You are on page 1of 9

Kertas Am-Tort

Jawapan Julai 2010


Disediakan oleh Jescey Lawrence

Soalan 1(a) Julai 2010

 Kausa tindakan didefinasikan di dalam kes Lim Kean v Choo Khoon sebagai:
a) Pihak untuk mendakwa
b) Pihak untuk didakwa;
c) Kesemua elemen-elemen material berkenaan dengan kausa tindakan telah dibuktikan.

 Merujuk kepada fakta Chang Tan Min (“Chang”) dan Loh Kim Lian (Lian”) telah berkahwin
pada tahun 2000 dan Tiffany Chang Poh Poh (“Tiffany”) telah dilahirkan pada [ 2003]. Oleh
yang demikian Chang adalah merupakan suami sah Chang manakalan Tiffany ialah anak
kepada Lian dan adalah merupakan tangunggan-tanggungan statutory Lian, si mati di bawah
S7(2) Akta Undang-undang Sivil 1956.

 Seterusnya, suatu tuntutan untuk kecederaan diri juga boleh diambil bagi semua kecederaan
yang dialami oleh Tiffany melalui kemalangan tersebut. Memandangkan Tiffany adalah
seorang minor dia adalah orang tak berkeupayaan. Oleh itu tindakan tort untuk kecederaan
diri yang dfialami oleh Tiffany boleh difailkan melalui wakil litigasinya, Chang.

 Walau bagaimanapun sebelum Chang meneruskan dengan kausa tindakan di bawah tort
untuk kecuaian berkenaan dengan kecederaan diri yang dialami oleh Tiffany dan kemalangan
maut yang dialami oleh Lian yang menyebabkan kehilangan tanggungan oleh tanggungan-
tanggungan Lian, elemen-elemen berkenaan dengan kecuaian hendaklah dipuaskan iaitu:-
 a) kewajipan tanggungjawab untuk berjaga-jaga
 b) kemungkiran tanggungjawab
 c) penyebab
 d) keterpencilan gantirugi.

 Mahkamah di dalam kes Donoghue v Stevenson telah bersandar kepada prinsip kejiranan.
Bersandarkan kepada prinsip tersebt dan sebagai tambahan merujuk kepada kes Nettleship
v Weston, Chang adalah dinasihatkan bahawa seorang pengguna jalan raya berkewajipan
untuk berjaga-jaga terhadap pengguna-pengguna jalanraya yang lain di mana tahap
kewajipan yang dimaksudkan ialah tahap kewajipan pengguna jalan raya yang munasabah.

 Di dalam menentukan samada terdapat kemungkiran tanggungkawab oleh Bruce Lee Ah Lek
(Bruce). Berdasarkan kepada fakta:-
1. Ia adalah lebih kurang 1 tengah hari dan hujan mula turun
2. Kemalangan tersebut telah berlaku di kawasan perumahan dan disokong oleh pelan lakar
yang menunjukkan kewujudan deretan rumah.
3. Pelan lakar menunjukkan jalan adalah lurus.
4. Laporan polis lampiran D menyatakan bahawa Bruce telah memandu pada had 55 km
per/jam

1
Kertas Am-Tort
Jawapan Julai 2010
Disediakan oleh Jescey Lawrence

5. Walau bagaimanapun fakta menunjukkan bahawa kereta telah berhenti selepas lebih
kurang 10 meter daripada tempat perlanggaran . Tegasan Bruce adalah disangsi apabila
dia menyatakan bahawa dia telah memandu kereta dengan perlahan terutamanya
semasa hari hujan dan sekiranya telah memandu dengan perlahan tidak mungkin dia
tidak melihat kehadiran Tiffany di jalan tersebut terutamanya suatu jalan yang lurus. Oleh
yang demikian Bruce telah:-
a) gagal memberi perhatian terhadap pengguna jalan raya yang lain semasa memandu
terutamanya di dalam jalan yang lurus ;
b) gagal mengambilkira had kelajuan di kawasan perumahan- Ini adalah berdasarkan
kepada pelan lakar dan fakta yang menunjukkan jarak di antara mayat L, si mati dan
lokasi motokar Bruce yang ditandakan sebagai “E”.

Kegagalan-kegagalan Bruce tersebut menunjukkan kemungkiran tanggungjawab oleh Bruce


yang telah menyebabkan kematian Lian dan kecederaan diri terhadap Tiffany.

