You are on page 1of 1

Unit ICT

SMK Bukit Kepayang


70300 Seremban
______________________________________________________________________________________

SMKBK.100.13/1/3 ( )

Yang Di Pertua Tarikh: 7 Februari 2024


Persatuan Ibu Bapa & Guru
SMK Bukit Kepayang
Garden Homes,
Seremban 2
70200 Seremban
Negeri Sembilan.
Melalui,
Pengetua
SMK Bukit Kepayang
70300 Seremban
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI MENAIK TARAF & MEMBAIK PULIH CAPAIAN INTERNET BILIK-BILIK KHAS PVMA/RBT SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN BUKIT KEPAYANG
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit ICT sekolah ingin menaiktaraf sistem internet tanpa wayar bilik bilik-bilik khas pvma/rbt sekolah bagi tahun 2024.
3. Sehubungan itu, pihak pengurusan sekolah ingin memohon sumbangan kewangan daripada PIBG sebanyak RM 2175.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Satu Ratus Tujuh Puluh

Lima sahaja) bagi menampung sebahagian kos menaiktaraf capaian internet yang akan dilaksanakan melalui 2 fasa penyelengggaraan bermula bulan Februari sehinngga April 2024. Bersama-

sama ini disertakan invois bayaran untuk rujukan tuan.

4. Semoga mendapat pertimbangan dari pihak tuan. Segala kerjasama dan keperihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
”MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
....................................................
(MUZAIYANAH BINTI SAMILAN)
Guru Penyelaras Bestari
Unit ICT
SMK Bukit Kepayang.

You might also like