You are on page 1of 7

PENGENALAN

Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana pelajar mempelajari
kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan
menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada teori-teori
pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif. Teori pembelajaran behaviorisme berfokus kepada tingkah
laku dan persekitaran, teori pembelajaran sosial berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran, sementara
teoripem belajaran kognitif dan konstruktif berfokus kepada pemikiran. Kertas kerja ini juga menjelaskan
tentang teori-teori ini dan implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

PENDEKATAN BEHAVIORISME / PERLAKUAN

Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman,
dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan
perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner
berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan
diramal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas
terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi
ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan
berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Behaviorisme merupakan satu
pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-
ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya,
iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada
dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini
ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, yang akan dibincangkan di sini ialah Ivan Pavlov,
J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner. Eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan menjadi
asas kepada prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran.
IMPLIKASI PENDEKATAN BEHAVIORISME

Implikasi daripada teori ini, contohnya guru hendaklah menjadi model yang baik kerana perlakuan guru
selalu ingin dicontohi murid. Oleh itu, pakaian ,tingkah laku dan bahasa pertuturan guru mestilah baik.

Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut:

a) Memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung, iaitu dengan
menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. Contohnya, kanak-kanak meniru
ibubapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.

b) Pemerhatian melalui sekat lakuan dan tak sekat lakuan. Sekat lakuan merupakan sekatan tingkah laku
yang sesuai dalam situasi A tetapi tidak sesuai dalam situasi B.

Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak boleh melakukannya
di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan adanya peraturan bilik darjah yang boleh
membawa hukuman jika amalan itu berlaku.manakala memerhati melalui taksekatlakuan ialah murid akan
terus meniru amalan dalam sesuatu situasi. Contohnya, kalau mereka telah mempelajari bahawa tindakan
sorak-menyorak tidak sesuai dalam kelas,tetapi kai ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum,
murid-murid berkenaan akan mula menjeritkan jawapan.

c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja
yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui cara untuk melakukannya. Contohnya,
apabila melihat seorang murid lain membaca buku di dalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu
membacanya. Keinginan untuk membaca itu timmbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya
tiadak ada murid lain membaca, kemungkinan keinginan Amir untuk membaca tidak timbul.

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL


Teori pembelajaran sosial (social learning theory ) telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986,1977, 1998,
2000). Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan semula sebagai “Teori kognitif sosial” oleh Bandura
sendiri (Moore, 2002). Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan
tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran(Santrock, 2001). Faktor kognitif akan
mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya;sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar
tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.Teori
pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan
menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan
orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasadalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau
bertindak pasif terhadap pengaruhpersekitaran. Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti
yang pasif, yangboleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan,
pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial termasuklah Albert
Bandura,Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain. Albert Bandura (1925-) adalah
seorang profesor psikologi di Universiti Stanford dan beliau telah mengemukakan “Model Determinisme
Timbal Balik” (reciprocal determinism model ) dan “Teori Pembelajaran Peniruan”.

IMPILIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Murid-murid memerlukan model yang baik, yang boleh ditiru dalam perkembangan bahasa lisan dan
berekelakuan bagus.

1. Guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada murid dan juga
demonstrasi guru hendaklah jelas supaya murid dapat meniru gaya guru dengan cepat.
Contohnya: sesetengah murid akan meniru gaya bercakap dan mengajar guru.
2. Guru boleh menggunakan model yang sebenar yang mungkin daripada rakan-rakan sekelas mereka
yang cemerlag yang sesuai untuk ditiru.
3. Guru hendaklah memaparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan murid berkenaan terus
berusaha dan meransang murid lain berusaha sebagaimana murid berkenaan.
Contohnya: guru memuji murid yang berlukisan cantik dan paparkan hasilan lukisan tersebut.
4. Guru mengajar nilai dan peranan watak-watak penting melalui simulasi.
Contohnya: dalam situasi ahli bomba menyelamatkan mangsa kebakaran, murid akan meniru
perlakuan tersebut dengan menyelamatkan orang lain.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk
mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Fokus kajian ahlinpsikologi kognitif ialah
terhadap proses aktif minda individu untuk memahami persekitarannya.Cara individu berfikir tentang
situasi, termasuk kepercayaannya, jangkaannya danperasaannya, mempengaruhi fakta yang individu
pelajari dan cara dia belajar. Ahli psikologikognitif berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh
adalah hasil pembelajarandan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar (Woolfolk,1998).

