You are on page 1of 8

2.0.

Konsep Perlembagaan

A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learners Dictionary

C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences

Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.

Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu.

Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution.

C.A. Leeds dalam bukunya, Politics

KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.

Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang-undang atau Majlis Piagam Perjanjian.

C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution

Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah.
2

Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan adalah:

Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara

Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.

2.1. Kandungan Perlembagaan

KEBEBASAN ASASI

KEWARGANEGARAAN

SISTEM PEMERINTAH

Kebebasan Asasi Kebebasan asasi seseorang individu diperuntukkan dalam bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan . Kebebasan asasi individu boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu : - Kebebasan mutlak Bermaksud kebebasan asasi yang tidak boleh disekat - Kebebasan bersyarat Merujuk kepada kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang.

Kewarganegaraan Dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga 22 Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, seseorang boleh memperoleh kewarganegaraan melalui 4 cara iaitu:

Melalui sistem ini ,rakyat akan melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara . Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya . Sistem pemerintahan Malaysia dibahagi kepada 3 badan: (a)Badan Eksekutif (b)Badan Perundangan (c)Badan Kehakiman

(I)Secara kuatkuasa undang-undang


(II)Secara pendaftaran (III)Secara naturalisasi/masukan (IV)Secara percantuman wilayah

2.2. Tujuan Perlembagaan

Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil Kemasukan hak istimewa Orang Melayu, agama Islam (perkara 3 (1) dan bahasa Melayu (perkara 152) adalah untuk berlaku adil kepada penduduk peribumi Negara ini.

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa Terdapat beberapa peruntukan khas kepada YDPA dan raja-raja Melayu. Walau pun mereka mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka tertakluk kepada (Bahagian 4, Bab 3, Perkara 40). Maka dengan ini dapat mengelak penyalahgunaan kuasa.

Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat Perlembagaan bukan sahaja peruntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat (Bahagian 2, Perkara 5-13). Ini dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh pihak tertentu.

Menjamin keamanan dan kestabilan negara Melalui sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengasasi pergerakan setiap warganegara (Bahagian 2, Perkara 10).

2.3. Unsur-unsur Tradisi Perlembagaan

UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN


Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Ia mestilah dugunakan untuk maksud-maksud rasmi seperti dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu, Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri dsb. Walau bagaimana pun Perkara 152 (1) menyatakan penggunaan bahasa lain dalam pertuturan, pengajaran dan pembelajaran adalah tidak dilarang. Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan juga tidak boleh dipersoalkan. Sekiranya wujud pihak tertentu menggunakan isu bahasa i.e untuk meraih undi, maka ia boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1984, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Ordinan (kuasa-kuasa perlu) Darurat Nombor 45, 1970. Kesan dari jaminan Perlembagaan Persekutuan dan dari usaha untuk memertabatkan Bahasa Melayu telah melahirkan Dasar Pelajaran kebangsaan dan juga penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970.

Bahasa Melayu

Agama Islam Hak istimewa Orang Melayu

Dimaktubkan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan di mana Islam merupakan agama bagi Persekutuan, iaitu agama rasmi negara. Walau bagaimana pun Perlembagaan tetap memberi kebebasan terhadap agama lain iaitu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di manamana bahagian Persekutuan (Perlembagaan Persekutuan 1995; Perkara 3(1). Jaminan kebebasan beragama ini dinyatakan dalam Perlembagaan(Perkara 11)

Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan Orang Melayu sebagai: Beragama Islam Bertutur bahasa Melayu Mengamalkan adat istiadat Melayu Perkara berkaitan dengan Hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak ialah: -Perkhidmatan awam, Ekonomi , Pendidikan, Tanah Rizab Melayu (Perkara 89 dan 90) dan Pemerintahan Beraja

3.0. Sejarah Penggubalan Perlembagaan Sehingga Penubuhan Malaysia

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA

Malayan Union (1946)

Bentuk pemerintahan baru yang dibuat oleh pihak Inggeris selepas Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun (1942) untuk menggantikan corak pemerintahan tentera terdahulu.

Perjumpaan Kongres Melayu Pertama (1946)

Gabungan 41 pertubuhan untuk menyatupadukan orang Melayu dalam pemansuhan Malayan Union. Harapannya adalah untuk memulihkan kedaulatan raja dan hak orang Melayu.

Penubuhan UMNO (1946)

Memainkan peranan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Sir Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu Persidangan Raja-raja bahawa Kerajaan British bersetuju menimbang syor Raja-raja dan Pertubuhaan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan akan menggubal perlembagaan baru untuk Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu ( 1948)

Jawatankuasa Kerja mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan. Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu melalui Perjanjian Persekutuan. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia berkuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai kusa veto untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Pilihanraya Pertama (1955)

Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

Rundingan Kemerdekaan (1956)

Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu.

Suruhanjaya Reid (1956)

Suruhanjaya Reid ditubuhkan bagi mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan untuk mewujudkan kerajaan pusat. Ia berfungsi mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat. Suruhanjaya ini juga mengambil kira unsur tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu dan diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain.

Rang Undang-undan Perlembagaan (1957)

Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi banyak mendapat tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut.

Kemerdekaan Tanah Melayu (1957)

Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena pengisytiharan Kemerdekaaan

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura (1962)

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk mengkaji pendapat orang Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya ini berjumpa dengan lebih 4000 orang dan menerima lebih kurang 2000 memorandum dan surat yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan politik, agama, kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan sekerja. Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya telah mengeluarkan laporan berhubung dengan maklum balas yang dikemukakan penduduk Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia.

Penubuhan Malaysia (1963)

Satu perjanjian dibuat pada Julai 1963 untuk meluluskan satu undangundang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

You might also like