You are on page 1of 21

PENTAKSIRAN DALAM

PENDIDIKAN JASMANI

Pentaksiran adalah daripada perkataan Latin yang


bermaksud duduk bersama dengan pembelajar dan
mengesahkan respon adalah bermaksud dengan apa
yang dimaksudkan.

Menurut David Payne(2003), pentaksiran ialah integrasi


proses mengumpul maklumat atau memberi nilai
kepada maklumat itu DAN membuat keputusan
berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat

Pengukuran

Penilaian

Pentaksiran

Apa

yang boleh ditaksir?

KEMAHIRAN
PENGETAHUAN

SIKAP

Perancangan Pentaksiran hendaklah:


1. Bebas daripada bersifat berat sebelah atau dipengaruhi
oleh (bias)
2. Menunjukkan apa yang telah (atau apa yang sepatutnya)
diajar dan dipelajari
3. Menyediakan maklumat untuk meningkatkan pengajaran
(pengajaran/kurikulum)
4. Memaklumkan ketidaksefahaman

Mengapa guru perlu tahu


mengenai pentaksiran?

Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran


murid
Memantau kemajuan murid
Memberi dan menetapkan penggredan
Menentukan keberkesanan pengajaran
Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap
keberkesanan pendidikan
Menilai guru dan pendidik
Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan
pembelajaran

PENTAKSIR
AN
PSIKOMOT
OR
PENTAKSIR
AN
KOGNITIF

PENTAKSIR
AN AFEKTIF

JENIS
PENTAKSIRAN

PENTAKSIRAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
KESIHATAN

UJIAN, PENGUKURAN
DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI

Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk


mendapat maklumat murid. Ia boleh mengambil
beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan,
bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku
melalui senarai semak atau rekod anekdotal.

Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen


atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran

Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat


berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh
seseorang .
Pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina,
mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.
Penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul,
menganalisis dan mentafsir data yang dikutip.
Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Tujuan penilaian dalam Pj

Memfokuskan kepada setiap individu


Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi
maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid.
Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan
jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

Memilih wakil
Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat
bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan
kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan
dilaksanakan dengan lebih saksama.

Menentukan status semasa


Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987)
penentuan status meliputi :
a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu
e) Menentu aktiviti tertentu.

Memotivasikan individu
Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada
seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada
murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian
disalahgunakan maka kesan negatif akan timbul dan ini
akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan
putus asa.

Menilai pengajaran dan program Pendidikan Jasmani


Penilaian boleh digunakan untuk menentukan
pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan
kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada
program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada
guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi
pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan
tercapai.

UJIAN RUJUKAN KRITERIA

Digunakan untuk menilai tahap prestasi kemajuan murid.


Keputusan yang diperolehi melalui ujian ini tidak akan
dibandingkan dengan murid lain.
Selalunya digunakan bagi menilai tahap kecergasan
berkaitan kesihatan.
Melibatkan pengukuran terhadap seseorang murid yang
diasaskan dari jangkaan prestasi yang ada kepada murid
yang dinilai.

UJIAN RUJUKAN NORMA

Digunakan apabila guru ingin mentafsir kemajuan


prestasi dalam satu-satu ujian.
Berupaya membandingkan keputusan dalam kalangan
murid dalam satu darjah atau kumpulan.
Sering digunakan oleh guru untuk menentukan
gred yang diperolehi oleh murid dalam satu-satu ujian.

PENILAIAN FORMATIF

Digunakan untuk mengenal pasti perkembangan


pembelajaran yang telah dilalui oleh murid semasa
mereka mengikuti sebarang kelas pengajaran.
Berupaya menjelaskan sama ada objektif pembelajaran
pada suatu peringkat telah tercapai atau pun tidak.
Mempengaruhi corak P & P seterusnya.
Ujian kriteria merupakan sub kepada penilaian formatif

PENILAIAN SUMATIF

Digunakan pada peringkat akhir sesuatu topik


pengajaran.
Dilaksanakan pada akhir penggal persekolahan atau
peringkat akhir persekolahan.
Tujuannya adalah untuk mengetahui tahap penguasaan
dan pencapaian murid bagi satu kelas atau kumpulan.
Berbentuk pemarkahan yang mengutamakan aras gred.
(ujian kriteria & norma)

UJIAN KECERDASAN

Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian


mental, ialah ujian yang digunakan untuk mengukur
kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan
antara individu.
Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu
psikologi dalam bidang ini
Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian
Binet-Simon.

Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak


menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan
gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai.
Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak
langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh muridmurid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut.
Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan
pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi.
Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala StanfordBinet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL


Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan
kepada:
Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan
Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran
motor

KESIHATAN
Komposisi Badan
Fleksibiliti
Daya Tahan
Kardiovaskular
Kekuatan Otot
Daya Tahan Otot

KEMAHIRAN
MOTOR
Kelajuan
Koordinasi
Ketangkasan
Kuasa
Imbangan
Masa Reaksi

SEKIAN TERIMA
KASIH

You might also like