You are on page 1of 4

[1975] 1 MLJ 203

HAMZAH D494 & ORS v WAN HANAFI BIN WAN ALI

Fakta Kes

- Plaintif iaitu Hamzah merupakan penumpang kereta api telah melompat turun
daripada kereta api tersebut dan telah tercedera kerana kereta api itu belum berhenti
sepenuhnya. Plaintif mendakwa bahawa pihak pegawai kereta api sepatutnya
memastikan tiada penumpang berdiri berhampiran pintu, kerana mereka sepatutnya
mengetahui bahawa penumpang sering melompat dari kereta api sebelum ia
berhenti sepenuhnya. Pada awalnya, kes ini berpihak pada pihak plaintif namun
setelah perayu iaitu Wan Hanafi membuat rayuan terhadap penghakiman Mahkamah
Tinggi, di mana ia memutuskan Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu dan pegawainya
cuai kerana tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang
penumpang berada di atau berhampiran tangga kereta api.

Isu undang-undang yang dipertikaikan

- Sama ada pihak defendan bertanggungan ataupun tidak.


- Sama ada defendan telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi
menjaga keselamatan para penumpangnya.

Keputusan mahkamah

- Mahkamah membenarkan rayuan dan menolak rayuan balas dengan kos.


- Mahkamah memutuskan bahawa untuk memastikan para penumpang tidak
melompat turun memerlukan bukan sahaja pengawal keselamatan yang lebih ramai,
tetapi memastikan kesemua pintu-pintu keretapi itu tertutup rapat sehingga tamat
perjalanan. Ini memerlukan perbelanjaan yang terlalu tinggi dari segi kos dan masa,
maka defendan didapati tidak bertanggungan dan juga mahkamah memutuskan
bahawa defendan telah memberikan amaran secara bertulis dan lisan, bahawa
penumpang tidak perlu berdiri berhampiran pintu dan melompat dari kereta api
sebelum ia berhenti dengan betul. Memandangkan kereta api itu adalah satu bentuk
perkhidmatan pengangkutan yang murah ia tidak realistik bagi defendan untuk
meletakkan pengawal di setiap pintu sebagai langkah berjaga-jaga, kerana ia akan
menanggung kos yang sangat tinggi.
Alasan penghakiman

Hakim iaitu Wan Sulaiman FJ menyatakan bahawa ia cenderung kepada


pandangan bahawa plaintif dipersalahkan sepenuhnya atas kemalangan itu.
Terdapat bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa terdapat ramai
penumpang berdiri di atau berhampiran Lorong dan juga pintu masuk semasa kereta
api sedang bergerak. DW1 telah mengatakan bahawa ia adalah perkara biasa dan
DW2 telah mengatakan bahawa ia menjadi satu amalan penumpang untuk melompat
dari kereta api sebelum ia berhenti. Beliau juga menemui bukti kukuh, selain
daripada kesan D4 (kenyataan bertulis yang dibuat oleh plaintif pada 8 Mac, 1969
semasa dia masih di hospital) untuk menunjukkan dakwaan plaintif bahawa dia telah
jatuh kerana kereta api itu telah bergerak semula selepas ia mula berhenti adalah
tidak benar, bukti menunjukkan bahawa dia pasti terjatuh semasa kereta api belum
berhenti. Defendan telah bergantung pada notis D1 dan D3 yang memberi amaran
kepada penumpang supaya tidak menghampiri tangga, lorong atau beranda koc
kerana berbahaya untuk berbuat demikian dan menunggu sehingga kereta api
berhenti sebelum masing-masing turun dan DW 3 juga telah mengatakan bahawa
dia dan pembantunya telah menasihati
penumpang-penumpang akan bahaya tersebut. Walau bagaimanapun adalah jelas
bahawa kedua-dua amaran bertulis dan nasihat diberikan oleh DW 3 dan
pembantunya tidak diendahkan oleh penumpang. Hakim juga berpendapat bahawa
langkah-langkah yang diambil oleh perayu untuk menghalang penumpang termasuk
plaintif daripada berada atau berhampiran sudah memadai dalam keadaan itu, oleh
itu perayu tidak cuai.
[1955] 1 MLJ 22

ZAINAB BINTI ISMAIL v MARIMUTHU & ANOR

Fakta Kes

- Pada petang 21 Mac, 1953, anak perempuan plaintif, Niamteh, telah terbunuh
semasa mencuci pakaian di paip berdiri di Lorong Merpati oleh sebuah lori milik
defendan ke-2 dan dipandu oleh defendan pertama iaitu Marimuthu di jalan yang
sunyi dan jalan tepi yang agak jarang dilalui dengan melulu laju dan bising. Bukti
menunjukkan bahawa plaintif benar-benar melihat kemalangan itu, akibatnya dia
mengalami kejutan dan masih sakit hampir dua tahun selepas kemalangan itu.
Plaintif menuntut ganti rugi untuk kejutan dan penyakit yang dialaminya selepas
kehilangan nyawa anaknya.

