You are on page 1of 6

Apa Itu KWSP?

5 Perkara Yang Anda Mungkin Tak Tahu

UPDATED 19 OCT 2018 – BY LOANSTREET

Tiap kali hujung bulan, rakyat di seluruh dunia bergembira – walaupun hanya
sementara – sebab gaji dah masuk, lepas tu mengalir keluar macam air terjun. Nasib
baiklah ada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) di Malaysia yang memastikan
gaji bersih yang anda bawa balik adalah lebih sedikit dari sepatutnya, tapi ada
sebabnya.

Apa itu KWSP?

KWSP merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk
membantu anda menyimpan wang buat hari tua. Selain daripada skim pencen, apa lagi
yang anda boleh jangkakan daripada akaun yang wajib disumbangkan ini? Berikut
merupakan 5 perkara yang mungkin boleh membantu anda dalam memahami skim ini.

1) Bukan gaji anda sahaja yang disumbangkan kepada KWSP.


Cuba tengok betul-betul slip gaji anda dan anda mungkin akan perasan bahagian
“Employer’s EPF” (rujuk kepada contoh slip gaji di bawah). Ini kerana kebanyakan
syarikat adalah diwajibkan oleh undang-undang untuk menyumbang kepada akaun
KWSP anda, jadi makin bertambahlah duit pencen anda.

Kadar bagi majikan adalah dihadkan kepada tambahan 13% daripada gaji kasar anda
(jika anda mendapat gaji di bawah RM5000) atau 12% (jika anda mendapat gaji lebih
RM5000). Jadi jika anda rasa duit anda banyak dipotong kerana KWSP, sebenarnya
anda menyimpan sebanyak 11% (atau 8%), malah dapat tambahan sebanyak 13%
(atau 12%)!

2) Anda boleh memilih untuk menambah jumlah sumbangan anda.

Walaupun Kerajaan telah merendahkan kadar minimum simpanan KWSP kepada 8%


(sebelum ini ianya 11%), anda masih boleh memilih untuk menyumbangkan pada kadar
yang lebih tinggi.

Contohnya, jika anda hendak menyumbang 80% daripada gaji anda kepada KWSP
setiap bulan, tiada siapa dapat menghalang anda! Namun, anda perlu ingat dua perkara
ini sebelum membuat pilihan yang sebegitu drastik: perbelanjaan bulanan anda dan
juga risiko menyalurkan kesemuanya kepada satu bentuk pelaburan sahaja.

Jika anda tidak mempunyai sumber pendapatan sampingan yang lain, 80% yang
disumbangkan daripada gaji anda kepada KWSP mungkin akan menyebabkan anda
tidak cukup wang tunai untuk perbelanjaan harian. Selain itu, melaburkan sebahagian
besar daripada gaji anda kepada satu ekuiti adalah satu risiko yang besar, kerana
portfolio yang dipelbagaikan boleh membantu anda mengurangkan risiko kerugian dan
meningkatkan hasil pendapatan.

3) Anda boleh mengeluarkan jumlah keseluruhan wang daripada akaun KWSP anda.

Selagi anda pencen pada umur 55 tahun, anda boleh melakukannya dengan mudah.
Walau bagaimanapun, ia bukannya satu-satunya cara untuk mengeluarkan simpanan
anda. Anda tahu tak ada 17 jenis pengeluaran yang anda boleh pilih? Anda boleh
mengeluarkan sebahagian daripada wang tersebut untuk pelbagai kegunaan seperti
yuran pengajian, bil perubatan ataupun untuk menunaikan haji, walaupun ada
sesetengah orang memilih untuk tidak menggunakan cara ini.

Menurut pengarah eksekutif Persatuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin


Bardan, “Perlu diingatkan yang simpanan KWSP adalah bertujuan untuk kegunaan
pencen, bukannya pelaburan. Prinsip menyimpan wang dalam KWSP adalah untuk
memastikan ada wang yang cukup bila ahli-ahli bersara, dan mereka perlu melihat
kepada jalan lain buat pendidikan atau perumahan, seperti Bantuan Kewangan
Pendidikan Tinggi.”

4) Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran daripada ‘Akaun Emas’.