Walau bagaimanapun Chang dinasihatkan bahawa Bruce mungkin bersandar kepada pembelaan
kecuaian-sertaan. Pembelaan ini adalah diperuntukkan di bawah S12 AUUS 1956 di mana ia
memperuntukkan bahawa mahkamah boleh gantirugi di antara plaintif dan defendan
berdasarkan kepada liability tanggungan masing-masing. Bruce kemungkinan akan bersandar
kepada pembelaan ini di atas alasan:-
(1) Tindakan Chang dan Lian membiarkan Tiffany di dalam kereta yang diletakkan di tepi
jalan yang akan dilalui oleh kereta-kereta lain;
(2) S12 AUUS 1956 – mahkamah boleh gantirugi di antara plaintif dan defendan
berdasarkan kepada liabiliti tanggungan masing-masing.

 Pembelaan “Agony of the moment”


Bruce hanya boleh bersandar kepada pembelaan ini sekiranya Bruce dapat menunjukkan
bahawa dia sendiri telah menepati had lajunya. Merujuk kepada fakta dan pelan lakar, jelas
Bruce sendiri telah memandu dengan laju terutamanya di kawasan perumahan. Oleh yang
demikian Bruce tidak mungkin akan dapat bersandar kepada pembelaan “ agony of the
moment “ tersebut.

Soalan 1(b)(i) Julai 2010


 Seperti yayng dijelaskan di perenggan (a) di atas bakal penuntut adalah Chang dan Tiffany di
mana:-
(1) tuntutan sebagai tangunggan-tanggungan statutori Lian, si mati di bawah S7(2) AUUS
1956 untuk tuntutan bagi kehilangan tanggungan;
(2) tuntutan oleh Tiffany melalui wakil litigasinya Chang bagi kecederaan diri yang dialami
oleh Tiffany.
 Orang tanggungan mempunyai beban bukti untuk membuktikan semua butiran yang
dituntut melainkan ia telah diakui atau dipersetujui oleh defendan-defendan.
Yang Salbiah v Jamil bin Harun.

2
Kertas Am-Tort
Jawapan Julai 2010
Disediakan oleh Jescey Lawrence

KEHILANGAN TANGGUNGAN DARI MATA PENCARIAN


 Merupakan tuntutan bagi kehilangan sumbangan kepada Chang dan Tiffany sebagai
tanggungan-tanggungan statutori.

 3 syarat hendaklah ditepati sebelum menuntut bagi kehilangan sumbangan dan


diperuntukkan di bawah S7(3)(iv)(a) AUUS 1956 iaitu:-
a) berumur di bawah 55 tahun;
b) kesihatan yang baik – Osman Effendi
c) pendapatan melalui mata pencariannya sendiri
Siti Rahmah v Marappan
Tan Kim Chuan – sebarang pendapatan yang tidak sah di sisi undang-undang tidak akan
diambilkira.

MULTIPLICAND
 Terdapat 2 cara bagi pengiraan MPC iaitu:-
a) cara sumbangan – Chan Chin Min
b) formula yang digunakan –Rebecca Matthews

 Dengan bersandarkan kepada cara sumbangan selaras dengan kes Chan Chin Ming, Lian telah
membuat:-
Bayaran perbelanjaan rumah - RM 200.00
Simpanan untuk Tiffany - RM 100.00
RM 300.00

 Oleh itu MPC = RM 300.00


MPC tahunan = RM 300 x 12 = RM 3,600
 Di dalam mentafsirkan MPL, merujuk kepada sijil kematian (Lampiran B) , L berumur 28 tahun
bermakna selaras dengan S7(3)(iv)(d) AUUS 1956, tahun belian tetap sebanyak 16 akan
digunakan. Tiada tolakan yang akan dibuat berkenaan dengan Multiplier tetap tersebut
selaras dengan kes Latif bin Che Ngah v Maimunah bte Zakaria.
 MPL boleh dibahagikan sebagai MPL sebelum perbicaraan yang akan didarabkan dengan
MPC dan diawardkan sebagai gantirugi khas manakala MPL selepas perbicaraan adalah
didarabkan dengan MPC dan diawardkan sebagai gantirugi am.

