You are on page 1of 20

Kajian Kes Sejarah Tingkatan 5 2022:

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Nama: LEE YEN NI
Kelas: 5 Sains 1
Pernyataan Masalah
Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen undang-undang yang menjadi teras kepada
sistem pemerintahan negara.

Objektif Kajian
Dalam menjalankan kes ini, saya dapat menyatakan beberapa objektif kajian. Antaranya,
(a) Mengetahui kronologi sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan dari tahun 1877
hingga 1957
(b) Menjelaskan pindaan perlembagaan dan sebab pindaan serta menghuraikan Akta
Lambang dan Nama
(c) Menunjukkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

Kaedah Kajian
Dalam menjalankan kes ini, saya dapat menyatakan beberapa kaedah kajian. Antaranya,
(a) Kaedah melayari Internet
Saya telah melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dan bahan berkaitan dengan
tajuk kajian kes saya.

(b) Kaedah penyelidikan perpustakaan.


Saya telah berkunjung ke perpustakaan sekolah untuk mencari maklumat berkaitan
dengan tajuk kajian kes saya

(c) Kaedah audio visual


Saya telah menonton beberapa video daripada youtube untuk mendapatkan maklumat
berkaitan dengan kajian kes saya.
Dapatan Kajian
a. Bina kronologi sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan dari tahun 1877 hingga
1957.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 bermodelkan sistem Westminster yang
diamalkan di Great Britian. Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia Persekutuan bermula
pada tahun 1877 apabila Majlis negara Perak mengadakan mesyuarat pertama bagi menggubal
undang-undang negeri Perak. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf.
Selain itu, mesyuarat ini menjadi titik tolak kepada pembentukan undang-undang negara.
Peranan yang sama dimainkan oleh semua Majlis Negeri di Negeri Melayu yang lain.

Pada tahun 1946, Undang-undang di NNS digubal oleh Majlis Undangan Negeri.
Selanjutnya, Undang-undang di NNMB digubal Majlis Persekutuan. Di samping itu, Undang-
undang di NNMTB digubal oleh Majlis Negeri.

Pada tahun 1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk. Hal ini
membolehkan pembentukan sebuah Persekutuan yang terdiri daripada negeri-negeri Melayu,
Melaka dan Pulau Pinang. Menurut Zamri Talib (2022), antara kandungan dalam perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 termasuklah pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan
dan kewarganegaraan.

Pada tahun 1957, Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan yang dikenal sebagai


Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid dibentuk.
Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berasaskan model
Westminster yang diambil daripada Britain. Perlembagaan 1957 berkuat kuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Menurut Dr. Mohd bin Samsudin (2020), perlembagaan ini
menjadi asas kepada perlembagaan negara pada hari ini.

b. Semenjak tahun 1957 hingga 1982, Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang
22 kali. Pada pengetahuan anda apakah dua pindaan perlembagaan yang pernah
dilakukan di negara kita dan mengapa?

Pada pengetahuan saya, pada tahun 1963, pembentukan Persekutuan Malaysia


menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. Pindaan
perlembagaan telah dibuat bagi menyesuaikan peruntukan negeri baharu ke dalam
perlembagaan tanpa mengubah kedudukan negeri yang sedia ada. Melalui bacaan saya pada
https://asklegal.my/p/perlembagaan-persekutuan-rakyat-1947-umno-pkmm-amcja-merdeka-
tanah-melayu , Akta Malaysia 1963 dah buat perubahan penting dalam Perlembagan Persekutuan,
bila mana Singapura, Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia.

