You are on page 1of 11

PEMARKAHAN

SEMESTER 2 SESI 2014/2015

KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1

TAJUK

ULASAN JURNAL

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

ROFFERA BINTI MOHAMMAD D 20122062136 KH

KUMPULAN KULIAH: AT31

PENSYARAH: DR. ZALIZA BINTI HANAPI

Tarikh Serah : 16.03.2015

1|Page
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3

2.0 KEKUATAN 4-6

3.0 KELEMAHAN 6-7

4.0 CADANGAN 7-8

5.0 SOALAN 8-9

6.0 KESIMPULAN 10

BIBLIOGRAFI 11

2|Page
1.0 PENGENALAN

Jurnal berikut bertajuk ’Amalan Pengajaran Berkesan Dalam Pendidikan Asas Vokasional Di
Sekolah Menengah Kebangsaan Harian: Dapatan Kajian Rintis’ yang dipetik daripada muka
surat 342 – 348. Jurnal ini merupakan hasil kajian Nur Iwani Azmi dan Mohamad Hisyam
Mohd. Hashim daripada Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM). Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneroka dan memahami cabaran
dan kekangan yang dihadapi oleh guru Komponen Kemahiran Vokasional di sebuah Sekolah
Menengah Kebangsaan Harian yang terlibat dalam pelaksaan program Pendidikan Asas
Vokasional daripada aspek mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dan cara-cara guru
menangani masalah yang timbul dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan seperti yang telah dirancang. Program Pendidikan Asas Vokasional merupakan laluan
alternatif kepada murid UPSR diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk belajar
mengikut kemampuan dan minat mereka.

Pelaksaan program Pendidikan Asas Vokasional ini selari dengan proses transformasi
Pengajian Teknik dan Vokasional seperti yang ditetapkan, dengan menggantikan program Mata
Pelajaran Vokasional (MPV) yang mula dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun 2012.
Program ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada murid lepasan Tahun 6 yang gagal
mencapai prestasi minimum berorientasi akademik supaya terus berada di dalam sistem
persekolahan di mana mereka belajar mengikut kemampuan, minat, dan mengilap potensi
keupayaan dalam bidang vokasional yang diikuti. Kajian ini juga bermatlamat agar amalan
pengajaran guru di dalam program Pendidikan Asas Vokasional di Sekolah Menengah
Kebangsaan Harian dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian supaya objektif dapat
dicapai. Tindakan tepat guru dalam menghadapi masalah amalan pengajaran dan dapat
menyesuaikan di dalam proses pengajaran.

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes bagi memperoleh data kajian melalui
temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Pemilihan peserta kajian ini adalah di kalangan
orang guru di sebuah Sekolah Menengah Harian yang mempunyai hubungan terus dengan
pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional yang bersesuai dengan data yang diperlukan bagi
menjawab soalan kajian.

3|Page
2.0 KEKUATAN

Antara kelebihan jurnal ini adalah pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif yang
menggunakan satu kajian induktif bagi memahami sesuatu fenomena tanpa mempunyai
pandangan tertentu sebelum meneroka fenomena yang dikaji (Bagdan & Bilken, 2003).
Penyelidikan kualitatif memberikan ruang untuk pengkaji meneroka dan memperoleh kefahaman
yang sangat mendalam dan meluas mengenai fenomena yang dikaji (Marton, 1986). Maka,
kaedah kualitatif paling sesuai sebagai proses menghuraikan dan meneroka cabaran dan
kekangan yang dihadapi oleh guru. Komponen kemahiran vokasional di sebuah sekolah
menengah kebangsaan harian yang terlibat dalam perlaksanaan program Pendidikan Asas
Vokasional (PAV) ini juga turut disarankan. Merriam (1998), yang menyatakan kajian kualitatif
adalah untuk memahami secara mendalam sesuatu situasi dan memberi makna kepada yang
terlibat. Menurut Mahizer bin Hamzah daripada model yang bertajuk kaedah penyelidikkan
dalam pendidikan sekolah rendah yang menyatakan bahawa kajian kes digunakan untuk
memahami lebih mendalam tentang subjek yang dikaji, berfokus kepada proses berbanding
output, mementingkan penemuan kajian. Kaedah ini sangat bersesuaian untuk memperolehi
objektif kajian tercapai dengan tepat.

