You are on page 1of 1

JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA (JAKMAS)

KOLEJ KEDIAMAN TUN FUAD


Kolej Kediaman Tun Fuad, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

TEL : 088-320000 (ext. 3491)


Rujukan kami : UMS/KTF/JTF/01(EKKP)/01(KP)/HTKKTF17/25 FAKS : 088-320 656
Tarikh : September 2017 E-MEL : kolejkediamantunfuad@gmail.com

KEPADA:
Jabatan Bendahari,
Universiti Malaysia Sabah.

Tuan/ Puan,

MEMOHON SURAT PENGECUALIAN CUKAI BAGI PROGRAM HARI TERBUKA KOLEJ KKTF
2017 (HKKTF17) KOLEJ KEDIAMAN TUN FUAD, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman
Tun Fuad, Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Program Hari Terbuka KKTF 2017
(HKKTF17) pada ketetapan berikut:

Tarikh : 04 hingga 08 Oktober 2017


Hari : Rabu hingga Ahad
Tempat : Kolej Kediaman Tun Fuad, Universiti Malaysia Sabah

03. Program Hari Terbuka KKTF 2017 merupakan kesinambungan daripada program Hari
Terbuka KKTF 2016. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan
semangat perpaduan antara warga kolej Kediaman Tun Fuad secara khasnya dan warga kampus
Universiti Malaysia Sabah secara amnya. Selain itu, untuk memperkenalkan dan mempromosikan
KKTF kepada kolej-kolej UMS sebagai sebuah kolej kediaman yang aktif dari segi berprogram dan
aktiviti.

04. Oleh itu, besarlah harapan kami agar pihak Tuan/Puan dapat memberikan pengecualian cukai
bagi Program Hari Terbuka KKTF 2017 (HKKTF17) bagi menjayakan program ini. Bersama-sama ini
dilampirkan Surat Kelulusan Program berserta kertas kerja program untuk rujukan pihak Tuan/Puan.

Kerjasama dari pihak Tuan/Puan amat kami hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

WELLNESS COMMUNITY

(SYAMSUL BIN WAHAB)


Ketua Pengarah
Hari Terbuka KKTF 2017 (HKKTF17)
Kolej Kediaman Tun Fuad
Universiti Malaysia Sabah.
019-8607393/014-6291605
S.K : Fail Pengetua Kolej
: Fail Pengarah Program
: Fail Setiausaha Program

WELLNESS COMMUNITY

You might also like