You are on page 1of 13

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGA 2023
OPERASI DASAR AWAM
SEMESTER OKTOBER 2019

NAMA MAHENDRARAO A/L BALAKRISHNAN


NO MATRIK 241980
NO TELEFON 0149027589
TAJUK TUGASAN INDIVIDU

NAMA PENSYARAH PN.ZALINAH AHMAD


TUGASAN INDIVIDU (10%)

1.0 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia bermula seawal umur lima tahun iaitu bermula dengan
Prasekolah diikuti dengan sekolah rendah, seterusnya sekolah menengah. Dalam perjalanan ini
mereka akan menemui beberapa peperiksaan yang sangat penting iaitu Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) di darjah enam, Pentaksiran Tingkatan 3 dan kemuncaknya di Tingkatan 5 iaitu
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SPM merupakan peperiksaan yang sangat penting untuk
menentukan hala tuju seseorang murid dalam dunia pendidikan mahupun kerjaya kelak. Ramai
murid yang agak rungsing dan tertanya-tanya apa yang harus dilakukan setelah mendapat
keputusan peperiksaan SPM. Pasti kebanyakan pelajar membuat keputusan untuk menyambung
pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Terdapat beberapa pilihan yang boleh diambil berdasarkan minat, kemampuan dan juga
faktor kewangan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara jalan yang
boleh dipilih oleh pelajar adalah Diploma, STPM, Asasi dan Matrikulasi. Program yang
mempunyai saingan yang amat sengit antara pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang
cemerlang ialah Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelbagai isu yang
timbul menimbun selepas keputusan SPM diumumkan mengenai penempatan di Kolej
Matrikulasi hampir setiap tahun. Isu-isu kuota Matrikulasi hangat diperkatakan di seluruh negara
sama ada dalam berita-berita yang disiarkan dalam media massa mahupun dalam media-media
sosial. Semua rakyat mempersoalkan tentang isu tersebut dan menunjukan perasaan tidak puas
hati mengenai pengambilan pelajar Matrikulasi.
2.0 Kenal pasti isu utama yang dibincangkan dalam berita tersebut.

Berita yang dipilih adalah berkaitan dengan Isu kuota Matrikulasi yang menggegarkan
negara dengan pelbagai persoalan dan kekeliruan. Program Matrikulasi telah diwujudkan pada
tahun 1998 yang merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan
diri mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains,
teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Berdasarkan keperluan semasa bagi menampung pertambahan jumlah pelajar cemerlang, mengisi
kekosongan tempat di bidang-bidang sains, profesional dan kritikal khususnya pelajar
Bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pada tahun 1998, Bekas Perdana
Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abd. Razak, yang pada ketika itu Menteri
Pendidikan telah mencetuskan idea mewujudkan Program Matrikulasi di bawah kendalian
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyeragamkan semua Program Matrikulasi dan
Asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Visi program matrikulasi ini adalah sebagai penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti
ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang 2020 serta
misinya adalah untuk membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi
dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang. Program Matrikulasi yang pada mulanya ditubuhkan khas untuk pelajar-pelajar
Bumiputera telah mengalami sedikit perubahan iaitu bermula sesi 2003/ 2004, program ini telah
dibuka kuota sebanyak 10% kepada pelajar bukan Bumiputera. Perubahan ini dilakukan selari
dengan Perlembagaan Persekutuan yang menekankan tentang hak keistimewaan orang Melayu
atau Bumiputera. Pentingnya kuota ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara inklusif serta saksama iaitu semua rakyat perlu mendapat peluang untuk
meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi mereka.
Isu yang timbul dan dibincangkan dalam keratan berita yang telah dipilih adalah tentang
pengagihan kuota kemasukan ke program matrikulasi mengikut kaum iaitu 90% untuk
Bumiputera yang terdiri daripada semua suku kaum Orang Asli, Melayu (menurut tarifan
Perlembagaan Malaysia), peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak serta 10% bagi kaum lain iaitu
Cina dan India. Masalah timbul apabila penduduk Malaysia yang berbangsa Cina dan India
mempersoalkan tentang peratus kemasukan ke Matrikulasi ini. Hal ini telah menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan wakil-wakil menteri dan rakyat kaum Cina dan India. Pelbagai
persoalan yang diutarakan di media massa dan parlimen oleh mereka untuk mendapatkan
keadilan dalam perkara ini.

