You are on page 1of 2

KELAB RAKAN PRIHATIN KELANTAN

Lot 2249, Kg. Pengkalan Kubor,Salor,


15100 Kota Bharu Kelantan
PPM-031-03-20022020
Prihatinkelantan1@gmail.com
TEL : +6017-9052765

RUJUKAN KAMI : PRIHATIN/011


TARIKH : 02 MAC 2024/ 21 SHA’BAN 1445H

Yang Berbahagia
Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
Ketua Setiausaha Politik
YAB Perdana Menteri
Pejabat YAB Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Didoakan Ybhg Datuk Seri sihat dan dalam


keredhaan Allah swt hendaknya.

Yang Berbahagia Datuk Seri

Pohon Bantuan Bagi Program Kotak Rahmah dan Sumbangan Aidulfitri 1445H

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan kepada Ybhg Datuk Seri, bahawasanya Kelab Rakan Prihatin
Kelantan akan melaksanakan program bulan Ramadhan dan sumbangan bagi menyambut Syawal
1445H yang akan dilaksanakan di setiap jajahan di dalam Negeri Kelantan.

3. Program ini adalah bertujuan membantu keluarga asnaf dan fakir miskin yang memerlukan
bagi menyambut Ramadhan dan Syawal yang menjelang tiba nanti. Program ini dicadang akan
diadakan di setiap jajahan melibatkan 1000 orang penerima sumbangan dikalangan B40 meliputi
100 penerima daripada setiap Jajahan di dalam Kelantan dengan jumlah sumbangan sebanyak
RM200.00 untuk setiap penerima. Jumlah keseluruhan sumbangan ialah RM250,000.00 (Ringgit
Malaysia : Dua Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit Sahaja) termasuk kos pengurusan majlis.

4. Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja program dan sumbangan semaksima mungkin
daripada pihak Ybhg Datuk Seri boleh disalurkan ke akaun Kelab Rakan Prihatin Kelantan, No
akaun 03111010181506 (Bank Islam Cawangan Pasir Tumboh). Segala persoalan bolehlah
dipanjangkan kepada emel atau no telefon yang tertera di atas.

Perhatian dan tindakan di atas sumbangan daripada pihak Ybhg Datuk Seri diucapkan jutaan terima
kasih dan amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih.

“ Kebajikan Tanggungjawab Bersama”

Yang menjalankan tugas

(MOHAMAD ALAMIN BIN MUHAMMAD)


SETIAUSAHA
KELAB RAKAN PRIHATIN KELANTAN

You might also like