GANTIRUGI KERANA KESEDIHAN


 S7(3B) AUUS 1956
 S7(3A) AUUS 1956
 Santhanaletchumi
 Perbelanjaan pengurusan mayat

3
Kertas Am-Tort
Jawapan Julai 2010
Disediakan oleh Jescey Lawrence

S7(3)(ii) AUUS 1956


Laporan Perubatan , Surat Pentadbiran
 Tiada gantirugi bagi kecuaian dan penderitaan yang dialami oleh C memandangkan C mati di
tempat kejadian.

Kehilangan tangunggan berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh C .


 OTF : membuat kerja rumah dan masak . Kini perlu mengambil orang gaji dan membayar
RM 450.00
 Rujuk kepada S7(3)(iii) AUUS 1956 – tiada gantirugi akan diawadkan kepada seorang suami
atas alasan bahawa dia kehilangan perkhidmatan atau teman isterinya.
 Rujuk kes Hum Peng Sing :Peruntukkan di bawah S.7(3)(iii) AUUS 1956 tidak menghalang
awad bagi kehilangan perkhidmatan apabila tuntutan tersebut adalah disertakan dengan
suatu tuntutan lain . Oleh itu boleh menuntut sebayak RM 450.00 yang dibelanjakan
berkenaan dengan pengambilan orang gaji untuk melaksanakan kerja-kerja rumah.

BERKENAAN DENGAN KECEDERAAN DIRI YANG DIALAMI OLEH Tiffany


1. Perbelanjaan perubatan . Lampiran A – mesti melakukan pembedahan plastic.
Kos RM 45000 – dianggarkan oleh hospital kerajaan sebagai kos pembedahan plastik.
Kos perubatan berkenaan dengan kecederaan.
Memandangkan ia dijalankan di hospital kerajaan dan anggaran kos pembedahan plastik
juga dibuat oleh hospital kerajaan, maka ia adalah munasabah.
Rajaletchumi
Yaakob Foong

2. Perbelanjaan pengangkutan
Hamid Awang v Yeo Kim Kuan
3. Kesakitan dan penderitaan dan kehilangan kesempurnaan hidup – Yang Salbiah
Rujuk kepada Lampiran A – “parut pada mukanya akan menjadi suatu sumber malu
kepadanya sepanjang hayatnya.
Parut-parut akan member kesan kepadanya.
- Mahkamah di dalam mentafsirkan kesakitan dan penderitaan dan kehilangan
kesempurnaan hidup akan mengambilkira inflasi dan boleh meningkatkan jumlah global
yang hendak diawadkan. – Wong Li Fatt William v Haidawati.
4. Lacerations dan parut
Chang Meng Feng & Anor v Jackson Lim. – mahkamah memberikan awad sebanyak RM
3,000.
FAEDAH
- Faedah dari tarikh kematian hingga tarikh penghakiman:-
a) 5% diperintahkan sebagai gantirugi khas dari tarikh kematian sehingga tarikh
penghakiman;
b) 8% diperintahkan sebagai gantirugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga
tarikh penghakiman

4
Kertas Am-Tort
Jawapan Julai 2010
Disediakan oleh Jescey Lawrence

c) 8% diperintahkan dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian


penghakiman secara sepenuhnya.

DI DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN


DI DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA
GUAMAN NO.: 1-52-5223-2010

ANTARA
1. CHANG TAN MIN
(mendakwa bagi dirinya sendiri sebagai
orang tanggungan estet Loh Kim Lian, si mati

2. TIFFANY CHANG POH POH


(seorang kanak-kanak yang mendakwa melalui wakil litigasinya , Chang Tan Min
berkenaan dengan kecederaan diri yang dialami olehnya dan sebagai orang tanggungan
estet Loh Kim Lian, si mati)
….PLAINTIF-PLAINTIF

DAN

BRUCE LEE AH LEK …DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif Pertama ialah individu perseorangan dan duda sah kepada Loh Kim Lian, si mati
(selepas daripada ini dirujuk sebagai “Si Mati” tersebut) dan membawa tindakan bagi sebagai
orang tanggungan si mati di bawah Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956.

2. Plaintif Kedua ialah individu perseorangan dan seorang kanak-kanak dan membawa tindakan
bagi kecederaan diri yang dialami olehnya dan sebagai orang tanggungan si mati di bawah
Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil melalui Plaintif Pertama yang merupakan wakil litigasi
Plaintif Kedua.

