You are on page 1of 40

[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYSIA DI ALOR SETAR


DI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA
[PJK: 45A-17-08/2014]

ANTARA

PENDAKWA RAYA

LAWAN

1. KUMANAAN ANTHONY VINCENT


2. SATHIYA MANIAM

UNDANG-UNDANG JENAYAH: Dadah berbahaya - Pengedaran -


Dadah dijumpai di dalam kereta - Tertuduh ditangkap berdasarkan
makluat sumber dan perbincangan antara tertuduh dan agen
provocateur - Sama ada kes prima facie telah dibuktikan

UNDANG-UNDANG JENAYAH: Niat bersama - Perancangan awal -


Pengedaran dadah berbahaya - Dadah dijumpai di dalam kereta -
Tertuduh kedua berada di dalam kereta dan tertuduh pertama telah
keluar berjumpa pembeli untuk berbincang berkenaan penjualan dadah
- Sama ada tertuduh-tertuduh mempunyai perancangan awal dan niat
bersama untuk melakukan kesalahan

UNDANG-UNDANG JENAYAH: Akta Dadah Berbahaya 1952 -


Seksyen 40 - Perlindungan kepada sumber - Sumber tidak memainkan
peranan yang aktif - Sumber tidak dipanggil sebagai saksi - Sama ada
sumber yang tidak memainkan peranan yang aktif adalah dilindungi
dibawah s. 40 Akta Dadah Berbahaya 1952

[Tertuduh-tertuduh disabitkan bersalah atas pertuduhan dan


dijatuhkan hukuman gantung dileher sampai mati.]

1
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series
Kes-kes yang dirujuk:
Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 FC (dirujuk)
Basil Azubueze Okafor v. PP [2017] 1 LNS 704 CA (dirujuk)

Faiz Khairudin v. PP [2011] 5 CLJ 509 CA (dirujuk)

Ghazalee Kassim & Ors v. PP [2009] 4 CLJ 737 FC (dirujuk)


Hasbala Mohd Sarong v. PP [2013] 6 CLJ 945 FC (dirujuk)

Ilham Saputra Zainal Abidin v. PP [2013] 1 LNS 1259 CA (dirujuk)

Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82 HC (dirujuk)


Namasiyiam Doraisamy v. Public Prosecutor & Other Cases [1987]
CLJ Rep 241 SC (dirujuk)

PP v. Abuchi Ben James [2015] 8 CLJ 1011 CA (dirujuk)


PP v. Basil Azubueze Okafor [2016] 1 LNS 75 HC (dirujuk)

PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim (No 3) [1999] 2 CLJ 215 HC (dirujuk)


PP v. Mohd Dzahir Ahmad [2015] 4 CLJ 880 CA (dirujuk)
PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 FC (diikuti)

PP v. Puvaneaswaran Kaniapan [2003] 4 CLJ 609 HC (dirujuk)

PP v. Sa'ari Jusoh [2007] 2 CLJ 197 FC (dirujuk)

PP v. Saimin & Ors [1971] 1 LNS 115 HC (dirujuk)

Wan Yurilhami Wan Yaacob & Anor v. PP [2010] 1 CLJ 17 FC


(dirujuk)
Perundangan yang dirujuk:
Akta Dadah Berbahaya 1952, ss. 2, 39B(1)(a)(2), 40(1), Jadual Pertama

Kanun Tatacara Jenayah, s. 180(1)(2)

Kanun Keseksaan, s. 34

2
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

PENGHAKIMAN

HASHIM HAMZAH, HMT

Pengenalan

[1] Kumanan a/l Anthony Vincent (“Tertuduh Pertama”) dan Sathiya


a/l Maniam (“Tertuduh Kedua”) dituduh atas dua pertuduhan di bawah s.
39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah s.
39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi mereka
adalah seperti berikut:-

Pertuduhan Pertama

“Bahawa kamu bersama-sama pada 9hb Januari 2014 jam lebih


kurang 6.20 petang, di tempat letak kereta stesyen minyak Caltex,
Jalan Sejati Indah, Taman Sejati Indah, Sungai Petani, di dalam
daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman telah
didapati mengedar dadah berbahaya iaitu 38.55 gram (29.59 gram
Heroin dan 8.96 gram Monoacetymorphines). Oleh yang demikian
kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a)
Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen
39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun
Keseksaan”.

