You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA & GURU TEL & FAX: 09-4455876

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK, KOD SEKOLAH: CBA8033


26900 BANDAR TUN ABDUL RAZAK, NO. PENDAFTARAN: JPNP/04/05/0601
PAHANG DARUL MAKMUR.

Ruj. Tuan :
Ruj Kami : CBA8033.100-8/1/5/ ( 66 )
Tarikh : 12 NOVEMBER 2019

……………………………………………,
Ibu Bapa/Penjaga murid,
SK Bandar Tun Razak,
26900 BANDAR TUN ABDUL RAZAK

Tuan,

SUMBANGAN PIBG 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sebagai makluman tuan, pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 yang telah diadakan pada 26 Februari
2019 yang lalu, sebulat suara ahli PIBG bersetuju untuk menyumbangkan sumbangan PIBG 2019 mengikut kadar
seperti yang berikut:

Bil Sumbangan PIBG Pengiraan sumbangan PIBG Jumlah yang perlu dijelaskan (RM)
(RM)
2.1 Seorang murid 70.00 70.00
2.2 2 orang adik beradik 70.00 + 30.00* 100.00
2.3 3 orang adik beradik 70.00 + 30.00* + 30.00* 130.00
*Tambahan adik beradik RM 30.00 per murid

3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG dengan rendah diri memohon jasa baik tuan untuk menjelaskan
sumbangan PIBG 2019 seperti yang telah dipersetujui bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan aktiviti
serta program yang dirancang bersama pihak sekolah.

4. Sumbangan tersebut boleh dibuat melalui anak atau kepada En. Ahmad Fadly bin Affandi selaku
Bendahari PIBG yang dilantik sebelum cuti Persekolahan Akhir Tahun bermula.

5. Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“PERMUAFAKATAN MEMBAWA BERKAT”

Yang benar,

__________________________
(HAMILUDIN BIN ABD JALIL)
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak.

s.k.
i. Fail PIBG

You might also like