You are on page 1of 10

Ruj Kami: SMKDSN 06/02/003( )

Tarikh: 20/1/2014

Kepada,
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah Seremban,
KM 4, Jalan Kuala Pilah
70400 Ampangan
Seremban.

Tuan,
BAYARAN PENYERTAAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT MSS
DAERAH SEREMBAN 2 TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa keputusan mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan


Merentas Desa Peringkat Daerah Seremban 2, pada 13 Januari 2014 hari Isnin di
SMK Dato’ Shamsudin Nain telah bersetuju bahawa bayaran penyertaan sebanyak
RM 40.00 bagi setiap kategori. Bayaran tersebut boleh menggunakan peruntukan
kokurikulum dan sukan sekolah.

3. Bayaran hendaklah dibuat atas nama “PENGETUA SEK. MEN. SHAMSUDIN


NAIN RANTAU” pada atau sebelum 28 Januari 2014.

4. Dengan ini pihak pengelola Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah


Seremban 2, memohon surat kebenaran untuk memungut bayaran penyertaan
kejohanan tersebut.

Kerjasama yang pihak tuan berikan dalam perkara ini kami dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(PN. SIWAR KAUR A/P GURDIAL SINGH)


Pengetua
SMK Dato’ Shamsudin Nain
Ruj Kami: Bil ( ) dlm 06/05/004
Tarikh: 20/1/2014

Kepada,
Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
Pejabat Pelajaran Daerah Seremban
KM 4, Jalan Kuala Pilah
70400 Ampangan
Seremban

Tuan,
MEMAKLUMKAN TARIKH PERTANDINGAN KEJOHANAN MERENTAS DESA
PERINGKAT MSS DAERAH SEREMBAN 2 TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SMK Dato’ Shamsudin Nain akan menjadi tuan rumah
mengelolakan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD Seremban
2 Tahun 2014.

3. Berikut merupakan butiran pertandingan kejohanan tersebut:

Tarikh : 28 Januari 2014 (Selasa)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Dato’ Shamsudin Nain,
71200 Rantau, Negeri Sembilan

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(PN. SIWAR KAUR A/P GURDIAL SINGH)


Pengetua
SMK Dato’ Shamsudin Nain
Ruj Kami: Bil ( )dlm SMKDSN 06/02/003
Tarikh: 20/1/2014

Kepada,
Pegawai Perubatan Kesihatan
Klinik Kesihatan Rantau
71200 Rantau

Tuan,
MEMOHON KHIDMAT BANTU MULA DI KEJOHANAN MERENTAS DESA
PERINGKAT MSSD SEREMBAN 2 TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SMK Dato’ Shamsudin Nain telah diberi


tanggungjawab untuk mengelolakan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa
Peringkat MSSD Seremban 2 Tahun 2014.

3. Berikut merupakan butiran pertandingan kejohanan tersebut:

Tarikh : 28 Januari 2014 (Selasa)


Masa : 8.00 hingga 11.00 pagi
Tempat : SMK Dato’ Shamsudin Nain

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon khidmat tuan serta


kakitangan supaya dapat memberikan bantuan perubatan/kecemasan sepanjang
kejohanan tersebut.

Kerjasama yang pihak tuan berikan dalam perkara ini kami dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(PN. SIWAR KAUR A/P GURDIAL SINGH)


Pengetua
SMK Dato’ Shamsudin Nain
Ruj Kami ( )dlm SMKDSN 06/02/003
Tarikh: 20/1/2014

Kepada,

_________________________

_________________________

_________________________

Tuan,
MEMOHON KHIDMAT KAWALAN KESELAMATAN DI KEJOHANAN MERENTAS
DESA PERINGKAT MSSD SEREMBAN 2 TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Dato’ Shamsudin Nain akan


mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSS Daerah Seremban 2 Tahun
2014 pada ketetapan di bawah:

Tarikh : 28 Januari 2014 (Selasa)


Masa : 8.00 hingga 11.00 pagi
Tempat : SMK Dato’ Shamsudin Nain

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon khidmat tuan untuk


memberikan kawalan keselamatan di laluan-laluan utama sepanjang kejohanan
tersebut.

Kerjasama yang pihak tuan berikan dalam perkara ini kami dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(PN. SIWAR KAUR A/P GURDIAL SINGH)


Pengetua
SMK Dato’ Shamsudin Nain
Ruj Kami : ( ) dlm SMKDSN 06/02/003
Tarikh: 20/1/2014
Kepada,
Pengarah
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Negeri Sembilan,
KM 5, Jalan Labu
70200 Seremban

Tuan,
MEMOHON BANTUAN KHIDMAT AMBULAN DAN PEGAWAI PERUBATAN DI
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT MSSD SEREMBAN 2 TAHUN
2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SMK Dato’ Shamsudin Nain telah diberi


tanggungjawab untuk mengelolakan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa
Peringkat MSSD Seremban 2 Tahun 2014 dan berikut merupakan butiran
pertandingan kejohanan tersebut:

Tarikh : 28 Januari 2014 (Selasa)


Masa : 8.00 hingga 11.00 pagi
Tempat : SMK Dato’ Shamsudin Nain

4. Oleh itu, besarlah harapan pihak kami jika tuan dapat menyediakan khidmat
ambulan dan pegawai perubatan di kejohanan tersebut sebagai persiapan awal jika
berlaku sebarang kecemasan.

