You are on page 1of 1

PEJABAT KETUA MENTERI SARAWAK

OFFICE OF THE CHIEF MINISTER OF SARAWAK

KENYATAAN MEDIA MENGENAI BANTUAN KHAS


AIDIL FITRI DAN GAWAI 2021

(Untuk siaran segera)

Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Aidil Fitri dan Gawai
Tahun 2021 sebanyak RM500.00 (lima ratus ringgit) kepada semua gred pegawai
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
Bantuan Khas tersebut akan dibayar pada bulan Mei 2021, iaitu sebelum menjelang
Hari Raya Aidil Fitri dan Gawai yang akan datang.
Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan pegawai Perkhidmatan
Awam Negeri Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan
kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh
cabaran ini.
Kerajaan juga berharap dengan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai Tahun
2021 ini dapat meringankan beban kewangan bagi para pegawai Perkhidmatan Awam
Negeri Sarawak serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan
penuh dedikasi.

Tarikh: 28 April 2021

Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Tingkat 22 Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya 93502, Kuching, Sarawak.
Tel: (082) 440801 Faks: (082) 444566 Email: cmo@sarawak.gov.my Laman Web:www.cm.sarawak.gov.my

You might also like