Pertuduhan Kedua

“Bahawa kamu bersama-sama pada 9hb Januari 2014 jam lebih


kurang 6.20 petang, di tempat letak kereta stesyen minyak Caltex,
Jalan Sejati Indah, Taman Sejati Indah, Sungai Petani, di dalam
daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman telah
didapati memiliki dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat
73.60 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu
kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

3
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama di baca
bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan”.

Kes Pendakwaan

[2] Seramai 7 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan


bagi pihak pendakwaan. Berdasarkan keterangan saksi-saksi ini,
dapatlah dirumuskan bahawa fakta kes pendakwaan adalah seperti
berikut:-

2.1 Pada 9.1.2014, D/Sjn 98451 Saiful Bahari Bin Zi (SP3) yang
bertugas di Bahagian Risikan Dan Operasi, Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah
diarahkan oleh ASP Abdul Razak Bin Osman (SP5) untuk
menjalankan satu tugas khas dan berjumpa dengan sumber
berdaftar no. 435 atas maklumat berkaitan aktiviti pengedaran
dadah jenis heroin dan syabu di kawasan Sungai Petani, Kedah.

2.2 SP3 memandu kereta pasukan yang tidak berlambang iaitu


Perodua Kancil dengan nombor pendaftaran KBA 6419 dan
berjumpa dengan sumber yang telah sedia menunggu di Plaza
Tol Sungai Petani Selatan. Sumber telah memasuki kereta yang
dipandu SP3 dan seterusnya mereka bergerak ke Restoran
Pelita, Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah. Di situ, sumber
telah memaklumkan kepada SP3 berkaitan aktiviti pengedaran
dadah yang dilakukan oleh seorang lelaki India yang
menggunakan nama samaran “Boy”. Sumber juga
memaklumkan bahawa Boy menjual dadah jenis heroin dalam
bentuk ‘paun’ dan syabu dalam ‘grams’.

2.3 Sumber juga memaklumkan kepada SP3 nombor telefon bimbit


Boy ialah 014-7984242. SP3 telah meminta sumber untuk
menghubungi Boy. Sumber telah menelefon Boy dan apabila

4
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

Boy menjawab, sumber telah meminta Boy untuk bercakap


dengan “Abang dari Langkawi” (iaitu SP3).

2.4 SP3 dalam perbualan telefon dengan Boy telah perkenalkan diri
sebagai Abang Dari Langkawi dan memerlukan bekalan. SP3
seterusnya bertanyakan tentang harga “panas” berapa dan
“sejuk” berapa. Menurut SP3, di dalam kod pengedaran dadah,
“panas” adalah merujuk kepada heroin dan “sejuk” merujuk
kepada syabu. Boy telah memaklumkan kepada SP3 bahawa
“panas” harga RM7,800.00 satu paun manakala syabu pula 100
gram RM14,000.00. SP3 telah meminta supaya harga dapat
dikurangkan tetapi Boy tidak menurunkan harga kerana tidak
mengenali SP3 dan seterusnya menyuruh SP3 berjumpanya di
Restoran Pelita, Sungai Petani pada jam 6.00 petang. Apabila
SP3 sampai nanti, Boy meminta SP3 menelefonnya balik
menggunakan nombor telefon yang sama (telefon sumber).

2.5 SP3 kemudiannya memaklumkan kepada SP5 berkenaan


perjumpaannya dengan sumber dan hasil perbincangan melalui
telefon dengan sasaran. Arahan SP5 kepada SP3 adalah untuk
hadir taklimat di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,
IPD Kuala Muda pada jam 4.30 petang.

