You are on page 1of 1

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEJABAT KESIHATAN DAERAH PEKAN


Jalan Haji Montok.
26600 Pekan.
Pahang Darul Makmur
: 09-4221044 : pkdpekan@moh.gov.my

RujKami : Bil( )dlm.PKD/PKN:


Tarikh : 6 Februari 2024
Tuan Pegawai
Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah (PKOAD) Pekan

Tuan,

LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN DUA HALA UNTUK PROGRAM COMMUNITY


FEEDING DI KG ORANG ASLI SAWAH BATU

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas .

2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu lawatan tapak dan perbincangan dua hala akan
diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Februari 2024 (Selasa)


Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Pusat Community Feeding, Kg Sawah Batu

3. Untuk makluman tuan, Program Community Feeding ini merupakan program pemberian
makanan siap dimasak kepada kanak-kanak berumur 1-6 tahun yang berada di Kg Sawah Batu,
dan difokuskan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan, bagi
membantu menaikkan status pemakanan kanak-kanak tersebut.

4. Lawatan dan perbincangan ini dijalankan bertujuan untuk membincangkan dengan terperinci
berkaitan pelaksanaan Program Community Feeding di Kg Sawah Batu disamping menjalin
kerjasama dan tindakan bersama dengan pihak Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) dan juga
ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Ali (JPKKOA) bagi
menjayakan lagi misi dan visi pelaksanaan Program Community Feeding di Kg Sawah Batu.

5. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Pegawai Sains (Pemakanan) Pn Nik


Normasitah Binti Nik Ismail di talian 011-37340419 atau di alamat emel
nikmasitah@moh.gov.my. Segala kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( DR MOHD FAHMI BIN ISMAIL)


Pakar Perubatan Kesihatan Awam
No.Pendaftaran MPM : 57069
Pegawai Kesihatan Daerah Pekan
Pejabat Kesihatan Daerah Pekan
09-4221044
mohd.fahmi@moh.gov.my

You might also like