You are on page 1of 38

PJM3110 (KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI)

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI Infrastruktur dan tenaga pengajar Perkembangan murid Peralatan dan kemudahan Persekitaran budaya dan tempat

Infrastruktur dan Tenaga Pengajar

INFRASTRUKTUR @TENAGA PENGAJAR

kemudahan
kepakaran ( tenaga pengajar )

i Kedudukan Sekolah a) Kawasan Bandar kewujudan pertubuhan tertentu di bandar . persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh badan-badan kebangsaan yang membolehkan guru-guru mengambil bahagian untuk mendapat sijil-sijil yang melayakkan mereka mengajar sesuatu kemahiran @sukan

b)Kawasan Luar Bandar Agak terhad kerana kepakaran di kalangan guru dan orang luar amat kurang sekali. Penglibatan mereka dalam gerak kerja kokurikulum sangat sedikit kerana mereka sibuk dengan tugas menyara hidup.

Kegiatan-kegiatan luar kelas juga terhad dan secara tidak langsung mengehadkan penyertaan murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

ii Kemampuan Kewangan Sekolah


Peruntukan kewangan berdasarkan kapasiti pelajar. Sekolah mempunyai pelajar yang ramai mempunyai peruntukan lebih banyak.

iii Kemudahan-kemudahan
Setiap kemudahan yang terdapat di sekolah perlu dieksploitasi untuk digunakan semasa proses pemilihan aktiviti. Kemudahan yang mencukupi membolehkan aktiviti dijalankan dengan sempurna. Penyeliaan oleh pihak sekolah mesti dijalankan dengan sempurna.

Peralatan
Peralatan yang digunakan mestilah berkeadaan baik dan tidak membahayakan.
Ini membolehkan aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna.

a) Kepakaran
Tenaga pengajar perlu mengetahui dan menguasai kemahirankemahiran sukan dengan lebih mendalam.

b) Ilmu
Mempunyai ilmu PJ berkenaan dengan kemahiran,teknik dan strategi pengajaran sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti.

c)

Keprihatinan

Aktiviti PJ yang berisiko memerlukan tenaga pengajar yang mahir dan bertanggungjawab setiap aktiviti yang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya risiko kemalangan semasa aktiviti dijalankan
Tenaga pengajar perlu lebih prihatin terhadap kemampuan dan keupayaan murid terhadap pengajaran dan fleksibel.

PERKEMBANGAN MURID

Sejak lahir, pendidikan jasmani merupakan sebahagian daripada perkara penting dalam perkembangan manusia. (*AAHPER, 1955) Kebanyakkan program Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah terdiri daripada i) kemahiran asas ii) penerokaan pergerakan iii) aktiviti menguji diri iv) sukan berkumpulan yang sesuai. Perkembangan pergerakan asas dan kemahiran bersukan agak sukar dan memerlukan usaha gigih dan mengambil banyak latihan untuk mencapai kecekapan.
*American Alliance for Health, Physical Education and

Konsep perkembangan kanak-kanak

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkembangan bermaksud perihal (proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan. D.S. Wright dan Ann Taylor mendefinisikan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan usia.

Perkembangan fizikal dan Impikasi dalam P&P


Awal kanak-kanak 13-15 tahun

Kanak-kanak 7-12 tahun


Awal kanak-kanak 2-6 tahun

Awal kanak-kanak (2 6 tahun)


Perkembangan Fizikal Kadar pertumbuhan fizikal perlahan. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini dua kali ganda ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya kirakira empat kali ganda. Bermula usia 5 tahun, tubuh badan bertambah tinggi dan mengikut nisbah seperti dewasa. Kanak-kanak agak aktif pada peringkat ini. Implikasi dalam P&P Guru dinasihatkan membantu kanakkanak tetapi setakat mana yang perlu. Kanak-kanak merasai satu kepuasan sekiranya berjaya melakukan sesuatu dengan sendiri. Kanak-kanak berkembang pada tahap berbeza. Elakkan daripada membanding beza antara kanak-kanak. Aktiviti bermain yang boleh disediakan seperti permainan bola, berlari, dll yang mengambil kira perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna.