2.6 Pada jam 4.30 petang, SP5 telah memberi taklimat kepada
pegawai serbuan yang terdiri daripada 3 pegawai dan 17
anggota. Di dalam taklimat tersebut, SP5 telah menetapkan
penugasan setiap ahli serbuan dan juga telah memaklumkan
bahawa SP3 telah dilantik sebagai agent provocateur (AP) dan
diserahkan juga satu set walkie-talkie dan wang tunjuk
sejumlah RM29,600.00. Di dalam taklimat itu juga SP3
diarahkan untuk membuka topi sebagai isyarat
serbuan/tangkapan setelah memastikan barang tersebut adalah
dadah. Selepas taklimat tersebut, anggota serbuan telah

5
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

bergerak ke lokasi iaitu di kawasan Restoran Pelita berhadapan


stesyen minyak Caltex dan mengambil tempat masing-masing.

2.7 Pada jam 6.20 petang, SP3 menghubungi SP5 dan


memaklumkan akan memasuki kawasan serbuan dengan
menggunakan kereta pasukan yang tidak berlambang iaitu
Perodua Kancil tadi. SP3 telah masuk ke kawasan parkir di
stesyen minyak Caltex tersebut dan berjumpa dengan sumber
yang sememangnya telah berada di situ. SP3 telah meminta
sumber menghubungi Boy. Sumber telah menghubungi Boy.
Boy memaklumkan sumber yang dia akan lambai tangan.
Sumber dan SP3 melihat Boy melambai tangan daripada dalam
Restoran Pelita yang berhadapan dengan stesyen minyak
Caltex.

2.8 Seterusnya SP3 dan sumber telah bergerak ke Restoran Pelita


tersebut dan berjumpa dengan Boy. Di dalam Restoran Pelita
tersebut, sumber telah memperkenalkan SP3 sebagai “Abang
dari Langkawi” yang meminta bekalan dan berbincang harga
tadi. Sumber selepas memperkenalkan SP3 telah beredar
daripada situ atas alasan mempunyai urusan di tempat lain.

2.9 Di dalam Restoran Pelita tersebut, Boy mengajak SP3 minum.


Dalam kesempatan tersebut, SP3 memohon untuk harga yang
ditetapkan oleh Boy dapat dikurangkan. Boy memberitahu SP3
bahawa ini kali pertama mereka berurusan dan harga tak boleh
dikurangkan, dua atau tiga kali baru boleh kurang harga.
Seterusnya Boy hendak melihat wang bayaran dadah yang
dipesan oleh SP3. SP3 memberitahu Boy bahawa wang bayaran
tersebut berada di dalam kereta SP3 yang diparkir di tempat
letak kereta di kawasan stesyen minyak Caltex bertentangan
dengan Restoran Pelita tersebut.

6
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

2.10 SP3 dan Boy bergerak keluar dari Restoran Pelita menuju ke
kereta SP3 yang diparkir di kawasan stesyen minyak Caltex.
Sampai di kereta, SP3 telah membuka pintu bahagian pemandu
dan masuk ke dalam kereta dan seterusnya membuka pintu
hadapan bahagian penumpang dari dalam. Boy masuk ke dalam
kereta. SP3 kemudiannya telah mengambil beg yang berada di
bawah tempat duduk pemandu dan mengeluarkan satu beg
plastik dan menunjukkan duit note campur-campur yang diikat
dengan gelang getah sejumlah RM29,600.00. Boy bertanya
sama ada cukup atau tidak. SP3 kata cukup. Boy hendak kira
dan SP3 kata kalau nak kira kiralah. Boy mengambil duit
tersebut dan mengira satu persatu. Baru sahaja mengira
setengah, Boy mengatakan cukuplah.

2.11 SP3 seterusnya berkata hendak melihat barang yang ditempah


dan jika betul baru hendak serahkan wang tersebut. Jika tiada
masalah wang akan diserahkan dan barang diambil pada masa
yang sama (istilah yang digunakan oleh SP3 adalah “kiri-
kanan”). Seterusnya Boy menyerahkan semula wang tersebut
kepada SP3 dan SP3 menyimpan kembali wang tersebut di
bawah tempat duduk pemandu.

