You are on page 1of 11

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

(BAHAGIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS)


RAYUAN SIVIL NO.R3-12B-48-2010

ANTARA

1. RADHA SUBRAMANIAM

2. ARFAH BT AB RAHMAN

3. KERAJAAN MALAYSIA - PERAYU/DEFENDAN-DEFENDAN


DAN
ARAVINDRAN A/L SUGUMARAN - RESPONDEN/PLAINTIF

PENGHAKIMAN

Pengenalan

Kausa tindakan dalam kes ini melibatkan tort kecuaian guru


terhadap pelajar sekolah di bawah seliaannya. Pada
21.12.09, Hakim Mahkamah Sesyen telah membenarkan
tuntutan responden/plaintif dan membuat perintah-perintah
berikut :

(a) Liabiliti

- Perayu-perayu/Defendan-defendan bertanggungan
70 %

- Responden/Plaintif bertanggungan 30%

1
A.Penghakiman No. R3-12B-48-2010
(b) Gantirugi am

- buta mata kiri - RM80,000

(c) Faedah

(d) Kos

Perayu-perayu merayu terhadap keputusan atas isu liabiliti


dan kuantum.

Tuntutan Responden

Responden menuntut terhadap perayu-perayu gantirugi am


dan khas untuk kecederaan dan kerugian yang dialaminya
akibat kecuaian perayu-perayu.

Pembelaan

Perayu menafikan liabiliti dengan memplidkan :

1. Responden secara sukarela hendak bermain hoki tanpa


arahan daripada perayu-perayu.

2. Kemalangan yang berlaku adalah suatu kejadian yang tidak


dapat dijangkakan.

3. Kecederaan yang berlaku adalah akibat kecuaian responden


sendiri.

2
A.Penghakiman No. R3-12B-48-2010
Fakta ringkas

Responden, seorang pelajar Tingkatan 4 SMK Bukit Indah.


Pada 18.7.02 beliau bersama 20 orang lagi pelajar sekolah
telah dibawa oleh perayu pertama dan kedua ke Stadium
Hoki Jalan Duta untuk menyaksikan dan membantu pasukan
hoki sekolah dalam satu pertandingan hoki. Selepas
perlawanan tamat, perayu pertama mengarahkan semua
pelajar menunggu bas di tempat menunggu bas untuk pulang
ke sekolah. Sewaktu menunggu bas itu, responden meminta
kebenaran perayu pertama untuk bermain hoki. Tetapi
dilarang oleh perayu pertama. Walaubagaimanapun, tanpa
pengetahuan perayu pertama, responden telah turun ke
padang bermain hoki. Perayu pertama mengaku bahawa
pandangan beliau ke padang hoki terhalang dari tempat
menunggu bas . Beliau tidak berusaha untuk memastikan
responden tidak turun ke padang hoki kerana beliau telah
pun melarang responden. Ketika bermain, kayu hoki telah
terkena mata kiri responden, menyebabkan mata kirinya buta.
Responden tidak menafikan bahawa beliau telah diingatkan
oleh perayu pertama supaya menjaga keselamatan diri dan
dilarang oleh perayu pertama daripada bermain hoki. Tetapi
beliau engkar akan arahan tersebut. Responden juga
mengaku perayu pertama tidak sedar beliau telah masuk ke
padang hoki dan bahawa pandangan perayu pertama telah
dihalang oleh satu grand stand. Selain daripada melarang
responden daripada bermain hoki,perayu pertama tidak
mengambil apa-apa langkah lain untuk memastikan responden
tidak bermain hoki.Malah perayu pertama menumpukan
perhatian beliau kepada menunggu bas sahaja kerana
beranggapan responden telah berumur 16 tahun dan tahu
menjaga keselamatan diri sendiri.

3
A.Penghakiman No. R3-12B-48-2010
Alasan-alasan rayuan

Dalam memorandum rayuan, perayu telah menyenaraikan


12 alasan rayuan. Tetapi sebenarnya boleh dirumuskan
kepada dua alasan sahaja iaitu :

1. Sama ada kecederaan responden telah dibuktikan; dan

2. Sama ada perayu mempunyai tugas berjaga-jaga


terhadap responden.

