You are on page 1of 4

Tentatif Perhimpunan Rasmi Isnin 24feb2020

1. Bahagian Satu (Kendalian pengawas)


i. Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor
ii. Bacaan Doa
iii. Lafaz ikrar Rukun Negara

2.Bahagian Dua (Kendalian gbm)


i. Alu-aluan gbm
ii. Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah
iii. Lafaz ikrar Pemimpin Muda Sekolah
iv. Sesi foto Pemimpin Muda Sekolah dengan Pengetua

3. Bahagian Tiga (Kendalian pengawas)


i. Nyanyian lagu Sekolah
ii Lafaz Terima Kasih.

5. Guru bersurai.
6. Slot kendalian Gbm (Pengumuman Penting) dan GD
*Semua slot ucapan dan slot laporan gbm dibatalkan.

Selepas pengawas serahkan kpd GBM,

1. Alu-aluan gbm seperti biasa.


Yang Berusaha,
Tuan Haji Shamsudin bin Shaari
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama.

Barisan pentadbir sekolah,

Tuan Haji Razali bin Salleh,


Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran,

Puan Hajah Noorlaili binti Buang


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Tang Suk Peng,


Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Barisan guru kanan mata pelajaran, barisan guru kaunseling sekolah, guru cemerlang, guru-guru dan
murid – murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Untuk pengetahuan semua , guru yang bertugas pada minggu ini ialah saya sendiri iaitu Puan Rohana
bersama-sama dengan beberapa rakan guru yang lain iaitu ;
1. Puan / En Suwaibah
2. Puan / En Siti Alifah selaku Guru Penyayang
3. Puan / En Noranizah
4. Puan / En Rozita, dan
5. Puan / En Thenmoli

Manakala guru disiplin yang bertugas pada minggu ini ialah Puan / En
_______________________________________

Sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah atau kesulitan, bolehlah berjumpa dengan mana-
mana guru bertugas yang telah disebut sebentar tadi.
____________________________________________________________________________

Perhimpunan pagi ini diteruskan dengan penyampaian hadiah.

Dengan itu majlis mempersilakan Tuan Haji Shamsudin bin Shaari

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama

dengan diiringi oleh Tuan Haji Razali bin Salleh,

Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran,

untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi acara pertama, iaitu pertandingan keceriaan kelas, kelas yang memenangi pertandingan ini pada
minggu ke 8 ialah

Tempat ketiga dimenangi oleh kelas 5 kejuruteraan

Tempat kedua pula dimenangi oleh kelas 5 seni kreatif 4

Dan johan keceriaan kelas bagi minggu ke 8 pada minggu lepas jatuh kepada kelas 5 Perniagaan

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Seterusnya, pada 21 februari yang lepas iaitu pada hari jumaat. Salah seorang murid SMkTKU telah
mewakili sekolah dalam pertandingan kaligrafi Cina peringkat negeri Selangor. Beliau telah
memenangi anugerah cemerlang iaitu johan pada pertandingan tersebut dan karanya telah terpilih
untuk memasuki pertandingan kaligrafi peringkat kebangsaan. Dengan itu, dipersilakan saudara Chee
Wei Jun dari kelas 5 Seni kreatf 1 untuk menerima sijil dan plak pertandingan tersebut. Tahniah
diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah kita.

Acara terakhir yang akan dilangsungkan hari ini ialah Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Muda SMK Taman Klang
Utama. Watikah ini akan diberikan kepada lebih kurng 140 orang murid yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi
Pemimpin Muda Sekolah kita. Untuk pengetahuan semua, Pemimpin Muda Sekolah mewakili 5 unit perkhidmatan di
sekolah ini iaitu pengawas sekolah, pngawas pusat sumber, Rakan Waja, Quarter master dan pembimbing rakan sebaya.

3. Penyampaian watikah dimulakan dengan Pengawas SMK Taman Klang Utama

Guru Pengawas: Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah. Penerima diketuai oleh sdri ________________
(Bacakan seterusnya hingga habis)

Guru PSS: Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Penerima diketuai oleh sdr ________
(Bacakan seterusnya hingga habis)

Guru Rakan Waja: Penyampaian Watikah Pelantikan Rakan Waja. Penerima diketuai oleh sdr _____________
(Bacakan seterusnya hingga habis)
Guru QM: Penyampaian Penerima Watikah Pelantikan Quartermaster. Penerima diketuai oleh sdr ________________
(Bacakan seterusnya hingga habis)

Guru PRS: Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya. Penerima diketuai oleh sdr ______________
(Bacakan seterusnya hingga habis)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn __________________________ kerana telah sudi menyampaikan
watikah pelantikan kepada para Pemimpin Muda SMK Taman Klang Utama.

Semoga para Pemimpin Muda kita akan memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab dan
amanah yang diberi oleh pihak sekolah.

Seterusnya , dijemput sdr ___________________________ iaitu Ketua Murid SMK Taman Klang Utama untuk
mengetuai lafaz ikrar Pemimpin Muda. Dipersilakan…

Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha ______________________________________________ untuk mengambil


tempat di sudut foto bagi sesi foto bersama para Pemimpin Muda kita. Dipersilakan..

Demikian tadi selesainya acara Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SMK Taman Klang Utama. Oleh itu
saya serahkan kepada sdr _____________________ untuk meneruskan majlis.

You might also like