You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELAI ( FELDA )

73480 GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NEA 5056 Tel: 06-4347094 Faks :06-4347096 E-mel : smkjelai_felda@yahoo.com.my


______________________________________________________________________________________________________
Ruj. Tuan :
Ruj Kami : SMKJF 700-5 / 20 ( )
Tarikh : 25 Februari 2019
Kepada
Pengerusi PIBG,
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai ( Felda )
73480 Gemas,
Negeri Sembilan.

Melalui :
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai ( Felda )
73480 Gemas,
Negeri Sembilan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN PERTOLONGAN CEMAS UNTUK KEGUNAAN AKTIVITI SEKOLAH.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan dari pihak tuan bagi menampung pembelian alatan
bantuan kecemasan seperti berikut :

Alatan Harga
1. Peti Air Batu ( 60 liter ) RM 380.00
2. Peti Air Batu ( 20 liter ) RM 70.00
3. Pengusung Kecemasan ( Strecther ) RM 380.00
4. Peti Kecemasan ( First Aid Kit ) RM 100.00
JUMLAH RM 930.00

4. Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak sekolah sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan seikhlas
hati bagi menjayaakan program dan aktviti sekolah yang akan berlangsung.Sokongan padu daripada pihak ibu bapa / penjaga
pelajar terhadap program dan aktiviti sekolah, pastinya usaha murni ini tidak akan tercapai matlamatnya.

5. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah;

…………………………………..
( EN ZAFARULLAH BIN ITHNAIN )
GPK Kokurikulum,
SMK Jelai ( Felda )
73480 Gemas,
Negeri Sembilan.
PETI AIR BATU ( COOLER BOX ) - 60 LITER

PETI AIR BATU ( COOLER BOX ) - 20 LITER


PENGUSUNG KECEMASAN ( STRECTHER )

PETI KECEMASAN ( FIRST AID KIT )


SEK MEN KEB JELAI ( FELDA )
73480 GEMAS
NEGERI SEMBILAN

KERTAS KONSEP
PROGRAM PEMBAIKAN FASILITIS BANTU MULA
UNIT KOKURIKULUM
SMK JELAI ( FELDA )
2019

DISEDIAKAN OLEH :
SETIAUSAHA KOKURIKULUM
PN HASIMAH BINTI KAMIS
PROGRAM PEMBAIKAN FASILITIS BANTU MULA
UNIT KOKURIKULUM SMK JELAI ( FELDA ) TAHUN 2019

1.0 INSPIRASI PPPM

Anjakan 3: Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai

Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab
dan 1 Badan Beruniform. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan murid peluang untuk membangunkan
bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah yang formal. Aktiviti seperti ini juga menyediakan peluang
yang baik untuk membangunkan kemahiran kepimpinan murid.

2.0 MATLAMAT

Melalui aktiviti Kokurikulum semua murid dapat mengambil bahagian dalam aktiviti yang dirancang. Disampung
memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman di luar pembelajaran formal dan di luar kelas.
Selain itu pelajar dapat mencungkil bakat serta melahirkan pelajar yang berdisiplin, berkemahiran, berketrampilan
disamping memastikan perkembangan yang seimbang dan menyeluruh melalui aspek-aspek intelek, rohani, emosi,
jasmani dan akhlak,nilai-nilai murni dan sosial ke arah Matlamat Pendidikan Negara.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membantu kelancaran program dan aktiviti kokurikulum.


3.2 Memberi keselesaan dan kemudahan kepada unit bantu mula dan kecemasan dalam menjalankan tugas
membantu pelajar yang mengalami kecederaan.

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ALATAN HARGA


1. Peti Air Batu ( 60 liter ) RM 380.00
2. Peti Air Batu ( 20 liter ) RM 70.00
3. Pengusung Kecemasan ( Strecther ) RM 380.00
4. Peti Kecemasan ( First Aid Kit ) RM 100.00
JUMLAH RM 930.00
5.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancangkan ini, dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat
sokongan daripada semua pihak. Kesungguhan dari pihak pentadbir sekolah, ibubapa / penjaga serta pelajar akan
memberi natijah yang besar dalam mempertingkatkan kecemerlangan sekolah. Segunung harapan agar program ini
memulangkan manfaat yang besar kepada pelajar dan sekolah amnya.

Disediakan oleh ;

………………………………
( HASIMAH BINTI KAMIS )
SETIAUSAHA KOKURIKULUM

Disemak oleh ;

……………….……………

You might also like