You are on page 1of 2

AKTIVITI PBS

Persekitaran dan Suasana Bilik Darjah

a) Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan P&P

b) Huraikan cara-cara bahan dan sumber P&P dipamerkan di dalam bilik darjah tersebut
digunakan secara berkesan.

Pada papan info setiap subjek di dalam kelas telah disertakan nota-nota penting oleh guru
bagi memudahkan murid mengingat fakta tersebut. Guru juga telah menggunakan nota-
nota yang telah ditampal ini ketika mereka melakukan refleksi terhadap apa yang telah
dipelajari oleh murid sebelumnya. Bahan dan sumber P&P di dalam bilik darjah yang
disediakan oleh guru ini juga menggunakan warna yang terang dan menarik
menyebabkan murid tertarik.

c) Catatkan bahan dan sumber P&P yang mudah digunakan oleh murid?

Untuk matapelajaran Matematik, guru telah menggunakan unifex cubes untuk mengajar
murid. Ia telah memudahkan pelajar untuk lebih faham apa yang diajar oleh guru kerana
terdapat bahan konkrit yang boleh dipegang dan digunakan oleh murid. Selain itu, sempoa
juga turut disediakan oleh guru di dalam kelas. Murid yang agak lemah dalam mencongak
lebih mudah faham dan melakukan latihan yang berkaitan dengan penambahan dan
penolakkan dengan mudah dengan adanya bahan seperti ini disediakan.
d) Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan
TMK?

Ya kerana bilik akses yang ada di sekolah ini telah disediakan jadual penggunaan bagi
semua kelas. Bilik tayangan juga sering digunakan oleh guru untuk proses pengajaran
dan pembelajaran bagi mempelbagaikan cara pengajaran sekaligus mengelakkan murid
mudah berasa bosan.

e) Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?

Guru akan membuat sekurang-kurangnya satu aktiviti berkumpulan semasa proses PNP
berlangsung. Murid yang agak pandai akan membantu rakan yang lemah dan berlakunya
komunikasi aktif dalam kalangan murid. Guru pula hanya memantau setiap kumpulan dari
semasa ke semasa bagi memastikan setiap murid melibatkan diri secara aktif dan
memberikan respon yang baik terhadap aktiviti berkumpulan yang telah dilaksanakan.

f) Bagaimanakah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu?

Guru telah membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan di dalam kumpulan
tersebut terdapat pelajar yang pandai, sederhana dan lemah. Bilangan maksimum murid
dalam satu kumpulan ialah seramai 6 orang. Pelajar yang boleh menangkap pengajaran
dengan cepat dilantik menjadi ketua dan mereka akan membantu rakan-rakan yang agak
lemah dalam pembelajaran.

You might also like