You are on page 1of 1

KAJIAN KES

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Dato’ Manan (INTEG)


Mata Pelajaran : Sejarah
Kelas : Tahun 5
Tarikh Mula :
Tarikh Hantar :
Tempoh : 2 minggu

Masalah : Semangat patriotisme perlu dipupuk dalam kalangan murid sejak dari
bangku sekolah lagi. Buktikan.
Tajuk : Bendera Malaysia kebanggaanku.
Objektif : Objektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid;
i. Menyatakan sejarah penciptaan bendera kebangsaan.
[SP 9.2.2]
ii. Menyatakan makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan.
[SP 9.2.3]
iii. Menyatakan etika menaikkan bendera kebangsaan.
[SP 9.2.4]
iv. Menjelaskan kepentingan menghormati bendera kebangsaan.
Arahan : Laporan murid hendaklah menjawab persoalan-persoalan berikut;
1. Bagaimanakah sejarah penciptaan bendera kebangsaan?
2. Apakah makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan?
Hasilkan dalam peta minda.
3. Nyatakan etika-etika semasa menaikkan bendera kebangsaan.
4. Senaraikan 5 kepentingan menghormati bendera kebangsaan.
Rujukan : Murid boleh menggunakan 2 atau lebih rujukan sumber yang berikut;
- Buku/majalah
- Laman sesawang
- Orang sumber
- Surat khabar
- Dokumen/jurnal
Kaedah : Murid boleh memilih kaedah mengumpul maklumat berikut;
- Temu bual
- Pemerhatian
- Kajian perpustakaan
Laporan : i. Dibuat secara individu
ii. Laporan disediakan dalam bentuk buku skrap
iii. Hasil laporan mengandungi 5 – 12 halaman.
iv. Laporan merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Objektif Kajian,
Kaedah Pengumpulan Data, Hasil Kajian, Kesimpulan dan Rujukan.

Disediakan oleh : .........................................................

Guru Matapelajaran Sejarah Tahun 5

You might also like