You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SAMAK

36400 HUTAN MELINTANG,


PERAK DARUL RIDZUAN
Telefon : 05-6416554 Faks : 05-6412453 email: ABA5043@1bestarinet.yes.my

Ruj.Kami : SKSSBD
Tarikh : 02 OKTOBER 2019

Kepada :

Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang,
36400 Hutan Melintang, Perak.

JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA HARI KANTIN


SK SUNGAI SAMAK

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Sekolah Kebangsaan Sungai Samak, akan menganjurkan


Hari Kantin yang akan diadakan berdasarkan ketetapan berikut:
Tarikh 12 Oktober 2019
Hari Sabtu
Masa 8.00 pagi
Tempat Sekolah Kebangsaan Sungai Samak

3. Sehubungan itu, pihak kami mengalu-alukan penyertaan pihak tuan untuk membuat
pameran kenderaan bomba pada Hari Kantin sekolah kami. Semoga kehadiran pihak
tuan dapat memeriahkan lagi program sekolah kami.

4. Antara acara lain yang turut diadakan ialah pelbagai jualan, kempen derma darah,
pemeriksaan kesihatan, pertandingan sukan, 'soopa doopa' & 'bubble giant', pameran
kesihatan dan denggi, sekolah TS25, AADK, Klik dengan Bijak (KDB) dan PROTON .

5. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menerima jemputan
kami. Sebarang masalah / pertanyaan / maklum balas bolehlah menghubungi 013-
4757819 (Puan Hidayatul Isma bt Sumadin, Jawatankuasa Pameran) selewat-lewatnya
sebelum 07 Oktober 2019. Kerjasama pihak tuan, kami dahului dengan jutaan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………….
( ZURINA BINTI ADNAN)
GURU BESAR,
SK SUNGAI SAMAK

You might also like