You are on page 1of 3

Kedudukan LGBT di Malaysia

WALAUPUN tidak menggunakan nama LGBT secara spesifik, gerakan menyokong


agenda LGBT telah lama bermula dengan sejarah yang cukup panjang dan
perkembangan dari masa ke masa.

Sekitar abad ke-18 dan abad ke-19 di Eropah, hubungan homoseksual adalah dianggap
sebagai satu kesalahan jenayah serius dan perbuatan tidak bermoral dalam masyarakat.
Di England, terdapat undang-undang yang menghukum perlakuan homoseksual dan
perundangan ini berubah mengikut zaman.

Pada awalnya, undang-undang Buggery Act 1533, ketika zaman Raja Henry VIII
memperuntukkan kesalahan homoseksual boleh dihukum bunuh. Perundangan telah
diubah dengan Offences Against The Person Act 1861 yang memperuntukkan kesalahan
homoseksual kepada penjara seumur hidup.

Seterusnya, hukuman ini lebih ringan melalui Seksyen 11 Criminal Law Amendment Act
1885 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun bagi kesalahan
lelaki melakukan kelucahan melampau (gross indecency).

Akhirnya, Sexual Offences Act 1967 telah memansuhkan kesalahan jenayah homoseksual
antara lelaki yang telah mencapai umur 21 tahun. Ia jelas menunjukkan bahawa negara
Barat pada mulanya tidak menerima perbuatan homoseksual dan perla-kuan berkaitan
LGBT.
=
Namun, secara perlahan masyarakat Barat tidak menolak perbuatan homoseksual mula
menerimanya sebahagian daripada hak individu.

Pengiktirafan Perkahwinan Sejenis merupakan salah satu agenda golongan LGBT.


Walaupun hampir semua agama tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis, sedikit demi
sedikit pelbagai negara mula mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Belanda adalah negara pertama membenarkan perkahwinan sejenis pada tahun 2001.

Setakat 2014, perkahwinan sesama jenis juga diiktiraf di Sweden, Argentina, Belgium,
Kanada, Iceland, Norway, Afrika Selatan, Sepanyol, Portugal, Denmark, Uruguay, Brazil,
Perancis, New Zealand, Mexico dan Israel (walaupun tidak dilakukan di sana), bersama-
sama dengan 25 buah negeri di Amerika Syarikat (AS) – Massachusetts, Iowa,
Connecticut, Vermont, New Hampshire, New York, Maine, Maryland, Washington,
Minnesota, New Mexico, Rhode Island, Delaware, California, New Jersey, Hawaii, Illinois,
New Mexico, Utah, Oklahoma, Virginia, Oregon, Pennsylvania, Wisconsin, Indiana dan
Colorado serta Daerah Columbia.

Golongan LGBT telah mendapat kejayaan besar dengan keputusan mahkamah


berkenaan perkahwinan sejenis di AS, malah pentadbiran Presiden Joe Biden juga
melantik pengamal LGBT sebagai pegawainya.

Dalam kes yang dikenali sebagai kes Obergefell v. Hodges, aktivis LGBT, John Arthur
telah berkahwin dengan pasangan sejenis, James Obergefell di Maryland, Amerika.
Kemudian, John Arthur telah meninggal dunia.

Obergefell memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengesahan beliau dinamakan


sebagai waris dalam Sijil Mati Arthur. Namun, pendaftar di negeri Ohio tidak dapat
meluluskannya kerana Pejabat Penasihat Undang-Undang negeri Ohio mengumumkan
rancangan meneruskan larangan perkahwinan sejenis di Ohio, Amerika.

Pada 26 Jun 2015, mahkamah dengan majoriti 5-4 memutuskan bahawa berdasarkan
Pindaan Keempat Belas (Four-teenth Amendment) semua negeri di AS diarahkan untuk
membenarkan perkahwinan sejenis dan mengiktiraf perkahwinan sejenis yang
dijalankan di negeri lain.

Di Malaysia, tiada peruntukan perundangan spesifik terhadap gerakan LGBT. Namun,


perbuatan homoseksual dan seksual di luar tabii merupakan satu kesalahan berdasarkan
undang-undang di Malaysia.

Merujuk kepada undang-undang Jenayah Sivil, Seksyen 377B Kanun Keseksaan


memperuntukkan bahawa ‘Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara
sukarela akan dihukum penjara maksimum 20 tahun termasuk sebatan.’

Jenayah
Selanjutnya, bagi kesalahan melibatkan orang Islam, Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan-kesalahan yang
berkaitan perlakuan LGBT.

Antara kesalahan jenayah syariah di Wilayah Persekutuan melibatkan LGBT adalah


perbuatan liwat, Musahaqah (melakukan hubungan sejenis antara perempuan dengan
perempuan dan perbuatan orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak
seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral). Namun,
kesalahan liwat ini telah diisytihar tidak berperlembagaan dan tidak sah di Selangor.
Malaysia tidak lari daripada cubaan untuk pengiktirafan hak golongan LGBT. Sebagai
usaha untuk memberi pengiktirafan dan hak sama rata kepada golongan LGBT,
Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) telah menuntut Malaysia menerima
syor-syor mereka dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) tahun 2013, anjuran Majlis Hak
Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland. Secara
ringkas, tuntutan COMANGO berkaitan LGBT adalah seperti berikut:

1. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender
Identity). Pengiktirafan orientasi seksual LGBT sebagai hak-hak asasi manusia
sejagat.
2. Syor meminda seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Hujahan
bahawa jenayah liwat merupakan undang-undang yang tidak lagi relevan dan
ketinggalan zaman.
3. Syor agar Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dimansuhkan dan
pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen
yang didakwa sebagai ‘mengganggu hak peribadi’.

Bagaimanapun, syor-syor berkai-tan LGBT tidak akan terhenti setakat itu kerana
pusingan Semakan Berkala Sejagat untuk Malaysia adalah dija-dualkan pada Oktober
2022. Diharapkan delegasi Malaysia ke Geneva, Switzerland kelak akan terus berusaha
mempertahankan kesucian Islam dalam menghadapi syor-syor melibatkan Hak Asasi
Manusia.

Berdasarkan rujukan daripada sumber-sumber di atas, adalah dapat difahami bahawa


gerakan LGBT merupakan satu gerakan terancang yang agendanya semakin diterima
masyarakat dunia.

Pada mulanya perbuatan homoseksual dikenakan hukuman cukup berat, namun


beransur-ansur hukuman tersebut diringankan dan akhirnya diiktiraf sebagai hak asasi
manusia.

Tidak cukup dengan itu, perkahwinan sejenis mula diterima dunia dan akhirnya negara
maju seperti AS telah mengiktiraf perkahwinan sejenis berdasarkan keputusan
Mahkamah Agung (Supreme Court).

Apakah yang akan berlaku di Malaysia?

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar


Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
07 Mac 2021

You might also like