You are on page 1of 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN MALAYSIA

TEL: +609 695 7012 FAX : + 609 695 7429 http://www.ipgmksm.edu.my

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami : IPG KSM.TR(HP)0030/Jld.7( Tarikh : 22 Januari 2014 Guru Besar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, d/a Asrama Yayasan Terengganu Besut, Pelagat, 22200 Besut, Terengganu. Tuan, MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) LAWATAN PENANDA ARAS BAGI PELAJAR SEMESTER 5 PENGAJIAN SAINS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2012 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu, kami guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG Kampus Sultan Mizan amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi kebenaran dan kelulusan pihak kami bagi menjalankan program berkenaan di sekolah tuan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 03 Mac 2014 Hari : Isnin Masa : 8.30 pagi hingga 1.30 petang Bil. Peserta : 15 orang guru pelatih dan seorang pensyarah pembimbing 3. Bersama ini pihak kami sertakan bersama tentatif program dan no. tel untuk dihubungi iaitu: Dhilemon Dominic Kajan 011-19818133 untuk tindakan pihak tuan. 4. Kerjasama yang pihak tuan berikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. )

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

.................................................... (KAMARUDIN BIN HASHIM) Pengarah, IPG Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu.
s.k. 1. Ketua Unit Kokurikulum 2. Penyelaras BIG 3. Fail HEP 4. Fail Timbul

You might also like