3. Defendan ialah seorang individu perseorangan yang telah memandu kereta yang
mempunyai nombor pendaftaran CDC 6374 (selepas dari ini dirujuk sebagai Kereta Plaintif
tersebut).

4. Pada 22.9.2009 jam lebih kurang 1.00 petang, Plaintif Pertama telah memandu keretanya
dengan nombor perndaftaran CBS 2894 dari sebuah taman permainan kecil di Bandar Baru
Wawasan 2020 untuk pulang ke rumah Plaintif Kedua dan Si Mati di Bandar Baru Wasasan.

5
Kertas Am-Tort
Jawapan Julai 2010
Disediakan oleh Jescey Lawrence

5. Semasa dalam perjalanan pulang, Plaintif Pertama telah menghentikan keretanya di di tepi
jalan suatu deretan rumah kedai berhampiran dengan kawasan perumahannya dengan
tujuan memasuki restoran tempatan bernama Kuantan Fried Chicken. Memandangkan
Plaintif Kedua masih tidur di dalam Kereta Plaintif tersebut dan hari hujan, Plaintif Pertama
dan Si Mati telah meninggalkan Plaintif Kedua di dalam Kereta Plaintif tersebut dan Plaintif
Pertama telah keluar untuk membeli suratkhabar dan rokok manakala Si Mati memasuki ke
dalam Kuantan Fried Chicken.

6. Semasa Plaintif Pertama keluar, Plainfit Pertama telah mendengar Si Mati meminta Plaintif
Kedua supaya tidak melintas jalan dan semasa Si Mati sedang menuju ke arah Plaintif Kedua,
Plaintif Pertama telah menyaksikan Defendan yang memandu kereta yang mempunyai
nombor pendaftaran CDC 6374 (selepas daripada ini dirujuk sebagai Kereta Defendan
tersebut) dengan laju melanggar Si Mati dan menyebabkan Plaintif Kedua digesel oleh Kereta
Defendan tersebut.

7. Kemalangan tersebut adalah dengan sepenuhnya diakibatkan ataupun disumbangkan oleh


kecuaian Defendan di dalam pemanduan, pengendalian dan pengawalan Kereta Defendan
tersebut.

BUTIR-BUTIR KECUAIAN DEFENDAN


8. Butir-butir kecuaian Defendan ialah:-
a) gagal memberi perhatian yang sewajarnya di jalan raya dan terhadap pengguna jalan
raya yang lain semasa memandu terutamanya di dalam jalan yang lurus;
b) memandu Kereta Defendan tersebut melebihi had laju yang ditetapkan atu tidak
cermat sehingga membahayakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain;
c) gagal mempertimbangkan keadaan jalanraya yang licin semasa hari hujan dan jalan
basah;
d) gagal untuk memerhati dan/atau mengendalikan Kereta Defendan tersebut dengan
teliti;
e) gagal mengawal Kereta Defendan tersebut dengan baik;
f) gaga memberi perhatian atau menggunakan brek untuk memberhentikan atau
mengelakkan motosikal tersebut;
g) gagal memberi tumpun, memberhentikan, mengelakkan, mengurangkan kelajuan atua
mengambil sebarang langkah atau tindakn untuk mengawal dan/atu mengelak
daripada melanggari Plaintif Kedua dan Si Mati;
h) gagal mempraktikkan sebarang tindakan yang wajar dan kemahiran memandu
Kenderaan Defendan tersbeut memandangkan keadaan tersebut;
i) mewujudkan suatu situasi yang merbahaya yang menjadikan mustahil bagi Plaintif
Pertama dan /atau Si Mati untuk mengelakkan kemalangan tersebut; dan
j) gagal untuk mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987/Kanun Lebuhraya.

6
Kertas Am-Tort
Jawapan Julai 2010
Disediakan oleh Jescey Lawrence

9. Diatas kecuaian Defendan Si Mati tersebut telah mengalami kecederaan parah dan
menyebabkan kematian Si Mati tersebut yang menyebabkan kerugian dialami oleh Plaintif-
Plaintif sebagai orang tanggungan Si Mati tersebut dan telah dilucutkan faedah-faedah
kewangan yang telah diterima dan akan terus diterima sekiranya Si Mati tersebut masih
hidup.