2.12 Boy kemudiannya memberitahu SP3 bahawa dia hendak keluar


dari kereta untuk mengambil barang dari kawannya yang
menunggu di kawasan stesyen minyak Caltex itu juga. Boy
kemudiannya telah keluar daripada kereta dan SP3 pun keluar
dari kereta dan melihat Boy berjalan kaki ke sebelah kanan
menuju ke arah laluan masuk ke stesyen minyak Caltex itu.
SP3 menganggarkan jarak Boy berjalan kaki adalah dalam 20
ke 30 meter menuju ke sebuah kereta Proton Pesona yang
diparkir berdekatan laluan masuk ke stesyen minyak Caltex itu.
SP3 melihat Boy masuk ke dalam kereta Proton Pesona itu yang
nombor pendaftarannya WVH 5171. Tidak lama kemudiannya

7
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

Boy kelihatan keluar dari kereta Proton Pesona itu sambil


memegang satu kotak berwarna putih dan berjalan menuju ke
kereta SP3.

2.13 Apabila Boy sampai ke kereta SP3, SP3 bertanya apa yang
dibawa oleh Boy dan meminta Boy memasuki kereta. SP3
membuka pintu kereta bahagian pemandu dan masuk ke dalam
kereta dan membuka pintu bahagian penumpang hadapan dari
dalam. Boy masuk ke dalam kereta dan SP3 meminta Boy
membuka kotak tadi. Boy membuka kotak tadi dan di dalamnya
SP3 melihat terdapat satu plastik hitam dan juga dua
bungkusan plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan
disyaki heroin dan satu paket plastik lutsinar yang
mengandungi bahan disyaki syabu.

2.14 SP3 meminta Boy memasukkan semula barangan tersebut ke


dalam kotak kerana SP3 hendak membuat bayaran dan pada
masa yang sama SP3 membuka pintu kereta dan keluar dari
kereta dan berdiri sambil membuka topi yang dipakainya
sebagai isyarat tangkapan kepada anggota serbuan. Melihat
akan isyarat tangkapan tersebut, SP5 dan anggota serbuan telah
meluru ke kereta Perodua Kancil tersebut dan berjaya menahan
Boy. Boy telah dicamkan oleh SP3 dan SP5 sebagai Tertuduh
Pertama. Pada masa yang sama kereta Proton Pesona WVH
3151 telah ditahan oleh ASP Shaifulmunzir Bin Abd Rahman
(SP6) dan anggota serbuan yang lain dan telah menahan
seorang lelaki India yang sedang duduk di bahagian pemandu.
Lelaki India ini kemudiannya dicamkan sebagai Tertuduh
Kedua. Kedua-dua tangkapan dan barang kes serta kenderaan
terlibat telah dibawa balik ke IPD, Kuala Muda.

2.15 Siasatan dijalankan oleh Inspektor Mohd Nazaro Hassan Bin


Abdullah (SP7). Barang kes telah dihantar ke Jabatan Kimia.

8
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

Ahli Kimia, Puan Haslinda Bt Ismail (SP1) telah menjalankan


analisa ke atas bahan-bahan yang disyaki dadah berbahaya
tersebut dan hasil analisa mengesahkan bahawa dua paket
plastik (masing-masing bertanda “R1” dan “R2”) mengandungi
sejumlah 896.86 gram (berat bersih) bahan ketulan dan serbuk
berwarna putih. Setelah di analisis SP1 mendapati bahan
tersebut mengandungi 29.59 gram heroin dan 8.96 gram
monoacetylmorphines. Satu paket plastik bertanda “R3” pula
mengandungi 98.79 gram (berat bersih) bahan kristal jernih
dan setelah di analisis didapati bahan tersebut mengandungi
73.60 gram methamphetamine. Ketiga-tiga Heroin,
monoacetylmorphines dan methamphetamine adalah
disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah
Berbahaya 1952.