Isu ini mula membarah apabila kebelakangan ini pelbagai media sosial telah digegarkan
oleh beberapa pelajar berbangsa India yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tidak
dapat melanjutkan pelajaran ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
2019. Seterusnya, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak KPM pada 19 April 2019 telah
menimbulkan kekecohan dalam kalangan pelbagai pihak. Dalam kenyataan tersebut KPM telah
mengumumkan bahawa penawaran 2 200 tempat kepada kaum India dalam pengambilan
matrikulasi pada tahun 2018 oleh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah pada masa itu
adalah bersifat one-off. Seterusnya, penawaran sebanyak 1 000 tempat untuk kaum Cina yang
dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 juga bersifat one-off di mana berdasarkan
kepada keperluan dan juga kekosongan kuota Bumiputera yang tidak diisi. Berikutan isu itu,
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata hal ini sangat memalukan apabila
menjadikan Barisan Nasional sebagai ‘kambing hitam’ atas kegagalan kementerian memasukkan
kaum india yang cemerlang ke dalam Program Matrikulasi KPM. Tambahannya, beliau juga
mengutarakan pendapatnya tentang alasan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kononnya
penawaran 2 200 tempat kepada kaum India pada pengambilan tahun 2018 oleh kerajaan BN
adalah bersifat one-off adalah tidak benar.

Reaksi dari pihak rakyat berbangsa India telah dilihat apabila Ahli Dewan Negara,
Senator S Ananthan yang juga pengerusi Malaysian Indian Congress (MIC) Kedah menggesa
pihak KPM agar segera menjelaskan jumlah pengambilan pelajar matrikulasi berdasarkan kuota
kaum bagi tahun 2019 pada 18 April 2019. Pandangannya lagi bahawa isu ini telah dipergunakan
oleh pelbagai pihak yang ingin mengambil kesempatan bermain dengan sentimen perkauman.
Seiiring dengannya, Pengarah Komunikasi Pakatan Rakyat Melaka, G Rajandran juga berharap
Menteri Pendidikan dan timbalannya tampil memberi penjelasan serta membuat satu sidang
media untuk menjawab persoalan-persoalan yang kian menimbun.

Tambahan pula, pemimpin Democratic Action Party (DAP) iaitu Leong Yu Sheng yang
mengetuai jawatankuasa Hal Ehwal Universiti Pemuda DAP menggesa Putrajaya supaya
menamatkan amalan mengutamakan pelajar Bumiputera bagi Program Matrikulasi kerana ia
bertentangan dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan bahawa tiada diskriminasi terhadap
warganegara. Bagi mereka, dasar yang memperuntukkan hanya 10% kepada pelajar bukan
Bumiputera di 15 buah pusat matrikulasi di bawah KPM seluruh negara adalah tidak adil kerana
pusat itu ditanggung oleh wang pembayar cukai. Tambahnya, dasar tersebut mesti diganti dengan
kouta berasaskan keperluan yang menekan pencapaian akademik, latar belakang ekonomi dan
pertimbangan lain yang berkaitan.

Pada masa yang sama, demi mencapai matlamat kerajaan untuk memperkasa taraf
golongan berpendapatan rendah (B40), pihak KPM telah memperuntukan sebanyak 60% tempat
bagi golongan B40 dan baki sebanyak 40% itu pula disediakan untuk golongan berpendapatan
sederhana (M40) dan berpendapatan tinggi (T20). Walaubagaimanapun, perancangan dasar
baharu untuk memperkasakan golongan B40 sebanyak 60 peratus dalam kemasukan ke
matrikulasi ini tidak dipersetujui oleh ramai kerana bagi mereka tidak adil kepada pelajar dari
M40 dan T20 yang juga cemerlang dalam SPM.