Keduanya, adalah daripada aspek kaedah pengumpulan data. Kajian ini difokuskan
kepada memahami keadaan dan suasana yang berlaku ketika proses pengajaran dan
pembelajaran guru kepada pelajar PAV. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah
temubual, pemerhatian, dan analisis bahan dokumen yang berkaitan bagi memperoleh sebanyak
mungkin data deskriptif untuk gambaran sebenar mengenai proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini turut disokong oleh Bogdan dan Biklen (2003), dimana ketiga-tiga kaedah ini kebiasaanya
diguna oleh pengkaji-pengkaji kualitatif bagi mengumpul maklumat.

Selain itu, dapatan kajian ini didapati boleh menjadi maklumat kepada pihak pengurusan
kurikulum, guru, ibu bapa kepada pelajar yang mempunyai masalah yang sama dengan subjek
dalam kajian ini. Menurut Marohaini (2001), Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum
kajian sebenar dijalankan yang bertujuan untuk memastikan alat-alat kajian mempunyai
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang
munkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan
responden yang setara dengan responden kajian sebenar, iaitu dari segi lokasi, seting dan profit

4|Page
responden (contohnya, umur, jantina dan sebagainya). Selepas ujian rintis dijalankan, soal selidik
perlu dimurnikan mengikut maklum balas yang diperoleh. Menurut Cohen, Manion dan
Morrison (2000), antara fungsi kajian rintis ke atas soal selidik (questionnaire) adalah seperti:

 Menyemak kejelasan item-item, arahan dan dan susun atur (layout) soal selidik.
 Mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selidik.
 Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format jawapan.
 Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.
 Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.
 Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.
 Mengenal pasti item-item yang tidak berkaitan dalam soal selidik.
 Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer.

Memalui kajian rintis yang dibuat penyelidik akan memperbaiki kelemahan yang ada dalam
prosedur kajian dan instrumen kajian yang dirangka. Dengan ini dapatan kajian rintis ini mempu
membimbing dan menumpukan kajian penyelidikkan berkaitan amalan pengajaran guru
komponen kemahiran vokasional dan Pendidikan Asas Vokasional di Sekolah Menengah
Kebangsaan Harian dengan menonjolkan permasalahan yang wujud dalam perlaksaan PAV.

Seterusnya adalah penulis jurnal ini telah menyusun maklumat dengan sistematik dan
teratur. Ini memudahkan lagi penyampaian maklumat dengan lebih jelas dan mudah. Maklumat
yang berlainan telah disusun dengan menggunakan subtopik yang berlainan. Malah perincian
telah dibahagikan dengan bahagian-bahagian utama seperti pengenalan, latar belakang kajian,
tujuan kajian, persoalan, metodologi, dapatan dan perbincangan serta kesimpulan. Dalam abstrak
kajian juga telah diletakkan beberapa kata kunci bagi memudahkan pembaca. Selain itu, penulis
jurnal ini juga berusaha untuk menunjukkan perubahan yang dialami oleh sistem pendidikan
Malaysia secara teratur dan menerangkan dengan jelas tentang sistem pendidikan Malaysia yang
turut disertakan dengan statistik dan pencapaian. Apabila membaca jurnal ini, para pembaca
mendapat pelbagai info tentang sistem pendidikan Malaysia dan objektifnya.

