You are on page 1of 2

SOALAN TUTORIAL

SOALAN 1
Lai Meng dan Meng Meng, kedua-duanya merupakan bangsa Cina yang beragama Kristian
telah melaksanakan perkahwinan mereka pada tahun 1980 di bawah Ordinan Perkahwinan
Kristian 1956. Beberapa tahun selepas itu, Lai Meng telah berkahwin dengan Sweety di bawah
undang-undang adat Cina sedangkan perkahwinan pertama masih wujud.
Dengan merujuk kepada Akta dan Kes-Kes yang berkaitan, jelaskan situasi-situasi berikut: Sila
nyatakan alasan kepada jawapan anda.
a) Apakah status perkahwinan kedua di antara Lai Meng dan Sweety . (nyatakan alasan
anda)
-status perkahwinan di antara Lai Meng dan Sweety adalah sah. Berdasarkan kes Re
Loh Toh Met, Decd. Kong Lai Fong & Ors. Lwn Loh Peng Heng 1961, poligami
mengikut adat Cina adalah sah walaupun seorang Cina beragama Kristian, dia boleh
memilih sama ada untuk mengadakan perkahwinan monogami atau perkahwinan
poligami mengikut undang-undang diri.

b) Apakah status perkahwinan kedua antara Lai Meng dan Sweety sekiranya
perkahwinan pertama antara Lai Meng dan Meng Meng dilaksanakan di bawah
Ordinan Perkahwinan Sivil 1952.
-status perkahwinan antara Lai Meng dan Sweety adalah tidak sah sekiranya
perkahwinan pertama antara Lai Meng dan Meng Meng dilaksanakan di bawah
Ordinan Perkahwinan Sivil 1952 kerana ia merupakan perkahwinan monogami.

c) Apakah status perkahwinan kedua antara Lai Meng dan Sweety sekiranya mereka
berkahwin pada pada 1 Jun 1982
SOALAN 2
Bincangkan seksyen-seksyen berikut berkaitan pemakaian AMU dan kesannya TERHADAP status
perkahwinan yang wujud sebelum AMU dikuatkuasakan .
(Jawapan dalam bentuk huraian dan pemahaman terhadap seksyen, bukan semata-mata
menyalin peruntukan undang-undang)
I. Seksyen 3
II. Seksyen 4
III. Seksyen 5
IV. Seksyen 6
V. Seksyen 7
ARAHAN :
TUGASAN DILAKUKAN DALAM KUMPULAN (MENGIKUT KUMPULAN ASSIGNMENT)
SILA SUBMIT JAWAPAN DALAM FOLDER DI GC PADA 19/7/2022 (SELASA-SEBELUM PUKUL 12
TGH MLM)

You might also like