You are on page 1of 2

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

The Scouts Association Of Malaysia Perak State


Wisma Pengakap No. 31& 31A, Jalan Jelapang 6, Pusat Komersial Jelapang, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel/Fax: 019-559 5822 Website: www.ppmperak.net Email : ppmperak@yahoo.com
________________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami: Bil.PPMPk/Pentadbiran/(015)
Tarikh : 27 Januari 2020

PEGAWAI KESIHATAN DAERAH,


PEJABAT KESIHATAN,
DAERAH PERAK TENGAH,
SERI ISKANDAR, 32600 BOTA,
PERAK DARUL RIDZUAN

YBhg. Tuan,

PERMOHONAN BANTUAN SEMBURAN KABUS FOGGING DI


KEM KOTA, LAYANG-LAYANG KIRI, BOTA
20 hingga 23 Februari 2020

Dengan hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. Persekutuan


Pengakap Malaysia Negeri Perak akan menganjurkan Kem Ujian Penarafan
Pengakap Raja Bahagian 1, Peringkat Negeri Perak 2020 seperti tetapan berikut:

Tarikh : 20 hingga 23 Februari 2020


Tempat : Kem Kota, Layang-layang Kiri, Parit, Perak
Lapor Diri : 10.00 pagi (20 Februari 2020 @ Khamis)
Tamat Kem : 3.00 petang (23 Februari 2020 @ Ahad)

2. Perkhemahan ini adalah perkhemahan berbentuk ujian ilmu kepengakapan


sebelum calon layak dianugerahkan Pengakap Raja. Bilangan penyertaan
adalah seramai 150 orang (pelajar dan urusetia) dari seluruh Negeri Perak.

3. Sehubungan itu, kami mohon kerjasama dan perhatian tuan untuk


perkhidmatan Semburan Kabus Fogging ditapak kem, Kem Kota, Layang-layang
Kiri, Bota. Diharapkan langkah yang diambil ini akan dapat mencegah serangan
nyamuk dan mencegak penyakit Denggi. Pegawai kami yang boleh dihubungi
ialah En. Badrul Hisham bin Azmi (Kem Warden) ditalian 016-967 8716.

1|Page
Ruj.Kami: Bil.PPMPk/Pentadbiran/(015)
Tarikh : 27 Januari 2020

Sekian untuk makluman tuan, kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan
disanjung tinggi, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”


“PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI”

Saya yang menjalankan tugas,


Persekutuan Pengakap Malaysia,

(HAJI KHAIRUL BIN HAJI ABU KASSIM, A.M.P)


Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak (Pentadbiran)
Persekutuan Pengakap Malaysia
Perak Darul Ridzuan.
b/p
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak
Persekutuan Pengakap Malaysia
Perak Darul Ridzuan.

s.k
1. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak
2. Jabatan Pendidikan Negeri Perak (Unit Kokurikulum)
3. SEMUA Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Kokurikulum)
4. SEMUA Pesuruhjaya Pengakap Daerah

2|Page

You might also like