Anderson et al. (dalam Woolfolk, 1998) menyatakan bahawa:

“Instead of being passively influenced by environment events, people actively choose, practice, pay
attention, ignore, reflect and make many other decisions as they pursuegoals. Older cognitive views
emphasized the acquisition of knowledge, but newer ap- proaches stress its construction”

Ini bermakna manusia secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar,merenung kembali
dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlakudalam persekitaran bagi mencapai
matlamat mereka. Begitu juga, Slavin (1997) menyatakan pembelajaran adalah proses aktif minda yang
berfokus kepada maklumat penting, menapismaklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia
ada untuk membuat pemilihan.Untuk memahami pembelajaran dari perspektif kognitif dengan lebih
mendalam, bahagian berikut menjelaskan tentang psikologi gestalt, eksperimen Kohler dan model
pemprosesan maklumat.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

1. Guru hendaklah mendedahkan keseluruhan sebelum membincangkan bahagia-bahagian isi


pelajaran dan rumuskan dengan keseluruhan.
Contohnya: dalam pembelajaran lagu, guru menyairkan keseluruhan lagu bagi murid-murid
mendengar beberapa kali. Kemudian barulah diteliti rangkap demi rangkap.
2. Proses pembelajaran yang berlaku perlu mengambilkira pengetahuan sedia ada murid dan
menggunakan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran yang baru. Contohnya aktiviti makan dan
minum yang telah dipelajari dirumah, disekolah guru boleh mengukuhkan lagi dengan menerapkan
adap-adap semasa makan.
3. Keadah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat efektif digunakan dalam proses
pembelajaran.

Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan
pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa apabila air membeku, isipadunya bertambah.
Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadu dan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini
perlu dirangkaikan bersama untuk membentuk hokum.

TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK

Teori Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu. Pendekatan humanistik
menekankan keseluruhan murid, dengan kata lain aspek emosi dan sosial kehidupan murid.

Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar dengan syarat
pengalaman pendidikan adalah bermakna. Ia juga menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi
sokongan dan sentiasa mengambil berat tentang anak didiknya.

IMPLIKASI TEORI

Teori Pembelajaran Humanisme melihat murid sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkuapayaan
untuk belajar dan berkembang.:

1. Guru hendaklah melayani murid sebagai insan kemudaian barulah elayani mereka sebagai murid.
Guru hendaklah menerima setiap murid tanpa syarat.

Contohnya: murid yang lemah dalam akademik mungkin berbakat dalam bidang melukis. Guru
harus menerima murid tersebut dan cuba memeperkembangkan potensinya dalam melukis.
2. Guru hendaklah sentiasa melibatkan murid dalam aktiviti kumpulan, seperti pembelajaran
koperatif. Ini dapat membina hubungan social dan kemahiran emosi.
3. Guru harus memberi peluang kepada murid untuk menetukan aktiviti pembelajaran bagi
meningkatkan motivasi belajar.
4. Guru hendaklah percaya bahawa semua murid boleh belajar dan guru mestilah bersabar semasa
mengajar murid yang lemah.

Teori Konstruktivisme

Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Setiap murid
menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam adalah
melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial. Vygotsky, ahli psikologi yang banyak
menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan yang dibina berdasarkan interaksi
sosisl, adat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.

Pembelajaran kognitivisme dan konstruktivisme berasaskan kepada tugas guru sebagai pengajar ilmu
pengetahuan, pengembang kemahiran dan pembentuk budi pekerti atau akhlak pelajar. Di samping tugas-
tugas tersebut, guru juga berperanan sebagai perancang, pengurus, fasilitator, pembimbing dan sebagai
model atau contoh teladan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990b).

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIF

1. Guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan murid supaya mudah difahami
dan murid memahami objektif yang hendak dicapai oleh guru.
2. Guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat meransang minda murid dan senantiasa
diubahsuai mengikut aktiviti yang akan dijalankan.
3. Guru semestinya peka kepada kesesuaian persekitaran pembelajaran terutama dalam bilik darjah
supaya dapat mendorong atau memotivasikan murid untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran.
4. Guru bertindak sebagai pemudah cara dan sentiasa menbantu murid dalam aktiviti pembelajaran.
KESIMPULAN

Kesimpulannya guru yang memiliki pengetahuan dan penguasaan teori pembelajaran mampu menyumbang
kepada pembelajaran yang efektif, menyeronokkan dan dapat meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Jadi guru hendaklah mengimpilikasikan teuri-teori pembelajaran supaya
murid berminat dan berseronok untuk belajar pengetahuna baru.

RUJUKAN

Psikologi Pendidikan, PTS Professional, 2003

Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran, Penerbit UTM, 1990

ABD.MALEK BIN SELAMAT, ABD.MALEK BIN SELAMAT (2004) Pembelajaran untuk kefahaman -
kajian keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sejarah menggunakan teori pembelajaran
konstruktivisme. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris .

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). “Aplikasi Kognitif dalam
Pendidikan” Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ee Ah Meng 1994. Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

You might also like