Seterusnya, isu ini telah dibawa ke Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan dan
mendapatkan suatu jalan penyelesaian yang aman. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Amin Senin
berkata kementerian akan memastikan isu ini ditangani dengan cermat bagi mendapatkan jalan
penyelesaian terbaik melalui saluran yang tepat. Pihak KPM terus kekal dengan dasar asal iaitu
90% untuk Bumiputera dan 10% bukan Bumiputera disamping membuat penambahbaikan dalam
memberi peluang kepada 60% pelajar dari golongan B40. Pihak KPM juga kekal dengan dasar
asal iaitu 90 peratus untuk Bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera disamping membuat
penambahbaikan dalam memberi peluang kepada 60 peratus pelajar dari golongan B40.

Walaupun terdapat banyak kritikan terhadap pengambilan pelajar ke Matrikulasi


termasuk dari Perdana Menteri Malaysia sendiri tetapi Jemaah Menteri dapat juga memutuskan
dan bersetuju untuk menambah bilangan kemasukan pelajar daripada 25 000 sebelum ini kepada
40 000 orang pada 24 April 2019. Kuota 90% untuk Bumiputera dan 10% untuk bukan
Bumiputera akan terus dikekalkan kerana ini selaras dengan visi asal program ini yang ingin
menggalakanpelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains terutamanya.
Akhirnya, isu ini dapat menemui suatu jalan penyelesaian tanpa meniupnya menjadi satu isu
perkauman yang besar dengan mengekalkan objektif matrikulasi yang telah termaktub.

3.0 Apakah matlamat utama isu tersebut dibincangkan? (Kaitkan dengan bab 1)

Dasar awam menjadi nadi utama dalam menggerakkan negara ke arah pembangunan
yang stabil dan positif. Dasar awam adalah perkara-perkara yang dipilih atau diambil oleh
kerajaan sama ada untuk menerima ataupun menolak sesuatu. Dasar awam yang dipraktikkan
menjadi penentu sama ada negara tersebut maju atau mundur dan mampu atau tidak mampu
berdaya saing dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini. Dasar yang dipratikkan oleh
sesuatu negara menjamin penerimaan dan keyakinan rakyatnya terhadap hala tuju kerajaan dan
seterusnya menarik perhatian negara lain di peringkat antarabangsa. Dalam isu yang
dibincangkan di atas dasar awam yang dipratikkan adalah penubuhan program matrikulasi untuk
menarik minat dalam kalangan pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
sains. Oleh kerana matlamat penubuhan program Matrikulasi adalah untuk menarik minat pelajar
bumiputera program ini hanya fokuskan kaum Bumiputera pada permulaan implimentasi
program ini. Seterusnya, sedikit perubahan telah dibuat untuk memberi peluang melanjutkan
pelajaran kepada kaum-kaum lain iaitu 90% kepada Bumiputera dan 10% kepada kaum-kaum
lain. Hal ini menunjukkan keprihatinan kerajaan pada masa itu dalam membela nasib kaum-
kaum lain di Malaysia.
Sifat dasar awam dapat dibahagikan kepada permintaan dan tuntutan dasar (policy
demands), keputusan dasar (policy decision), kenyataan dasar (policy statements), keluaran atau
output dasar (policy outputs). Tuntutan dasar didefinisikan sebagai permintaan dan tuntutan yang
ditujukan kepada kerajaan oleh individu atau kumpulan tertentu seperti NGO, organisasi swasta
dan sebagainya. Tujuan tuntutan tersebut dibuat adalah untuk meminta kerajaan mengambil
tindakan terhadap sesuatu. Kedua, keputusan dasar (policy decisions) yang merujuk kepada
keputusan yang diambil oleh kerajaan berhubung dengan tuntutan yang disalurkan ini. Dasar
awam yang digubal merupakan reaksi kepada tuntutan yang disalurkan. Dalam hal kemasukan ke
Matrikulasi ini, pelbagai pihak yang terdiri daripada wakil rakyat dan penduduk bukan
Bumiputera membuat Tuntutan Dasar (policy demands ) untuk mendapatkan tempat dalam
Matrikulasi. Ramai pelajar kaum India dan Cina yang mendapat keputusan yang cemerlang
dalam SPM tetapi gagal mendapat tempat untuk program Matrikulasi telah menyuarakan rasa
ketidakpuashatian dalam pelbagai media sosial. Ahli Dewan Negara, Senator S. Ananthan dan
Pengarah Komunikasi PKR Melaka, G. Rajandran menggesa pihak KPM agar segera
menjelaskan jumlah pengambilan pelajar matrikulasi berdasarkan kuota kaum bagi tahun 2019.
Permintaan dan tuntutan ini telah menunjukan perubahan pada dasar awam iaitu pada 24 April
2019, Mesyuarat Jemaah Menteri telah membuat keputusan dasar (policy decisions) dengan
memutuskan untuk menambah bilangan kemasukan pelajar daripada 25 000 sebelum ini kepada
40,000 orang dengan mengekalkan kuota yang telah ditetapkan iaitu 90% Bumiputera dan 10%
kaum-kaum lain.

