You are on page 1of 2

Petikan di bawah mengandungi 20 kesalahan bahasa atau ejaan.

Kenal pasti kesalahan


tersebut dan berikan jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.
Pelaburan tidak terhad di dalam bentok kewangan semata-mata, bahkan meliputikan
aspek yang luas. Sebagai contoh, ibu bapa bergolok mengadai untuk memberikan peluang
didikan yang terbaik kepada anak-anak demi masa depan yang cerah.
Pelaboran adalah tindakan menangguh menggunakan wang pada masa sekarang demi
untuk mendapat keuntungan pada masa akan datang. Pelaburan wang berbeza dari simpanan
wang. Bagi pelabur wang, mereka tidak boleh mengeluarkan wang sesuka hati sebab wang
yang dilabur mempunyai tempoh tertentu untuk mencapai kematangan pelaburan. Dalam
pelaburan, para pelabur diberi ganjaran dalam bentuk keuntungan atau pulangan pelaburan.
Jumlah keuntungan wang pula bergantung kepada jumlah wang yang telah dilaburkan oleh
mereka.
Walaubagaimanapun, para pelabur perlu sedar bahawa pelaburan berkaitrapat dengan
risiko. Pelabur wang berisiko tinggi kerana pelaburan wang bergantung pada keadaan
ekonomi semasa. Pelabur wang boleh mengalami kerugian pada bila-bila masa atau mendapat
durian runtuh hasil daripada pulangan pelaburan mereka. Bagi penyimpan wang pula, mereka
boleh mengeluarkan wang daripada akaun simpanan pada bila bila masa sahaja. Hal ini
demikian kerana tahap pencairan wang dalam akaun simpanan adalah tinggi. Ganjaran yang
diperoleh oleh penyimpan wang dinamakan faedah atau dividen berdasarkan jumlah
simpanan wang yang terkumpul dalam akaun masing. Seperkara lagi, penyimpan wang
berisiko rendah untuk mengalami kerugian kerana simpanan wang tidak bergantung pada
keadaan ekunomi semasa.
Kesimpulannya, dalam aktiviti pelaburan wang, lebih tinggi risiko yang perlu anda
hadapi, lebih tinggilah juga pulangan pelaburan yang anda akan nikmati. Oleh hal yang
demikian, anda mempunyai pilihan sama ada untuk menyimpan atau melabur. Pilihan di
tangan anda. Tepuk dada tanya selera.

Dipetik dan diubah suai daripada “Melabur atau Menyimpan”


Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Buku Teks Tingkatan Dua

Bil Kesalahan Pembetulan

You might also like