You are on page 1of 1

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

DAERAH KERIAN
d/a: WISMA PENGAKAP KERIAN,
No.5, Tingkat 1, Lintang Bahagia, Taman Bahagia, Jalan Terusan 34200 Parit Buntar, Perak.
Emel: su.latihan.kerian@gmail.com
Ruj.Kami : PPM/KRN/LT/KEM.DAERAH (05)
Tarikh : 6 MAC 2020
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah/Sekolah Rendah
Daerah Kerian.
Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI KEM UJIAN LENCANA KERIS GANGSA (PENGAKAP KANAK-KANAK) &
LENCANA JAYA (PENGAKAP MUDA) PPM DAERAH KERIAN TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukacitanya bahawa Pasukan Latihan Pengakap Daerah Kerian akan mengadakan
program Kem Ujian Keris Gangsa (PKK) dan Lencana Jaya (PM) pada tetapan yang berikut:

Program : Kem Ujian Lencana Keris Gangsa & Lencana Jaya PPM Daerah Kerian Tahun 2020
Tarikh : 27, 28 dan 29 Mac 2020
Masa : 3:00 ptg (Jumaat) – 12:30 tengahari (Ahad)
Tempat : Pusat Kecemerlangan PPD Kerian, Kompleks Wawasan, Parit Buntar
Bayaran : RM30.00 setiap seorang peserta dan RM 8.00 setiap seorang pembantu Kem
Cara bayaran : Secara tunai atau Bank-in ke akaun (bawa bukti pembayaran semasa pendaftaran)
MAJLIS PENGAKAP DAERAH KERIAN
NO. ACC - 220051141436 (Bank Rakyat)

3. Sehubungan dengan itu, pasukan sekolah yang menyertai perkhemahan ini perlu merancang dan
mempersembahkan satu persembahan kebudayaan pada Malam Kebudayaan pada hari Sabtu, namun
tertakluk pada perubahan keadaan semasa.

4. Bersama ini disertakan maklumat, peraturan dan borang-borang yang berkaitan. Sebarang
pertanyaan, Pengerusi Latihan Pengakap Daerah Kerian, Encik Ahmad Muzammal bin Haji Zainol
bersedia membantu di talian 019-408418.

5 Kerjasama pihak tuan/puan memaklumkan perkara ini amatlah dihargai.

“PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………………….
(MUHAMAD HAFIY HUSNI BIN HASSHIM)
Setiausaha (Bahagian Latihan),
b/p Pesuruhjaya Pengakap Daerah,
PPM Daerah Kerian.

You might also like