Isu undang-undang yang dipertikaikan

- Adakah defendan pertama memandu lori secara cuai.


- Adakah kemalangan itu dilihat secara jelas oleh plaintif.

Keputusan mahkamah

- Mahkamah telah membenarkan tuntutan plaintif bagi kejutan yang dialaminya


berdasarkan prinsip pralihat.

Alasan penghakiman

Hakim iaitu Hill J mengatakan bahawa berkenaan dengan isu yang pertama,
keterangannya sangat jelas mengenai kecuaian defendan pertama dan mungkin dia
memandu dalam keadaan mabuk. Untuk isu kedua, hakim percaya plaintif dan
terdapat saksi lain yang melihatnya berhampiran tempat kejadian kemalangan
tersebut. Walaupun terdapat percanggahan yang nyata dalam keterangan beberapa
pihak plaintif dan saksi, namun ia hanya berbeza dari segi kedudukan, jarak dan
sudut memberi gambaran tentang kejadian yang berlaku secara mengejut dan tidak
dijangka. Oleh itu, hakim mendapati bahawa plaintif berada di tepi jalan dan secara
jelas melihat anak perempuannya dibunuh oleh lori itu.
Terdapat beberapa tuntutan yang telah dibuat oleh plaintif. Yang pertama,
kerugian kepada plaintif untuk menanggung akibat kehilangan si mati sebanyak
$8,000.00. Hakim tidak melihat sebarang sebab untuk tidak menerima tuntutan
plaintif mengenai bantuan dalam perniagaannya dan jelas bahawa kematian
anaknya itu telah mengakibatkan kerugian kewangan. Encik Meek mencadangkan
$30 sebulan selama sepuluh tahun tetapi hakim tidak pertimbangkan bahawa
tempoh yang lebih lama daripada enam tahun harus dibenarkan. Oleh itu jumlah
yang hakim berikan di bawah tuntutan ini ialah $2,160.
Tuntutan yang kedua, kerosakan psikiatrik dan penyakit plaintif yang timbul
daripada kecuaian defendan pertama anggaran sebanyak £75 hingga £2,300. Hakim
menyimpulkan bahawa defendan pertama tidak boleh dikecualikan daripada liabiliti
akibat kejutan yang dialami plaintif. Oleh itu, plaintif berhak mendapatkan ganti rugi
di bawah tuntutan ini. Keterangan doktor yang merawat menunjukkan bahawa plaintif
benar-benar mengalami kejutan dan plaintif masih sakit hampir dua tahun selepas
kemalangan itu. Hakim menganggap plaintif berhak mendapat sebahagian besar
daripada jumlah yang dituntutnya dan hakim memberikan sebanyak $5,000.
Tuntutan yang ketiga, kehilangan nyawa si mati sebanyak $4,000.00.
Peguam defendan ke-2 berhujah bahawa Ordinan Mahkamah 1948 yang kini berkuat
kuasa tidak mengandungi kuasa seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 11
Ordinan Mahkamah Kedah lama dan Enakmen Kedah No. 2 daripada 1360 tidak
secara khusus memperuntukkan kehilangan jangkaan nyawa. Hakim berpendapat
bahawa penghujahan bagi pihak defendan ke-2 adalah betul dan plaintif adalah tidak
berhak untuk menerima sebarang tuntutan.
Tuntutan yang terakhir, perbelanjaan pengebumian dan sampingan yang
timbul daripada kematian si mati dan ditanggung oleh plaintif sebanyak $350.00.
Jumlah ini tidak dipertikaikan dan plaintif berhak mendapatkan semula $350. Oleh itu
akan ada penghakiman untuk plaintif bagi jumlah yang dinyatakan di atas, berjumlah
$7,510 dan kos.

You might also like