Pembuktian kecederaan

Untuk membuktikan kecederaaan matanya, responden hanya


mengemukakan laporan perubatan yang ditandakan sebagai
ID1,ID2 dan ID3 tanpa pembuatnya dipanggil memberi
keterangan. Alasan pembuat dokumen tidak dipanggil ialah
kerana keluarga responden tidak mampu menanggung kos
membawa doktor ke mahkamah. Dalam alasan penghakimannya,
hakim bicara tidak menyatakan samaada beliau menerima
ID1,ID2 dan ID3 sebagai keterangan bukti mata kiri
responden buta. Beliau nampaknya menerima keterangan
responden sendiri mengenai perkara ini. Semasa isu ini
didengar, peguam bijaksana bagi responden memaklumkan
kepada mahkamah ini bahawa dalam pernyataan fakta-fakta
yang dipersetujui yang telah difailkan oleh peguam responden
yang terdahulu, kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa
mata kiri responden buta. Atas sebab itu, tidak ada keperluan
untuk responden memanggil doktor. Masaalah yang timbul
ialah dalam pernyataan fakta yang dipersetujui yang terdapat

4
A.Penghakiman No. R3-12B-48-2010
di muka surat 180 Rekod Rayuan, bukan sahaja pernyataan
mata kiri responden buta telah dibatalkan oleh perayu, malah
tidak ada tandatangan oleh peguam responden. Sebaliknya,
saya mendapati pernyataan fakta dipersetujui yang serupa
yang telah difailkan di mahkamah oleh peguamcara responden
yang terdahulu mempunyai tandatangan kedua-dua pihak dan
pernyataan mata kiri responden buta. Saya mengambil
pendekatan oleh kerana pada peringkat awal kes, perayu telah
bersetuju dengan fakta bahawa mata kiri responden buta,
maka adalah tidak wajar untuk perayu kemudiannya
mengubah pendirian dan menafikan perkara yang sama.
Perayu terikat dengan pernyataan fakta dipersetujui yang telah
ditandatangannya. Jika diandaikan benar sekalipun laporan
perubatan tidak boleh diterima sebagai keterangan, adakah
fakta bahawa mata kiri responden buta tidak dibuktikan? Saya
mendapati keterangan responden bahawa mata kirinya buta
langsung tidak dicabar oleh perayu. Kewujudan laporan
perubatan itu hanya mengukuhkan lagi keterangan responden.
Atas sebab tidak ada keraguan yang mata responden buta
itulah, perayu sendiri ada mencadangkan kuantum berjumlah
RM70,000.00. Jika perayu sendiri menafikan mata responden
buta, tentu tidak ada keperluan untuk perayu mencadangkan
award untuk kuantum. Atas sebab-sebab yang dinyatakan,
saya memutuskan bahawa walaupun laporan perubatan tidak
ditandakan sebagai eksibit, ia sama sekali tidak menghalang
hakim bicara daripada mengambilkira keterangan responden
yang tidak dicabar bahawa matanya telah buta. Maka dengan
keterangan yang ada di hadapannya, hakim bicara tidak
terkhilaf bila memutuskan responden telah membuktikan mata
kirinya buta.

5
A.Penghakiman No. R3-12B-48-2010
Sama ada perayu mempunyai tugas berjaga-jaga terhadap
responden

Perayu berhujah mereka tidak ada tugas berhati-hati terhadap


responden atas sebab-sebab berikut :

(a) Responden bermain hoki walaupun telah dilarang


oleh perayu pertama.

(b) Responden telah berumur 16 tahun dan tahu


menjaga keselamatan diri.

(c) Kecederaan yang menimpa responden adalah


sesuatu yang tidak boleh dijangkakan.

Kes-kes berikut dirujuk oleh perayu bagi menyokong hujahnya

(i) Close v Steel Company of Wales (1960) 2 QB


299.

(ii) Government of Malaysia & Ors v Jumat bin


Mahmud & Anor (1977) 2 M L J 103.

(iii) Yogeswari Nadarajah & Anor v Government of


Malaysia & Ors (1982) CL J (Rep) 843.

(iv) Fardon v Harcourt-Rivington (1932) ALL ER Rep


81.

6
A.Penghakiman No. R3-12B-48-2010
Dalam kes Government of Malaysia & Ors v Jumat bin
Mahmud & Anor (1977) 2 M L J 103, Raja Azlan Shah FCJ
menyatakan prinsip undang-undang yang berikut :

The law does not attach strict liability on a school


teacher for the torts of his/her pupil, but only on
proof that he/she had failed to exercise reasonable
care in controlling the pupil such as would have
avoided injury to the plaintiff. Since that is a
matter of evidence and inference, great care needs
to be taken to see that breach of duty of care
must be causally related to the injury received.

Menerima pakai prinsip di atas kepada fakta kes ini, apa


yang perlu dibuktikan oleh responden ialah perayu tidak
mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk
mengelakkan responden dari tercedera. Perayu pertama
sendiri dalam keterangannya bersetuju bahawa permainan hoki
boleh menyebabkan kecederaan. Maknanya kecederaan
semasa bermain hoki adalah sesuatu yang boleh dijangkakan.
Ia juga bermakna kecederaan boleh dielakkan jika pelajar
tidak bermain hoki. Perayu pertama ada pengetahuan
mengenai kesemua perkara ini. Sungguhpun begitu, beliau
mengakui tidak mengambil apa-apa langkah untuk memastikan
tidak ada pelajar yang turun ke padang hoki dan berada
bersama beliau di tempat menunggu bas. Di sini perayu
pertama mengambil pendirian tindakan beliau melarang
responden sekali sahaja sebagai sudah memadai untuk
melaksanakan tugas berjaga-jaga kerana responden sudah
berumur 16 tahun dan boleh berfikir sendiri. Tetapi bukankah
kerisauan atau kebimbangan akan berlaku kecederaan jika
responden bermain hoki mengatasi pertimbangan perayu