Seterusnya ialah sumber yang dirujuk dalam penghasilan jurnal ini. Penulis telah merujuk
bahan rujukan yang mempunyai banyak fakta dan dapatan kajian. Malah, dapatan kajian ini telah
disokong dengan dapatan kajian yang lain serta maklumat tambahan seperti Laporan Kajian

5|Page
Perlaksanaan MPV Membuat Perabot di Sekolah Menengah Akademik oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Ini telah menguatkan lagi hasil dapatan kajian ini serta fakta yang
diutarakan oleh penulis.

3.0 KELEMAHAN

Antara kelemahan yang terdapat dalam jurnal ini ialah, penulis jurnal tidak memperincikan
mengenai kaedah persempalan peserta kajian. Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991)
persampelan merupakan satu proses di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi
dipilih dan dikaji untuk membolehkan kita membuat generalisasi mengenai populasi itu. Syed
Arabi Idid (1992) pula menerangkan persampelan merupakan satu usaha yang dijalankan oleh
pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada sampel yang dapat mewakili keseluruhan
populasi. Ringkasnya, persampelan melibatkan penyelidikan terhadap sampel kajian bagi
mewakili keseluruhan populasi kajian. Kaedah ini biasa digunakan oleh penyelidik dalam
penyelidikan mereka bagi memastikan tiada bias yang berlaku dalam pemilihan peserta kajian.
Selain daripada itu, demografik peserta kajian contohnya umur atau bangsa juga tidak dinyatakan
dalam jurnal ini.

Penulis juga tidak membincangkan dan menerangkan dengan lebih terperinci di bahagian
dapatan kajian perbincangan mengenai penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi menangani
masalah dan kekangan yang timbul dalam pelaksanaan program PAV walaupun ada dinyatakan
dalam bahagian abstrak mengenai penambahbaikkan yang perlu dilakukan. Hal ini telah
menimbulkan sedikit percanggahan. Sebagai contoh penambahbaikan dalam usaha memastikan
latihan kemahiran memenuhi keperluan industri, Kementerian amat menggalakkan sebarang
bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan KPM (PAV dan KV) dengan industri
kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung dapat
memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi alam
pekerjaan yang sebenar. Kerjasama pihak industri dalam menyediakan latihan kemahiran amat
penting agar latihan melalui “work based learning” dapat diperolehi oleh pelajar. Kepakaran dan

6|Page
kemudahan yang ada pada kedua belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan
berlakunya ketidak sesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan institusi latihan kemahiran.

Kelemahan yang seterusnya ialah, pengguna tidak menggunakan sebarang bentuk grafik.
Jadual ini hanya mengandungi tulisan fakta dan sebuah jadual mengenai pencapaian minimum
murid dalam UPSR. Para pembaca akan tertarik jika carta atau rajah bagi menerangkan intipati
jurnal. Bentuk grafik dapat menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat. Selain itu juga,
ada pendapat yang mengatakan penggunaan media grafik seperti graf mampu menjelaskan
sesuatu perkara dengan lebih jelas berbanding penggunaan huruf sahaja. Malah, pembaca juga
dapat menganalisis dapatan kajian jurnal ini dengan senang. Menurut Shaharuddin Md Salleh &
Roslinda@Syaida Salim Pakheri dalam jurnalnya yang bertajuk, Kajian Kes: Tahap Kreativiti
Bakal Guru Menggunakan Seni Grafik Di Kalangan Pelajar menyatakan bahawa bentuk grafik
ini mampu meringkaskan data dalam bentuk imej grafik, memudahkan meklumat disampaikan
kepada pembaca, membolehkan pembaca membezakan maklumat yang dibaca, pembacaan akan
menjadi lebih menarik dan pembaca akan berfikir secara rasional dan menjadi mudah untuk
difahami.

Selain itu, dokumen yang digunakan sebagai kaedah pengumpulan data deskriptif tidak
diterangkan dengan jelas walaupun ada dinyatakan dalam bahagian metodologi kajian bahawa
analisis dokumen berkaitan digunakan.