Kanak-kanak (7 12 tahun)
Perkembangan Fizikal
Stabil dan tidak begitu pesat. Lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah dan mencapai kemuncaknya. Menghampiri akil baligh, mereka kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus terhadap sesuatu. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk aktiviti lebih mencabar.

Implikasi dalam P&P


Kanak-kanak boleh diajar menggunakan instrumen dan peralatan. Aktiviti permainan dan latihan yang sesuai seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap. Guru boleh menyediakan aktiviti lasak untuk kanak-kanak, misalnya bola sepak untuk lelaki dan bola jaring untuk perempuan. Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak- kanak.

Kanak-kanak (12 15) tahun)


Perkembangan Fizikal
Kadar pertumbuhan dan perkembangan pesat seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh. Apabila mencapai akil baligh, remaja mula menunjukkan sifat ketara dalam gender masing-masing. Pertumbuhan otot remaja lelaki lebih ketara dan umumnya mereka lebih kuat secara fizikal berbanding perempuan.

Implikasi dalam P&P


Rancang aktiviti senaman yang menyeronokkan dan jadikan sebagai satu aktiviti sosial yang sihat. Kurangkan peluang remaja perempuan diperhati oleh remaja lelaki semasa aktiviti senaman. Guru digalakkan menyediakan kursus, ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan agar remaja mengetahui aspek-aspek fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Tingkah laku seksual memerlukan remaja membuat pilihan.

PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Mereka bentuk pengalaman pembelajaran adalah persiapan untuk melaksanakan tugas mengajar atau aktiviti pengajaran dengan menerapkan prinsip-prinsip pengajaran serta melalui langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian dalam usaha mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Tyler (1990), pengalaman pembelajaran adalah bermaksud tindak balas antara pelajar dengan keadaan yang ditemui dalam persekitarannya.

Pengalaman verbal Melibatkan satu deria

abstrak

Pengalaman visual Melibatkan satu deria


Pengalaman imaginasi Melibatkan lebih daripada satu deria Pengalaman simulasi Melibatkan hampir atau semua deria

Pengalaman sebenar Melibatkan semua deria

konkrit

Callahan, Clark dan Kellough (1998) membahagikan tahap pengalaman pembelajaran kepada lima peringkat; i) Pengalaman sebenar Pada tahap ini murid melakukan perkara sebenar yang perlu diketahui dan dikatakan tahap yang paling konkrit (berkesan) kerana melibatkan semua deria. Apa yang dialami atau dilakukan sendiri akan lebih kekal lama dalam ingatan. Contohnya menggolek bola pelbagai arah, murid akan cuba menganggar kekuatan golekkan mengikut arah dan jarak tertentu

ii. Pengalaman simulasi


Pengalaman yang dilalui bukanlah pengalaman sebenar. Guru membentuk dan membina persekitaran yang dapat dialami oleh murid seakan-akan peristiwa sebenar.

iii. Pengalaman imaginasi


Dengan menggunakan teknologi dan media terkini, guru dapat memperlihatkan perkara atau situasi yang hendak disampaikan. Murid akan menggunakan kekuatan mental mereka dengan mengimaginasikan situasi yang dapat dilihat.

iv. Pengalaman visual


ABM seperti gambar, carta dan diagram disediakan untuk mengajar dan menjelaskan sesuatu perkara. Bahan yang dipaparkan lebih berbentuk simbolik atau lambang sahaja. Hanya deria penglihatan sahaja yang terlibat dalam proses pembelajaran.

v. Pengalaman verbal
Guru menyampaikan pelajaran secara lisan dan hanya deria pendengaran sahaja yang terlibat. Cara ini dikatakan paling abstrak kerana bahasa adalah simbol paling abstrak.

