You are on page 1of 1

LAMPIRAN A

1. Tarikh Hebahan
27 Januari 2023 atau dengan kadar segera.

2. Tajuk

Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 1/2023 – Pemberian Kenaikan Gaji


Tahunan (KGT) Tambahan Khas Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri
Dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

3. Kandungan

Yang Berbahagia Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya dikemukakan hebahan mengenai Pekeliling Perkhidmatan Negeri


Sabah Bilangan 1 Tahun 2023 – Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan
Khas kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri dalam Kumpulan Pelaksana dan
Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkuat kuasa pada 01 Januari 2023.

2. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk


memberikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas bagi tahun 2023 kepada
Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan
Pengurusan dan Profesional. Pekeliling ini dikeluarkan selaras dengan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 (Persekutuan).

3. Pekeliling ini boleh dimuat turun di capaian https://www.sabah.gov.my/ecircular/


dan dikemukakan untuk perhatian dan tindakan YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan
sewajarnya.

Sekian dan terima kasih.

4. Jabatan
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri

5. Mesej dihantar bagi pihak


Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri

6. Hebahan melalui
Email Blasting

You might also like