You are on page 1of 1

MASJID MUKIM WAKAF BHARU

16250 WAKAF BHARU,KELANTAN.


TEL : 019-9291083 E-mail :masjidwb@gmail.com
B

Kepada,, Daripada,

Ybrs Tuan Pengarah, Tuan Imam Tua,


Penguatkuasaan Dan Kawalan Negeri Kelantan, Masjid Mukim Wakaf Bharu,
Kementerian Dalam Negeri, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan
Tingkat 5, Menara Perbadanan,
Jalan Tengku Petra Semerak,
15200 Kota Bharu, Kelantan Tarikh: 13 October 2022

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KENDERAAN YANG INGIN DIBUAT PELUPUSAN UNTUK KEGUNAAN MASJID
MUKIM WAKAF BHARU, TUMPAT, KELANTAN.

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.

2. Saya selaku Imam Tua Masjid juga mewakili seluruh ahli qaryah Masjid Mukim Wakaf Bharu,
Tumpat, Kelantan memohon jasa baik pihak tuan agar dapat menyumbangkan sebuah van yang
telah dihapuskira kepada pihak kami bagi tujuan kegunaan jemaah masjid dan ahli qaryah
sebagaimana berikut :

a) Kenderaan mengangkut alatan jenazah, gotong royong membersih kubur.


b) Membawa orang sakit ke hospital
c) Mengangkut ahli qaryah ke tempat kursus dan kelas keagamaan atau kemahiran.
d) Membawa rombongan peserta lawatan sambil belajar.
e) Menghantar rombongan perkahwinan sekitar negeri Kelantan.
f) Dijadikan kenderaan pelbagai guna untuk kegunaan warga qaryah.

3. Besarlah harapan kami warga Mukim Wakaf Bharu sekiranya pihak tuan dapat menyumbangkan
kemderaan tersebut demi kemudahan dan kebajikan bersama.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(USTAZ WAN AHMAD NAZREE B. ABD. HALIM )


Imam Tua Masjid,
Masjid Mukim Wakaf Bharu,
Wakaf Bharu, Kelantan

You might also like