4.0 CADANGAN

Antara cadangan untuk penambahbaikan jurnal ini yang mungkin boleh dipertimbangkan adalah
penyelidik boleh mengupas dengan lebih lanjut dan jelas mengenai langkah dan strategi bagi
menangani kekangan dan permasalahan yang timbul dalam perlaksaan Pendidikan Asas
Vokasional (PAV) bukan membincangkan mengenai permasalahan dalam pelaksanaan PAV
semata-mata. Ini mampu memberikan nilai yang lebih kepada jurnal ini kerana pandangan
penyelidik dan dapatan kajian boleh menjadi maklumat kepada pihak pengurusan kurikulum,

7|Page
guru malah pihak Kementerian Pelajaran dalam menangani masalah yang timbul bagi
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Selain itu, kaedah pengumpulan data juga harus melibatkan pelajar bagi mendapat
gambaran daripada kaca mata pelajar itu sendiri tentang pelbagai pengalaman yang dihadapi
dalam pembelajaran PAV ini. Contohnya, pengumpulan data menggunakan kaedah pemerhatian
ke atas murid yang menjalankan kerja amali PAV misalnya dan diikuti dengan temubual peserta
kajian setelah catatan pemerhatian dilengkapkan. Peserta kajian juga boleh diminta untuk
menjawab soalan dengan menggunakan instrumen yang bersesuaian. Ini memberikan gambaran
yang meluas bukan sahaja daripada perspektif guru, malah daripada sudut perspektif murid itu
sendiri.

Penggunaan grafik seperti rajah atau carta juga boleh digunaakan bagi lebih menarik
pembaca dan membantu penyampaian intipati jurnal dengan lebih mudah dan cepat. Malah,
dapatan jurnal dapat dianalisis oleh pembaca dengan senang.

5.0 SOALAN

Apakah kepentingan guru Pendidikan Asas Vokasional?

Seseorang yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi adalah lebih berkemampuan untuk
menikmati pendapatan dan produktiviti yang tinggi. Ini tentu menjadi satu cabaran kepada
sasaran negara yang ingin melahirkan tenaga kerja yang lebih mahir sejajar dengan usaha
memperkasakan industri negara ke arah mentrasformasikan industri intensif buruh kepada
intensif modal. Objektif pendidikan ialah untuk memperkembangkan kekuatan imaginasi,
kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan
menulis atau mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur
pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis dan kemahiran tangan serta proses
pengamalan etika kerja dan penulisan yang bersesuaian dan betul. Sesetengah individu
mempunyai bakat dan keupayaan untuk memajukan dirinya. Namun, bakat dan keupayaan itu
tidak mampu digerakkan sendiri melainkan perlu sokongan daripada individu-individu yang lain.

8|Page
Justeru, guru PAV menjadi penggerak utama dan masyarakat perlu berganding bahu mencungkil,
memupuk, memperkembangkan dan mempertingkatkan bakat dan keupayaan individu seseorang.

Namun demikian, disebalik menghadapi alam kerjaya dan menikmati kejayaan


materialistik, persepsi yang positif terhadap tingkah laku yang lebih mementingkan realistik dan
yang meninggalkan spiritual yang perlu diterokai. Kesedaran dan keperihatinan tenaga pengajar
dalam mengintegrasikan nilai-nilai sejagat dan akhirat kini menjadi semakin rumit dan kompleks
disebabkan perubahan persekitaran yang tidak menentu dan tidak dijangka akibat globalisasi.
Maknanya, tenaga pengajar PAV perlu bersedia dan mempunyai perhatian dirinya bukan lagi
sebagai pengajar kemahiran tangan (hand-on) dan kemahiran insaniah untuk mendidik pelajar
mendapat pekerjaan tetapi mampu menjadi pemandu hidup pelajar tersebut supaya mampu
memenuhi tuntutan dan cabaran budaya alam pekerjaan yang semakin sengit dan bertambah
kompleks. Sesungguhpun, kesemua tenaga pengajar mendapat latihan professional perguruaan
meneruskan pelajaran selepas SPM atau seterusnya, namun sejauh mana tenaga pengajar
bersedia menghadapi cabaran hidup yang sepadan dengan potensi diri manusia perlu dikaji
selidik. Walaupun, terdapat pelbagai kursusu dan latihan dalam perkhidmatan yang beroperasi di
seua sekolah dan institusi pendidikan, namun pelbaga program yang telah didedahkan kepada
tenaga pengajar masih menampakan kepincangan dan memperlihatkan perlunya suntikan ke atas
kesedaran dalam kalangan tenaga pengajar dalam transformasi pembinaan potensi manusia untuk
mencapai tahap tertinggi dalam self-actualization seperti yang tertera dalam hiraki Maslow.

