You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUA BAHARU

KERTAS KERJA
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG
SK SUNGAI TUA BAHARU

“GURU PENYAYANG MURID TERBILANG”

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
dengan kerjasama
UNIT Hal Ehwal Murid (HEM)

MAJLIS PELANCARAN : 11 MAC 2020

MASA : 7.20 PAGI & 1.00 PETANG

TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN

SASARAN : SEMUA GURU & MURID SKSTB


1. PENGENALAN
1.1. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini
bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian
(concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every
child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria,
prihatin dan sabar.
1.2. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting
yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan
disayangi setiap masa.
1.3. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

2. TUJUAN
2.1. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

3. OBJEKTIF
3.1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
3.2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3.3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
3.4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada
sekolah.

4. SASARAN
4.1. Program ini melibatkan semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Sungai
Tua Baharu.

5. AKTIVITI
5.1. Mengalu-alukan kehadiran murid.
5.2. Pelaksanaan Program Mentor Mentee.
5.3. Memberi penghargaan kepada murid.
6. AHLI JAWATANKUASA INDUK :

Pengerusi : Pn. Raja Ashariah bt Raja Jaafar


Naib Pengerusi : En. Abdullah Radzi bin Bahari
: Pn. Azlina bt Osman
: En. Nazrul bin Ahmad Zaidi
: Pn. Nora bt Mohamed Isa
Penyelaras : En. Najib Asri b Nordin (Petang)
: Pn. Azizan bt Akeshah (Pagi)

Penyelaras Tahun : Pn. Nahdatul Shima bt Abd Halim (Tahun 1)


: Cik Mashitah Shawaliza bt Shaari (Tahun 2)
: Pn. Hafizah bt Ramly (Tahun 3)
: Pn. Erzy Irzanur’ain bt Haron (Tahun 4)
: Pn. Suhaizani bt Suhaimi (Tahun 5)
: Cik Julia bt Mohd Nahwir (Tahun 6)
Guru Disiplin : En. Muhammad bin Mat Jusoff (Pagi)
: En. Normi bin Deraman (Petang)

AJK : Semua guru


Jurugambar (pelancaran) : Pn. Azizan bt Akeshah
Dokumentasi : En. Najib Asri bin Nordin
7. PERBELANJAAN

Peruntukan daripada wang PCG unit Bimbingan & Kaunseling

Buku Nota RM 1.50 x 1792 murid = RM 2,688.00

Jumlah RM 2,688.00

(Cek dibayar mengikut invois yang disediakan oleh pihak pembekal)


Disediakan oleh:

....................................................
(EN. NAJIB ASRI B NORDIN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling/Penyelaras,
SK Sungai Tua Baharu

Disemak oleh:

.....................................................
(Pn. Azlina bt Osman )
GPK HEM
SK Sungai Tua Baharu

Diluluskan oleh,

...................................................................
(PN.RAJA ASHARIAH BT RAJA JAAFAR)
Guru Besar,
SK Sungai Tua Baharu.

You might also like