Kenyataan dasar (policy statements) pula merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan
oleh pihak kerajaan secara formal. Keputusan dasar yang dibuat oleh kerajaan untuk menambah
bilangan kemasukan pelajar daripada 25 000 sebelum ini kepada 40,000 orang dengan
mengekalkan kuota yang telah ditetapkan iaitu 90% Bumiputera dan 10% kaum-kaum lain.
Susulan keputusan itu, jumlah pelajar Bumiputera yang berpeluang mengikuti program
matrikulasi pada tahun 2019, meningkat daripada 22 500 kepada 36 000 orang, manakala jumlah
pelajar bukan Bumiputera meningkat daripada 2 500 kepada 4 000. Perkara ini telah diumumkan
setelah mesyurat Jemaah Menteri dijalankan di parlimen pada 24 April 2019 melalui Laporan
Media yang dikeluarkan oleh pihak KPM mengenai isu ini.
Seterusnya, keluaran atau output dasar (policy outputs) pula meliputi tindakan-tindakan
yang diambil untuk mencapai keputusan atau kenyataan dasar yang telah dibuat. Langkah ini
meliputi jumlah belanjawan yang diperlukan untuk menyokong mencapai matlamat dasar dan
jumlah tenaga kerja yang diperlukan untuk menguatkuasakan undang-undang apabila sesuatu
dasar itu dilaksanakan. Pada 24 April 2019 juga Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek
menyatakan bahawa berkaitan dengan kos berikutan pertambahan jumlah pelajar ini, KPM akan
mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dalam masa terdekat bagi
mendapatkan jalan penyelesaian terbaik. Ditambah beliau juga bahawa "Jemaah Menteri juga
telah meminta KPM untuk menilai pendekatan strategik yang bersesuaian termasuk
menggunakan premis dan kepakaran di Institut Pendidikan Guru bagi menampung pertambahan
yang diputuskan ini," katanya. Akhirnya, hasilan dasar (policy outcomes) merujuk kepada kesan
yang lebih luas terhadap masyarakat ekoran daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan. Hal
ini dapat dilihat lebih ramai murid telah mendapatkan peluang untuk melanjutkan pelajaran
dalam program matrikulasi. Hal ini sacara tidak langsung dapat mengelakan isu perkauman
daripada timbul seperti dihasratkan oleh segelintir orang yang tidak bertanggungjawab.