9|Page
6.0 KESIMPULAN

Guru besar memainkan peranan yang penting contohnya sokongan, cara arahan dan penerangan
yang positif dapat membantu guru-guru meningkatkan pengajaranya. Ini adalah untuk
mengelakkan wujudnya pertembungan antara guru besar dan guru yang mana akan mewujudkan
ketidak sefahaman haluan antara mereka. Hasil kajian ini memberi beberapa faedah kepada guru
dan pelajar. Antara faedah tersebut ialah jika pengajaran yang diberikan oleh guru berkesan akan
dapat membantu pelajar memperkembangkan intelek, sosial dan personal pelajar dengan baik.
Guru juga mampu membuat pemilihan tajuk dan isi pelajaran yang bersesuaian dan mampu
disampaikan kepada pelajar dengan baik. Setiap guru dapat merancang pengajaran dengan
tersususn dan berfokus serta objektif pengajarannya mudah difahami dan jelas hala tuju yang
hendak dicapai. Disamping itu, guru akan menentukan bahan bantu mengajar (BBM) yang
bersesuain dan menarik bagi mewujudkan rangsangan murid untuk belajar. Secara
keseluruhannya, kajian ini banyak mendedahkan kita kepada pelbagai kaedah dan prosedur yang
boleh digunakan sebagai bahan kajian di masa hadapan untuk mencari penyelesaian atau kaedah
yang lebih berkesan dalam meningkatkan kualiti pengajaran yang berkesan dalam Pendidikan
Asas Vokasional.

10 | P a g e
BIBLIOGRAFI

Strategi Pembelajaran Projek Pembangunan Produk Multimedia Kreatif Secara Kolaboratif


(2006). Diperolehi pada 14 Mac 2015 daripada
https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&
uact=8&ved=0CBsQFjAA&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F8018%2F1%2FSit
iFatimahMohdYassin2006StrategiPembelajaranProjekPembangunanProduk.PDF&ei=M
HYEVdeTEMqUuASO5ICwBA&usg=AFQjCNHZr25ekimNUyDvq7c_MekH3Yr9rA&
sig2=j1XFJOJZSY8CRv_BCD7TWQ&bvm=bv.88198703,d.c2E

Laporan- Kaedah Persampelan. Diperolehi pada 14 Mac 2015 daripada


http://www.scribd.com/doc/42279107/laporan-kaedah-persampelan#scribd

Kajian Kes: Tahap Kreativiti Bakal Guru Menggunakan Seni Grafik Di Kalangan Pelajar Tahun
Akhir, Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM diperolehi pada 14 Mac 2015
daripada http://eprints.utm.my/10646/1/Kajian_Kes.pdf

Kaedah Penyelidikkan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah diperolehi pada 14 Mac 2015
daripada http://www.slideshare.net/NikZawawi/kaedah-penyelidikan-dalam-pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Laporan Kajian Perlaksaan MPV Membuat Perabot
di Sekolah Menengah Akademik 2003. Diperolehi pada 14 Mac 2015 daripada
http://mamo60.tripod.com/laporanmpppk2003.htm

11 | P a g e

You might also like