You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BERTAM

Jalan Meranti,
83700 Yong Peng
Batu Pahat, Johor.
/Faks : 07-4671448
Email : jba0091@moe. edu.my
SKSB-BE THE BEST, MORE A`s
Ruj. Kami : JBA0091/700-5/4( )
Tarikh : OKTOBER 2017

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Yong Peng,
Km. 1, Jalan Labis,
83700 Yong Peng,
Johor.

Tuan,

MENYEWA PADANG MAJLIS DAERAH YONG PENG UNTUK KEJOHANAN PADANG & BALAPAN SK SERI BERTAM
2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Padang & Balapan kali ke-30
sebagaimana butiran berikut:
Tarikh : 9 November 2017 (Khamis)
Masa : 7.00 a.m. 2.00 p.m.
Tempat : Padang Majlis Daerah Yong Peng

3. Sehubungan itu, kami ingin memohon untuk menggunakan padang Majlis Daerah Yong Peng bagi
menjayakan kejohanan sukan tersebut. Sebarang maklumbalas boleh berhubung dengan En. Mohd. Nizam B.
Kasmiran, Setiausaha Sukan SK Seri Bertam di talian 012-7261256.

4. Semoga pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala jasa baik pihak tuan kami
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

SEHATI SEJIWA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(KARTINIE BINTI AMAT)


Guru Besar
SK Seri Bertam
Batu Pahat, Johor.

sk Fail Kokurikulum SK Seri Bertam, Batu Pahat

You might also like