You are on page 1of 2

Definisi Modal

Dalam ekonomi, modal, barangan modal, atau modal sebenar adalah faktor pengeluaran yang
digunakan bagi menghasilkan barangan atau perkhidmatan, yang dirinya sendiri tidak
digunakan dengan banyaknya sungguhpun ia mungkin susut nilai dalam proses pengilangan.
Barang modal mungkin didapati dengan wang ataupun modal kewangan. Pada sebarang
masa, jumlah modal fizikal boleh dirujuk sebagai saham modal, penggunaan yang berbeza
dengan saham modal dalam prinsip perniagaan. Modal merupakan masukan kepada fungsi
pengeluaran.
Dalam kewangan dan perakaunan, modal pada umumnya merujuk kepada kekayaan
kewangan yang disimpan, terutama yang digunakan bagi memulakan atau mengekalkan
sesuatu perniagaan. Konsep kewangan modal diterima oleh kebanyakan entiti bagi
penyediaan laporan kewangan mereka. Di dalam konsep kewangan bagi modal, seperti wang
dilabur atau kuasa membeli yang dilabur, modal adalah sama dengan nilai aset bersih atau
ekuiti sesuatu entiti. Dalam konsep fizikal bagi modal, seperti keupayaan beroperasi. Modal
dianggap sebagai keupayaan pengeluaran berdasarkan entiti, sebagai contoh, unit
pengeluaran sehari.

Definisi Simpanan
Simpanan ialah menyimpan sebahagian kecil daripada pendapatan dari dibelanjakan.
Simpanan boleh dibuat dengan pelbagai cara bagi memastikan ianya selamat dan terjamin.
Biasanya simpanan didalam institusi formal seperti bank dan unit amanah dan tabung khas
yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti ASB dan Tabung Haji menjadi pilihan.
Kita boleh memilih untuk menyimpan wang yang mempunyai pulangan yang tinggi
atau sebaliknya. Namun begitu pulangan yang tinggi sudah semestinya mempunyai risiko
yang tinggi berbanding pulangan rendah yang mempunyai risiko rendah. Risiko pula merujuk
kepada kerugian akibat daripada simpanan. Kebiasaanya risiko tinggi dalam simpanan ini
melibatkan unit amanah yang kadang-kadang menawarkan faedah lebih daripada 15%. Jenis
simpanan ini biasanya disebut pelaburan. Keperihatinan kerajaan dengan memperkenalkan
ASB, ASW dan Tabung Haji yang boleh dikatakan hampir tiada risiko boleh dijadikan tempat
pelaburan yang selamat. Bagi kebanyakan rakyat simpanan ini digunakan pada masa susah
yang tidak pernah dijangka oleh seseorang ataupun menampung perbelanjaan tambahan.

Perbezaan antara Simpanan dan Modal


Terdapat pelbagai perbezaan antara simpanan dan modal, antaranya ialah modal terhasil
daripada kekayaan wang yang disimpan, manakala simpanan adalah menyimpan sebahagian
kecil dari pendapatan yang dibelanjakan. Ini bermakna kuantiti wang yang ada pada modal
lebih tinggi daripada simpanan.
Selain itu, simpanan akan berubah menjadi pelaburan sekiranya kadar pulangan hasil
daripada simpanannya tinggi. Bagi modal pula, pelaburan akan terjadi sekirannya hasil
daripada pembelian tanah akan mendapat pulangan dalam bentuk keuntungan modal dan
pendapatan semasa.

Mengapa Simpanan lebih penting berbanding Modal


Dari aspek ekonomi, simpanan adalah penting kerana

You might also like