Jika anda masih lagi bekerja selepas umur 55 tahun dan tak pernah terdengar pun
mengenai inisiatif ini, anda duduk bawah tempurung ke? Gurau je; inisiatif ini
merupakan peningkatan kepada skim KWSP sedia ada untuk menangani isu simpanan
yang tidak mencukupi selepas persaraan. Kesemua sumbangan selepas umur 55 tahun
akan diletakkan di bawah dana pencen kedua ini.

Ketua pegawai eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan dipetik mengatakan yang
“dana tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencecah umur 60 tahun, untuk
memastikan mereka mempunyai pinjaman pencen yang cukup pada umur tersebut.
Pada umur 60 tahun, pinjaman ahli pada kedua-dua akaun akan digabungkan bagi
tujuan pengeluaran.

Kemudiannya, pengeluaran penuh adalah dibenarkan mengikut pilihan ahli. Apa yang
menarik, had bagi bayaran dividen telah dinaikkan daripada umur 75 ke 100 tahun
untuk membolehkan ahli terus menyumbang kepada akaun simpanan KWSP mereka,
lantas memanfaatkan hasil gabungan daripada dana yang tinggal dalam akaun mereka.

5) Bukan dividen sahaja kelebihan yang ada pada KWSP.

Sebenarnya, banyak lagi kelebihan lain yang anda boleh manfaatkan daripada
simpanan KWSP seperti kami senaraikan di bawah ini.

a. Dividen: Kadar minimum yang dijamin oleh kerajaan adalah 2.5% dan akan dibayar
kepada setiap pemegang KWSP. Walaupun kadar tersebut rendah bunyinya, perlu
diingat bahawa sekitar satu dekad ini, kadar tersebut berada pada paras yang sihat iaitu
purata 5 ke 6% setahun. Dividen akan dikira berdasarkan baki harian secara agregat.

b. Ketidakmampuan dan kematian: Bila seorang pemegang diisytiharkan tidak


mampu untuk bekerja ataupun meninggal dunia, pemegang atau warisnya akan
menerima bayaran ihsan daripada KWSP. Wang ini bukan datang daripada akaun
pemegang, sebaliknya daripada perbadanan KWSP sendiri untuk mengurangkan
bebanan yang ditanggung oleh penerima atau keluarganya.

Bayaran bagi ketidakmampuan adalah RM5000 manakala bagi kematian adalah


RM2500. Kedua-duanya tertakluk kepada syarat-syarat KWSP, contohnya tarikh
permohonan dan umur pemegang.

c. Pengecualian cukai: Akhir sekali, tahukah anda yang sumbangan KWSP anda


boleh ditolak daripada cukai, sehingga jumlah maksimum RM6000 setiap tahun? Ini
juga termasuklah pengecualian insurans nyawa premium. Malah, dividen yang anda
dapat dan wang yang dikeluarkan di bawah KWSP semuanya dikecualikan daripada
cukai!

Teruskan Pembacaan...

Apa itu KWSP?

Gambaran keseluruhan

KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah agensi kerajaan Malaysia yang
menguruskan pelan simpanan wajib dan perancangan persaraan untuk pekerja sektor
awam dan swasta yang tidak berpencen.

KWSP berfungsi melalui sumbangan bulanan daripada pekerja dan majikan mereka ke
akaun simpanan sendiri. Dana simpanan ini boleh digunakan dalam pelbagai pelaburan
oleh KWSP atau, dalam beberapa kes, oleh ahli-ahli sendiri.

Kelebihan
Terdapat beberapa faedah menyumbang kepada KWSP, contohnya:

KWSP, menurut undang-undang, mempunyai kadar dividen minimum sebanyak 2.5%,


tetapi berdasarkan rekod tahun-tahun lepas, mempunyai kadar yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, pada tahun 2014, kadar dividen adalah 6.75%.

Sumbangan KWSP anda ditolak dari cukai pendapatan anda - sehingga maksimum
RM4,000 setahun.

Pengeluaran

Pada usia 50 tahun, warganegara Malaysia dan penduduk tetap dibenarkan


mengeluarkan sehingga 30% simpanan mereka, dan pada umur 55 tahun mereka boleh
mengeluarkan simpanan mereka sepenuhnya.

Pengeluaran penuh juga boleh dibuat sekiranya anggota KWSP berimigrasi atau
kehilangan upaya.

Warganegara asing yang memilih untuk menyumbang di dalam KWSP boleh


mengeluarkan dana mereka apabila tamat pekerjaan dan akan meninggalkan negara ini

You might also like