You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BATANDOK

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH


Peti Surat 204,
Tel : 087-223144
89809 Beaufort, Sabah Faxs : -
Portal : jpnsabah.moe.gov.my
E-mel : xba6003@moe.gov.my
_____________________________________________________________________________
Ruj : SKBAG.200-3/1/1
Tarikh : 03 April 2023
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Aras 10, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Jalan Punai Tanah, Likas,
88450 Kota Kinabalu, Sabah

Melalui ;

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort
Tingkat 2 & 3, Rumah Persekutuan Beaufort
89808 Beaufort
Sabah

Tuan

PERMOHONAN PEMBINAAN MEROBOH BANGUNAN DENGAN GANTIAN BAHARU SEKOLAH


KEBANGSAAN BATANDOK BEAUFORT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan bahawa Sekolah SK Batandok Beaufort telah menerima Surat Pengesahan JKR
dengan nombor Rujukan JKR.BFT.600-36/3/3/JLD.2 (78) bertarikh 31 Mac 2016 yang menyatakan bahawa
bangunan Blok A SK Batandok Beaufort adalah tidak selamat dan tidak ekonomikal untuk dibaiki.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin membuat permohonan untuk pembinaan bangunan baharu bagi
menggantikan bangunan yang tidak selamat (Blok A) dan juga bangunan baharu yang menempatkan beberapa bilik
memandangkan SK Batandok Beaufort tidak mempunyai bilik yang sepautnya ada di premis sekolah.

4. Bersama-sama surat ini saya lampirkan senarai bilik-bilik yang diperlukan oleh pihak sekolah untuk
makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

HINAWATI BINTI MD JAPAR


Guru Besar
SK Batandok Beaufort

Sk - fail
Senarai Permohonan bilik-bilik yang diperlukan sekolah :

Bil Perkara

1 Pejabat Am
2 Bilik Guru Besar
3 Bilik Guru
4 Makmal Komputer
5 Pusat Sumber
6 Bilik Mesyuarat Utama
7 Bilik Solat
8 Bilik Penolong Kanan
9 - PK Pentadbiran
10 - PK HEM
11 - PK Kokurikulum
12 Bilik Fail
13 Ruang Menunggu
14 Stor Alat Tulis
15 Bilik Cetak
16 Ruang Perbincangan dan Pantri
17 Bilik Alat Bantu Mengajar (ABM)

You might also like