Dasar awam yang diputuskan oleh kerajaan mempunyai pelbagai bentuk. Pada umumnya,
terdapat empat bentuk dasar awam, iaitu undang-undang, rancangan, program dan projek
(Sabitha, 1997). Setiap bentuk ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan dasar yang dihasilkan
melalui bentuk-bentuk ini mengikut kesesuaian selaras dengan usaha untuk menyelesaikan
masalah awam. Isu matrikulasi yang telah dibincangkan adalah berbentuk rancangan iaitu dasar
yang lebih terperinci daripada dasar yang digubal oleh kerajaan. Matlamat rancangan Matrikulasi
ini adalah untuk menggiatkan pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
Sains. Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh kerajaan untuk merealisasikan hasrat ini. Walaupun
menghadapi pelbagai kekangan, kerajaan masi dapat mengambil keputusan yang paling
cemerlang untuk menangani konflik dan mendapatkan kerjasama daripada setiap kaum.
Rancangan ini adalah untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat khususnya pelajar Bumiputera
yang kian berkurangan dalam bidang Sains.
Klasifikasi dasar awam juga menjadi matlamat dalam menghangatkan isu penempatan
matrikulasi ini. Antara klasifikasi dasar awam yang dibincangkan adalah Dasar agihan
(distributive policy), Dasar agihan semula (redistributive policy), Dasar berbentuk kawal selia
(regulatory policy), Dasar liberal dan dasar konservatif, Dasar substantif dan dasar procedural
serta Dasar berbentuk material dan dasar berbentuk simbolik. Isu Matrikulasi ini berbentuk
Dasar Agihan Semula kerana pengagihan sumber dan peluang yang ada dalam pembangunan
negara dan diagihkan kepada golongan tertentu sahaja berdasarkan kepada status sosial, bangsa
dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan adanya sistem kuota iaitu 90% kepada Bumiputera
dan 10% kepada kaum-kaum lain. Keputusan ini dibuat selaras dengan visi program Matrikulasi
yang dirujuk sebagai penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi
dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang 2020.

4.0 Beri pandangan anda ke atas tindakan kerajaan terhadap isu tersebut.

Menurut pandnagan saya, tindakan yang dibuat oleh kerajaan adalah wajar dan releven
dalam isu penempatan pelajar ke program matrikulasi KPM. Setelah di bawa untuk perbincangan
di parlimen, keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam isu Matrikulasi ini adalah
Jemaah Menteri memutuskan untuk mengekalkan dasar awam yang sedia ada iaitu kuota 90%
untuk pelajar Bumiputera dan 10% untuk pelajar bukan Bumiputera, selaras dengan visi asal
Program Matrikulasi KPM bagi menggalakkan pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran dalam
bidang sains tetapi Jemaah Menteri bersetuju menambah bilangan kemasukan pelajar ke Program
Matrikulasi Kementerian Pendidikan kepada 40 000 tempat, berbanding 25 000 sebelum ini.
Berdasarkan keputusan ini, jumlah pelajar Bumiputera yang berpeluang mengikuti program
matrikulasi pada tahun 2019, meningkat daripada 22 500 kepada 36 000 orang, manakala jumlah
pelajar bukan Bumiputera meningkat daripada 2 500 kepada 4 000.

Saya bersetuju dengan keputusan kerajaan dalam isu ini kerana dapat mendengar keluhan
rakyat dan memberikan peluang kepada lebih ramai murid kaum-kaum lain untuk melanjutkan
pelajaran ke program matrikulasi KPM. Berdasarkan kefahaman saya, pihak kerajaan mengambil
keputusan ini dengan mengambilkira tuntutan rakyat yang berbilang kaum untuk mendapatkan
hak mereka serta dapat mengelakkan konflik antara kaum. Jika kita melihat sejarah penubuhan
program matrikulasi pada tahun 1998, ia keseluruhannya berfokus kepada penglibatan
Bumiputera dalam dasar tersebut isitu dengan visi untuk menjana unggul pelajar bumiputera
berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang
2020 serta misinya adalah untuk membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains,
teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang. Walaupun, pada mulanya Program Matrikulasi ditubuhkan khas
untuk pelajar-pelajar Bumiputera telah mengalami sedikit perubahan iaitu bermula sesi 2003/
2004, program ini telah dibuka kuota sebanyak 10% kepada pelajar bukan Bumiputera.
Perubahan ini dilakukan selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang menekankan tentang hak
keistimewaan orang Melayu atau Bumiputera. Pentingnya kuota ini adalah selaras dengan hasrat
kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara inklusif serta saksama iaitu semua rakyat
perlu mendapat peluang untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi mereka.