BUTIR-BUTIR TUNTUTAN DI BAWAH SEKSYEN 7 AKTA UNDANG-UNDANG SIVIL 1956

Chang Tan Min


(suami Si Mati tersebut) x tahun

Tiffany Chang Poh Poh


(anak Si Mati tersebut) 6 tahun

10. Si Mati adalah berumur 28 tahun semasa kematiannya, bekerja sebagai seorang kerani di
suatu kilang dan memperolehi pendapatan sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu Dua Ratus
(RM1,200.00) sahaja sebulan. Si Mati telah menyumbangkan sebanyak Ringgit Malaysia Dua
Ratus (RM 200.00) sahaja terhadap perbelanjaan rumah dan memasukkan Ringgit Malaysia
Satu Ratus (RM 100.00) sahaja sebulan ke dalam akaun simpanan Plaintif Kedua.

11. Plaintif Pertama sebagai suami Si Mati tersebut juga menuntut sejumlah RM 10,000.00
sebagai gantirugi untuk kesedihan.

12. Di atas kecuaian Defendan Plaintif-plaintif telah mengalami kehilangan , kerugian dan
gantirugi.

BUTIR-BUTIR GANTIRUGI

(a) Perbelanjaan pengebumian aaa


(b) Bayaran laporan polis, rajah kasar dan petunjuk bbb
(c) Kos perubatan, XRay , laporan perubatan ccc

13. Seterusnya kecuaian Defendan tersebut juga telah menyebabkan Plaintif Kedua untuk
mengalami kecederaan, kesakitan dan kerugian dan gantirugi.

BUTIR-BUTIR KECEDERAAN PLAINTIF PERTAMA

14. Plaintif Pertama adalah berumur 6 tahun pada masa kemalangan dan telah mengalami
kecederaan fraktur maksila kanan dan laserasi pada pipi kanan, hematoma periobit kanan

7
Kertas Am-Tort
Jawapan Julai 2010
Disediakan oleh Jescey Lawrence

dan bengkak pada bahagian kanan maksimila, luka laserasi sepanjang enam (6) inci
merintangi muka plaintif yang melibatkan tulang hidung dan bahagian bawah orbit kiri yang
menyebabkan kecacatan rupa kekal pada muka Plaintif Kedua disebabkan parut yang agak
besar dan ketara yang pertamanya lima (5) inci merintangi mukanya dari pipi kanannya
bercelapak di atas batang hidungnya ke pipi kiri dan yang kedua ialah parut satu (1) inci
panjangnya di bawah mata kanannya, parut di lubang hidung kirinya yang menghalang aliran
biasa lelehan hidung semasa selsema dan keherotan mulut Plaintif Kedua ke sebelah kiri di
sebabkan oleh kelumpuhan saraf muka.

BUTIR-BUTIR GANTIRUGI KHAS PLAINTIF KEDUA

15. (a) Bil Perubatan ccc


(b) Kos pembedahan plastik fff
(c) Kos pengangkutan eee
Jumlah cfe

Oleh yang demikian Plaintif-plaintif menuntut seperti berikut:-

Berkenaan dengan Plaintif Pertama:-


a. Gantirugi untuk kesedihan RM 10,000
b. Gantirugi untuk kehilangan tanggungan AAA
c. Gantirugi khas
d. Gantirugi am
e. Faedah
f. Kos; dan
g. Lain- lain relief atau remedi yang dianggap adil dan sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini

Berkenaan dengan Plaintif Kedua


(a)Gantirugi khas DDD
(b)Gantirugi am
(c) Gantirugi untuk kehilangan tanggungan EEE
(c)Faedah
(d) Kos; dan
(e) Lain- lain relief atau remedi yang dianggap adil dan sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini

Bertarikh pada 20 haribulan Oktober 2010

……………………………….

8
Kertas Am-Tort
Jawapan Julai 2010
Disediakan oleh Jescey Lawrence

Peguamcara Plaintif-plaintif

Pernyataan Tuntutan ini telah difailkan oleh Tetuan ABC peguamcara bagi pihak Plaintif yang
mempunyai alamat untuk penyampaian di No.14, Jalan Wawasan 2020, Kuantan, Pahang.

You might also like