Antara pindaan yang dilakukan ialah Pindaan Perlembagaan 1963. Pindaan tersebut
dilakukan dengan cara memasukkan klausa baharu pada bahagian-bahagian tertentu bagi
menyesuaikannya dengan keperluan semasa.Terdapat tiga perkara utama yang berlaku dalam
pindaan Perlembagaan 1963, antaranya ialah struktur Mahkamah Atasan. Menurut
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, struktur Mahkamah Atasan di negara kita
adalah mengikut model Mahkamah Tertinggi England. Mahkamah Tertinggi England
membahagi struktur mahkamahnya kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan.
Apabila Malaysia dibentuk, Mahkamah Persekutuan diwujudkan sebagai Mahkamah Atasan.
Tiga buah Mahkamah Atasan diwujudkan iaitu di Persekutuan Tanah Melayu, di Sabah,
Sarawak, Singapura. Menurut Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan boleh
mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertelingkahan antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Perkara utama seterusnya yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963 ialah
Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo. Perlembagaan Malaysia mengekalkan kedudukan
Mahkamah Tinggi Malaya. Pada masa yang sama, Mahkamah Tinggi Borneo diwujudkan.
Mahkamah Tinggi Borneo berperanan untuk mengurus soal kehakiman di Sarawak dan Sabah.
Pada tahun 1963, jawatan Ketua Hakim Borneo diwujudkan dengan berpusat di Kuching,
Sarawak. Menurut Zamri Talib (2022), menjelang tahun 1994, nama jawatan tersebut diubah
kepada Ketua Hakim Sarawak dan Sabah.

Selanjutnya, perkara Jawatan Yang di-Pertua Negeri berlaku dalam pindaan


Perlembagaan 1963. Semasa Malaysia dibentuk, Sarawak dan Sabah diketuai oleh Yang di-
Pertua Negeri. Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Sabah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Dalam menjalankan tugasnya, Yang di-Pertua Negeri perlu mengikut nasihat Majlis Tertinggi
bagi Sarawak dan Kabinet Negeri bagi Sabah.

Selain daripada Pindaan Perlembagaan 1963, pindaan perlembagaan yang pernah


dilakukan di negara kita adalah Pindaan Perlembagaan 1965. Pindaan ini berlaku kerana
penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia menimbulkan pelbagai masalah yang
dianggap bakal mengancam kestabilan negara. Pada 7 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, selaku Perdana Menteri Malaysia Pertama, telah membawa usul pindaan perlembagaan
yang dinamakan pindaan Singapura di Parlimen. PIndaan tersebut bertujuan membolehkan
Singapura keluar dari Malaysia. Berikutan kelulusan pindaan tersebut, semua perkara berkaitan
dengan Singapura dalam Perlembagaan Malaysia (pindaan 1965) dimansuhkan. Antara
perkara yang terlibat ialah soal imigresen, kewangan, hubungan luar negara dan pertahanan.

c. Perlembagaan Persekutuan telah menguatkuasa Akta Lambang dan Nama (Mencegah


Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Huraikan tujuannya.

Antara kandungan Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963
adalah “ Larangan mengguna lambang, nama dan rupaan gambar dengan tidak wajar ”.
Contohnya, akta 3(1)(a) menyata “ tiada seorang pun boleh mengguna apa-apa nama ternyata
atau lambang ternyata atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, bagi maksud apa-apa
perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion. “ Tujuan akta tersebut dijalankan adalah
untuk menunjukkan komitmen kerajaan untuk memelihara institusi Yang di-Pertuan Agong,
Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri daripada dicemari oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab.

Selain daripada itu, akta 4(1)(a) menyatakan bahawa “Walau apa pun apa-apa jua yang
terkandung dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, tiada pihak
berkuasa kompeten boleh mendaftarkan mana-mana syarikat, firma atau kumpulan orang lain
di bawah apa-apa nama”. Tujuan akta tersebut adalah untuk memelihara nama negara. Hal ini
demikian kerana, kes penipuan awam mudah berlaku sekiranya tiada Akta Lambang dan
Nama. Melalui bacaan saya pada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/akta-lambang-
dan-nama-akta-anugerah-berkuatkuasa-hari-ini-158885 , Datuk Seri Azalina Othman Said
mengharap dengan kuatkuasanya Akta Lambang dan Nama mampu menangani kes-kes
penipuan awam.

Tambahan puia, melalui bacaan saya pada


https://www.istiadat.gov.my/wp-content/uploads/2022/06/Akta-414-Akta-Lambang-Dan-Nama-
Mencegah-Penggunaan-Tidak-Wajar-1963.pdf , denda tidak melebihi satu ribu ringgit diberi
kepada mana-mana orang yang melanggar Akta Lambang dan Nama. Hal ini supaya dapat
memastikan keselamatan negara. Dengan wujudnya penalti, rakyat akan menghormati Jata
Persekutuan negara dan lebih peka terhadap kepentingan lambang dan nama negara.

d. Ramalkan apa yang akan terjadi kepada kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan
kesejahteraan rakyat sekirannya rakyat tidak mematuhi undang-undang?