Perkara di atas menunjukan bukti bahawa kerajaan Malaysia begitu prihatin terhadap
tuntutan rakyat tidak kira mana-mana bangsa sekalipun. Kerajaan telah mengambilkira hak
kaum-kaum lain untuk mendapatkan pendidikan Matrikulasi dan mengambil keputusan yang
wajar untuk memberi manfaat kepada semua rakyat. Rakyat Malaysia perlu faham tentang
maksud Bumiputera iaitu ini bukannya hanya merujuk kepada orang Melayu sahaja tetapi
termasuk Orang Asli, Melayu (menurut tarifan Perlembagaan Malaysia), peribumi Sabah, dan
peribumi Sarawak. Sebenarnya, kaum-kaum lain perlu faham bahawa kerajaan telah sedaya
upaya untuk membuat penambahbaikkan kepada dasar yang telah sedia ada untuk menjaga
semua bangsa. Dalam isu yang bangkit pada tahun 2019 juga telah ditangani dengan sangat baik
iaitu menambah bilangan pengambilan tanpa membuat pengubahsuaian terhadap dasar yang
telah termaktub. Hal ini sebenarnya menunjukan kebijaksanaan pemimpin dalam mencari jalan
penyelesaian terhadap isu ini tanpa membelakangkan mana-mana pihak. Pihak kerajaan juga
dapat mengelakkan timbulnya isu perkauman dengan mengambil keputusan yang sangat wajar.
Dengan pemutusan penambahan bilangan pengambilan tanpa mengubah sistem kuota yang sedia
ada, semua pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dapat menikmati
manfaat daripadanya.
5.0 PENUTUP

Tuntasnya, program matrikulasi ini menjadi rebutan ramai kerana kualiti pendidikannya
dan menjadi jalan yang mudah untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Walaupun
pelbagai isu yang timbul mengenai penempatannya dan ramai pihak yang berhaluan kiri
mempergunakan isu ini untuk kepentingan mereka sendiri, namun pihak kerajaan yang bijak
dapat juga menangani sebarang masalah yang timbul dengan mengambil keputusan bersama
yang dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Konklusinya, sesuatu dasar awam hanya dapat dijayakan dengan adanya semua pihak yang
mengembleng tenaga dan akur mengikut perkara yang telah dipersetujui.
RUJUKAN

Rohaniza Idris. (22 Mei, 2019). Isu kuota matrikulasi: Kementerian Pendidikan pertahankan

tindakan Maszlee. Berita Harian Online. Retrieved 1 Disember 2019, from


https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/05/566805/isu-kuota-matrikulasi-
kementerian-pendidikan-pertahankan-tindakan

Ahmad Suhael Adnan dan Ilah Hafiz Aziz. (28 Mei 2019). Isu kuota matrikulasi: Tun M
pertahan

Maszlee. Berita Harian Online. Retrieved 1 Disember 2019, from


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/569113/isu-kuota-matrikulasi-tun-
m-pertahan-maszlee

B Nantha Kumar. (18 April 2019). K'jaan perlu dedah pengambilan matrikulasi ikut kaum –

Senator. Malaysiakini. Retrieved 1 Disember 2019, from


https://www.malaysiakini.com/news/472740

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengenalan matrikulasi. Retrieved 1 Disember 2019, from

https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi/pengenalan-

matrikulasi

Azis Nik Pa, Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia:

Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.

Wartawan Sinar Harian. (24 April 2019). Kerajaan tambah 40,000 tempat untuk pelajar selesai
isu

kuota matrikulasi. Sinar Harian. Retrieved 1 Disember 2019, from

https://www.sinarharian.com.my/article/25143/BERITA/Nasional/Kerajaan-tambah-
40000-tempat-untuk-pelajar-selesai-isu-kuota-matrikulasi

You might also like