dan sistematik.

Kanta pembesar
Kanta pembesar digunakan oleh murid-murid low vision dalam membaca ayatayat dalam petikan atau buku. Kanta bertujuan untuk membesarkan tulisan dan
ini akan memudahan mereka untuk membaca dengan lebih lancar. Kanta
pembesar ini sangat praktikal untuk dibawa ke mana-mana sahaja dan ianya juga
ringan dan mudah digunakan. Bagi murid bermasalah penglihatan, alatan ini
sangat penting dalam proses membaca.

Khidmat sokongan
Bagi SKPK bermasalah penglihatan, pihak pentadbir atau sekolah seharusnya
membina satu hubungan yang baik dengan NGO atau pihak swasta lain yang
berkenaan dengan masalah penglihatan bagi memudahkan sekolah untuk
berurusan dan menyediakan perkhidmatan yang sesuai untuk murid-murid
bermasalah penglihatan ini. Sebagai contoh Malaysian Association for the Blind
(MAB). Menurut MAB (2010), NGO ini bertujuan untuk memberikan pendedahan
secara menyeluruh kepada murid-murid khususnya kepada para ibu bapa
mereka. Ia juga bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai cara-cara
untuk menghalang penyakit mata ini dari menular. Program ini juga membantu

indivbidu bemasalah penglihatan ini untuk meningkatkan peluang ke arah


kehidupan yang lebih sejahtera sejajar dengan individu normal yang lain. Dalam
erti kata lain, melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran asas dan
supaya individu ini boleh bekerjasama dan menikmati dunia luar dengan
sepenuhnya. Antara servis yang diberikan oleh MAB ini ialah servis kaunseling,
orientasi dan mobiliti, kajian kes, kemahiran sosial, aktivti rekreasi, kemahiran
berkomunikasi dan sebagainya. Kursus seperti latihan vokasional juga turut
diadakan bagi membantu individu ini menambahkan kemahiran mereka dalam
apa jua kursus yang mereka ingin kuasai. Oleh itu, ianya sememangnya
memberikan input yang berkesan kepada murid-murid bermasalah penglihatan
ini sekirnya pendedahan awal diberikan kepada mereka. Selain
itu,
antara
program lain yang turut dilaksanakan oleh sekolah ini ialah pogram pemeriksaan
kesihatan iatu sebanyak 2 kali setahun. Perkhidmatan kesihatan di sekolah boleh
dibahagikan kepada tiga komponen utama. Tiga komponen tersebut terdiri
daripada:
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
Perkhidmatan Pergigian Sekolah.
Perkhidmatan Alam Sekitar Sekolah.
Buku Rekod Kesihatan Murid

Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semua
maklumat kesihatan yang diperoleh semasa alam persekolahan. Buku ini adalah
buku rujukan yang mencatatkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid
semasa alam persekolahan. Buku ini diberi secara percuma oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah semasa tahun 1 persekolahan. Ibu
bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut dan
mencatatkan kebenaran untuk petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan
kesihatan dan memberi pelalian kepada anak mereka. Bagi murid-murid
bermasalah penglihatan ini, pemeriksaan mata adalah antara pemeriksaan
terpenting bagi murid-murid ini untuk melihat keadaan mata mereka.

You might also like