Dari segi politik, sekiranya rakyat tidak mematuhi undang-undang, proses pemulihan negara
akan dihindari. Melalui bacaan saya pada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/patuhi-
undangundang-penting-dalam-proses-pemulihan-negara-pm-187808, Tun Dr Mahathir
Mohamad berkata bahawa jika tidak berpandukan kepada undang-undang, maka pemulihan
negara tidak akan berlaku. Hal ini demikian kerana rakyat tidak memberi kerjasama kepada
pembangunan negara. Rakyat yang melanggar undang-undang dan membuat pelbagai
kerosakan mampu mencemarkan nama negara, mengancam keselamatan negara, serta
membawa kepada beban perbelanjaan negara.

Dari segi kesejahteraan rakyat, sekiranya undang-undang tidak dipatuhi, maka akan
berlaku huru-hara dalam negara kita. Melalui bacaan saya pada
https://www.ikim.gov.my/index.php/2014/03/18/undang-undang-untuk-dihormati-bukan-digeruni/
, Tindakan tidak menghormati undang-undang juga bakal mencetuskan kekecohan dan
ketidaksejahteraan kepada sesebuah masyarakat.

Dari segi kemakmuran ekonomi pula, undang-undang dapat menggalakkan


pertumbuhan ekonomi melalui penghapusan rasuah dan tindakan pihak swasta mengaut
keuntungan sewenangnya dengan mengetepikan kebajikan pengguna. Melalui bacaan saya
pada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/09/5520/undang-undang-dan-pertumbuhan-
ekonomi , fokus utama kedaulatan undang-undang untuk mengekalkan undang-undang dengan
mencegah, mengurangkan dan menghalang konflik, jenayah dan keganasan bagi
membolehkan pertumbuhan ekonomi.

Kesimpulan dan Cadangan


Dalam menjalankan kajian kes ini, saya dapat menyatakan kronologi sejarah Penggubalan
Perlembagaan Persekutuan dari tahun 1877 hingga 1957 dan menjelaskan pindaan
perlembagaan dan sebab pindaan serta menghuraikan Akta Lambang dan Nama. Selain itu,
saya juga dapat menunjukkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

Sebagai rakyat kita haruslah mematuhi Perlembagaan Persekutuan negara kita. Kita
perlu mematuhi undang undang neara untuk keamanan dan kesejahteraan negara.

Disediakan oleh: LEE YEN NI Tarikh: 15 Ogos 2022

Sumber Rujukan
(a) Internet
1. https://www.academia.edu/16625951/Perlembagaan_Persekutuan
2. https://www.jstor.org/journal/jmalaysianras
3. https://www.academia.edu/17473295/
Pentadbiran_Awam_dalam_Perlembagaan_Persekutuan
4. https://www.academia.edu/39773690/Rujukan_Perlembagaan_Persekutuan
5. https://www.istiadat.gov.my/wp-content/uploads/2022/06/Akta-414-Akta-Lambang-Dan-
Nama-Mencegah-Penggunaan-Tidak-Wajar-1963.pdf
6. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/akta-lambang-dan-nama-akta-anugerah-
berkuatkuasa-hari-ini-158885
7. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/patuhi-undangundang-penting-dalam-
proses-pemulihan-negara-pm-187808
8. https://www.ikim.gov.my/index.php/2014/03/18/undang-undang-untuk-dihormati-bukan-
digeruni/
9. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/09/5520/undang-undang-dan-pertumbuhan-
ekonomi
10. https://asklegal.my/p/perlembagaan-persekutuan-rakyat-1947-umno-pkmm-amcja-
merdeka-tanah-melayu

(b) Buku
1. Dr. Mohd bin Samsudin, 2020, SEJARAH TINGKATAN 5, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
2. Zamri Talib, 2022, MASTERCLASS SPM SEJARAH TINGKATAN 4 & 5 KSSM,
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

(c) Youtube
1. https://www.youtube.com/watch?v=ksg9IRPzqvQ
Lampiran

You might also like