Peralatan dan Kemudahan

Peralatan
Objektif pengajaran PJ dapat dicapai sekiranya murid berpeluang menggunakan peralatan asas. Murid dapat menikmati keseronokan sambil memperkembangkan kemahiran jasmani mereka

Peralatan yang digunakan hendaklah bersesuai dengan peringkat umur kanakkanak.

Keadaan Padang Haruslah dalam keadaan:

Baik Tidak licin Rumput pendek Terhindar daripada sebarang benda yang boleh mendatangkan kecederaan Bebas daripada sebarang peralatan lain yang tidak diperlukan

Peralatan: Peralatan mestilah berkeadaan baik dan tidak membahayakan. Ini membolehkan aktiviti dapat dijalankan dengan lebih baik . Contoh : Kemahiran lompat tinggi, peralatan yang digunakan mestilah selamat dan tidak membahayakan murid.

Peralatan reka ganti dalam PJ


-

Mengapa peralatan reka ganti dibuat? Memastikan pelajaran PJ dapat terus dilaksanakan menjimatkan pembelian peralatan

Sifat-sifat peralatan rekaganti


1. Fungsi mempunyai fungsi yang sama dengan peralatan asal. 2. Rupa mempunyai bentuk yang sama dengan alatan asal supaya menggalakkan murid menggunakannya. 3. Daya tahan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama 4. Keselamatan - tidak membahayakan dan

KEMUDAHAN
Secara umumnya kemudahan sukan boleh dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu: 1. Untuk kegunaan spesifik 2. Untuk pelbagai kegunaan

1. Kemudahan sukan untuk kegunaan spesifik - Digunakan untuk sejenis sukan tertentu sahaja.

- Contohnya: padang golf, gelanggang skuasy,


kompleks bowling, meja pingpong dan sebagainya,.

2. Kemudahan sukan untuk pelbagai kegunaan


Mempunyai fungsi yang lebih luas Dapat menganjur pelbagai jenis pertandingan dan acara bukan sukan Mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti ruang atau kawasan yang luas, infrastruktur yang mudah alih serta peralatan yang sesuai dan pelbagai guna Contohnya: padang bola, gimnasium, kolan renang dan dewan.

Kemudahan:Kemudahan yang mencukupi memboleh aktiviti dijalankan dengan sempurna. Penyeliaan oleh pihak pentadbiran mestilah dijalankan dengan sempurna. Contohnya: Aktiviti yang melibatkan penggunaan gelanggang tidak semestinya dapat dijalankan dengan sempurna. Ini kerana kemudahan gelanggang tidak terdapat dalam semua sekolah atau tidak disediakan dengan sempurna

Persekitaran budaya dan tempat

Penolakan aktiviti pendidikan jasmani terdiri daripada beberapa faktor: - tidak digemar - kurang mencabar - terlampau susah -Mempelajari sesuatu yang baru yang mungkin tidak dapat dipelajari dan diikuti.

Persekitaran rumah akan membentuk sikap pelajar terhadap pembelajaran. Contohnya dapat mewujudkan sosiolisasi di sekolah. Pemilihan aktiviti hendaklah mengambil kira dari segi sensiviti agama dan budaya sesuatu tempat. Contohnya permainan galah panjang, lebih sesuai untuk murid tahap satu sekiranya murid lelaki melawan murid perempuan, sebaliknya murid tahap 2 adalah lebih sesuai jika bermain mengikut jantina.

Pemilihan tempat pula hendaklah melibatkan kepada kesesuain aktiviti yang dipilih.

-aktiviti yang boleh memenuhi permintaan


musim diberi pendedahan dan keutamaan. Contoh: piala thomas, sukan olahraga. -aktiviti juga dipilih mengikut cuaca di sesuatu tempat iaitu melibatkan hujan, panas, mendung dan sebagainya.

You might also like