7
A.Penghakiman No. R3-12B-48-2010
mengenai keupayaan responden menjaga keselamatan dirinya
sendiri? Sepatutnya perayu pertama merasa bimbang akan
berlaku kecederaan dan memastikan responden berada
bersama beliau di tempat menunggu bas. Lebih-lebih lagi
apabila pemahaman perayu pertama mengenai tugas
berjaga-jaga bermaksud memastikan semua pelajar selamat
dan mengikut arahan beliau. Tetapi tingkahlaku perayu
pertama tidak mencerminkan beliau mengambil berat
mengenai keselamatan pelajar di bawah seliaan beliau. Ketika
soal balas, beliau telah ditanya soalan berikut :

Q: Jika puan tahu bahawa pelajar-pelajar main


hoki di padang dan pandangan puan terhalang,
kenapa puan tidak ubah lokasi puan untuk
beri perhatian kepada padang dan juga tempat
tunggu bas?

A: Pada masa itu tugas saya ialah untuk tunggu


bas.

Dari jawapan di atas, jelas terbukti perayu pertama tidak


menghiraukan sama ada responden bermain hoki atau
menunggu bas. Jika alasan perayu pertama bahawa
responden tahu menjaga keselamatan dirinya sendiri, sudah
tentu Negara kita tidak ada masaalah dengan disiplin pelajar.
Kerana tahu pelajar tidak dengar kata itulah, saya berpendapat
perayu pertama sebagai guru memikul tanggungjawab yang lebih
berat untuk menjaga keselamatan pelajar dan mengambil
segala usaha yang munasabah untuk memastikan pelajar ikut
arahan. Tanggungjawab guru menjaga keselamatan pelajar
adalah berterusan dari saat pelajar di bawa keluar dari
sekolah hingga pelajar dibawa balik semula ke sekolah.

8
A.Penghakiman No. R3-12B-48-2010
Tanggungjawab berjaga-jaga seorang guru tidak terhenti atau
tamat hanya kerana pelajar tidak mengikut arahan guru.
Dalam kes ini keterangan menunjukkan perayu pertama tahu
responden memang berhajat untuk bermain hoki dan tahu
kemungkinan akan berlaku kecederaan jika tidak dilarang,
tetapi beliau tidak mengambil apa-apa langkah untuk
memastikan responden tidak bermain hoki. Kecederaan yang
menimpa responden ini memang sesuatu yang bukan sahaja
boleh dijangkakan, tetapi juga boleh dielakkan jika perayu
pertama mengambil langkah yang effektif untuk menghalang
responden daripada bermain hoki, umpamanya dengan perayu
pertama sendiri turun ke padang hoki dan mengarahkan
responden naik ke tempat menunggu bas. Kegagalan perayu
mengambil langkah yang effektif untuk menghalang responden
dari bermain hoki dan mengelakkan kecederaan dari berlaku
adalah terjumlah kepada suatu kecuaian. Walau bagaimanapun
saya bersetuju bahawa responden juga harus dipersalahkan
untuk kecederaan yang dialaminya kerana tidak menurut
arahan guru dan turun ke padang hoki secara senyap-senyap.

Keputusan

Dalam alasan penghakimannya, hakim bicara telah


mengambilkira semua faktor dalam mengagihkan liabiliti
antara responden dan perayu. Hakim bicara tidak terkhilaf
apabila meletakkan liabiliti yang lebih kepada perayu atas
alasan-alasan yang dinyatakan di atas. Sudah sewajarnya
seorang guru dikenakan liabiliti yang lebih berbanding pelajar
kerana tugas menjaga keselamatan pelajar diletakkan ke atas
guru dan kemampuan guru untuk menjangkakan sesuatu
perkara yang tidak diingini boleh berlaku seharusnya
mengatasi tahap pemikiran pelajar berumur 16 tahun.

9
A.Penghakiman No. R3-12B-48-2010
Atas sebab-sebab yang dinyatakan, saya menolak rayuan
perayu dengan kos RM1000.00.

Bertarikh 14.6.2010

Hadhariah bt Syed Ismail

Pesuruhjaya Kehakiman

Mahkamah Tinggi

Kuala Lumpur.

Bagi pihak Perayu:


En Rosli Ahmad; Peguam Kanan Persekutuan

Bagi pihak Responden:


En Kevin Sathiaseelan & Cik Thivina Kumaran; Tetuan Kevin
& Co

10
A.Penghakiman No. R3-12B-48-2010
11
A.Penghakiman No. R3-12B-48-2010

You might also like