Kerjasama yang pihak tuan berikan dalam perkara ini kami dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(PN. SIWAR KAUR A/P GURDIAL SINGH)


Pengetua
SMK Dato’ Shamsudin Nain
Ruj Kami : SMKDSN 06/02/003 ( )
Tarikh: 20/1/2014

Kepada,
Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
Pejabat Pelajaran Daerah Seremban
KM 4, Jalan Kuala Pilah
70400 Ampangan
Seremban

Tuan,
MEMOHON MENGELUARKAN SURAT JEMPUTAN KEJOHANAN MERENTAS
DESA PERINGKAT MSSD SEREMBAN 2 TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SMK Dato’ Shamsudin Nain akan menjadi tuan rumah
mengelolakan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD Seremban
2 Tahun 2014.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon tuan mengeluarkan surat


jemputan Kejohanan Merentas Desa seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Januari 2014 (Selasa)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Dato’ Shamsudin Nain,
71200 Rantau, Negeri Sembilan

Kerjasama yang pihak tuan berikan dalam perkara ini kami dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(PN. SIWAR KAUR A/P GURDIAL SINGH)


Pengetua
SMK Dato’ Shamsudin Nain
Ruj Kami : SMKDSN 06/02/003 ( )
Tarikh: 20/1/2014

Kepada,
Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
Pejabat Pelajaran Daerah Seremban
KM 4, Jalan Kuala Pilah
70400 Ampangan
Seremban

Tuan,
JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN MERENTAS
DESA PERINGKAT MSSD SEREMBAN 2 TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SMK Dato’ Shamsudin Nain akan menjadi tuan rumah
mengelolakan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD Seremban
2 Tahun 2014.

3. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada


para pemenang di kejohanan tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Januari 2014 (Selasa)


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Padang SMK Dato’ Shamsudin Nain

4. Kehadiran tuan amat dihargai bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut dan
kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(PN. SIWAR KAUR A/P GURDIAL SINGH)


Pengetua
SMK Dato’ Shamsudin Nain
Ruj Kami: Bil ( )dlm SMKDSN 06/02/003
Tarikh: 20/1/2014

Kepada,
Pegawai Kesihatan Daerah,
Pejabat Kesihatan Daerah Seremban,
Jalan Zaaba
70100 Seremban

Tuan,
MEMOHON KHIDMAT BANTU MULA DI KEJOHANAN MERENTAS DESA
PERINGKAT MSSD SEREMBAN 2 TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SMK Dato’ Shamsudin Nain telah diberi


tanggungjawab untuk mengelolakan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa
Peringkat MSSD Seremban 2 Tahun 2014. Berikut merupakan butiran pertandingan
kejohanan tersebut:

Tarikh : 28 Januari 2014 (Selasa)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Dato’ Shamsudin Nain

4. Oleh itu, besarlah harapan pihak kami jika tuan dapat menyediakan khidmat
bantu mula di kejohanan tersebut sebagai persiapan awal jika berlaku sebarang
kecemasan.

Kerjasama yang pihak tuan berikan dalam perkara ini kami dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(PN. SIWAR KAUR A/P GURDIAL SINGH)


Pengetua
SMK Dato’ Shamsudin Nain
Ruj Kami: Bil ( ) dlm 06/05/004
Tarikh: 20/1/2014
Kepada,
Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
Pejabat Pelajaran Daerah Seremban
KM 4, Jalan Kuala Pilah
70400 Ampangan
Seremban

Tuan,
MEMOHON HADIAH, SIJIL PENYERTAAN, SIJIL PEMENANG, SIJIL
PENGHARGAAN PETUGAS DAN SIJIL PENGHARGAAN PENGERUSI TEKNIK
KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SEREMBAN 2 TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, berikut adalah ketetapan sijil-sijil dan hadiah:

a. Sijil Pemenang Individu - 60


keping
b. Sijil Pemenang Kumpulan - 120 keping
c. Sijil Penyertaan Pelajar - 900
keping
d. Sijil Penghargaan Pengerusi Teknik - 2 keping
e. Sijil Penghargaan untuk sekolah - 24 keping
f. Sijil Penghargaan untuk petugas - 60 keping
g. Medal individu johan hingga tempat kelima belas
4 kategori (L1, L2, P1, P2) - 60 medal
h. Medal kumpulan johan, naib johan dan ketiga
4 kategori (L1, L2, P1, P2) - 120 medal

Kerjasama yang pihak tuan berikan dalam perkara ini kami dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(PN. SIWAR KAUR A/P GURDIAL SINGH)


Pengetua
SMK Dato’ Shamsudin Nain

You might also like