Beban Pembuktian Di Peringkat Prima Facie

[3] S. 180(1) dan (2) Kanun Tatacara Jenayah (Revised 1999) (Akta 593)
(KTJ) dengan jelas menyatakan bahawa pihak pendakwaan perlu
menunjukkan bahawa terdapatnya suatu kes prima facie di akhir kes
pendakwaan. Di sini saya perturunkan keseluruhan Seksyen 180 KTJ
yang dengan nyata diperuntukkan bahawa:-

(1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall
consider whether the prosecution has made out a prima facie case
against the accused.

(2) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima
facie case against the accused, the Court shall record an order of
acquittal.

(3) If the Court finds that a prima facie case has been made out
against the accused on the offence charged the Court shall call upon
the accused to enter on his defence.

9
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

(4) For the purpose of this section, a prima facie case is made out
against the accused where the prosecution has adduced credible
evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted
or unexplained would warrant a conviction.

[4] Di dalam kes Mahkamah Persekutuan, Balachandran v. PP [2005] 1


CLJ 85 Augustine Paul JCA di dalam menyampaikan keputusan
Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa:

A prima facie case is therefore one that is sufficient for the


accused to be called upon to answer. This in turn means that
the evidence adduced must be such that it can be overthrown
only by evidence in rebuttal. The phrase “prima facie case” is
defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law
Dictionary, 11th edn as:

A litigating party is said to have a prima facie case when the


evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to
be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which
is established by sufficient evidence, and can be overthrown
only by rebutting evidence adduced by the other side...

(penekanan oleh pihak saya)

[5] Di dalam kes Mahkamah Persekutuan juga iaitu kes PP v. Mohd


Radzi B. Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Gopal Sri Ram JCA dalam
menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan menggariskan prinsip
bahawa:

[12] After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC,
the statutory test has been altered. What is required of a
Subordinate Court and the High Court under the amended
sections is to call for the defence when it is satisfied that a
prima facie case has been made out at the close of the

10
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

prosecution case. This requires the court to undertake a


maximum evaluation of the prosecution evidence when
deciding whether to call on the accused to enter upon his or
her defence. It involves an assessment of the credibility of the
witnesses called by the prosecution and the drawing of
inferences admitted by the prosecution evidence.

..........................................

[15] For the guidance of the courts below, we summarise as


follows the steps that should be taken by a trial court at the
close of the prosecution’s case:-

(i) the close of the prosecution’s case, subject the evidence


led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation.
Carefully scrutinise the credibility of each of the
prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable
inferences that may be drawn from that evidence. If the
evidence admits of two or more inferences, then draw the
inference that is most favourable to the accused;

(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to
make his defence and he elects to remain silent am I prepared
to convict him on the evidence now before me? If the answer to
that question is “Yes”, then a prima facie case has been made
out and the defence should be called. If the answer is “No”
then, a prima facie case has not been made out and the accused
should be acquitted;

(iii) after the defence is called, the accused elects to remain


silent, then convict;

11
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

(iv) after defence is called, the accused elects to give


evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public
Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.

(penekanan oleh pihak saya)

[6] Ini membawa makna bahawa keterangan tersebut hanya boleh


diketepikan dengan keterangan menyangkal (evidence in rebuttal)
[kes Balachandran v. PP (supra)] dan dalam membuat keputusan
sama ada pihak pendakwaan berjaya menunjukkan bahawa
terdapatnya satu kes prima facie, satu pertimbangan yang maksima
(maximum evaluation) perlu di buat ke atas segala keterangan yang
dikemukakan oleh pihak pendakwaan [kes PP v Mohd Radzi B. Abu
Bakar (supra)].

[7] Pihak pendakwaan juga perlu membuktikan intipati pertuduhan. Di


dalam kes PP v. Puvaneaswaran Kaniapan [2003] 4 CLJ 609 di mana
Augustine Paul J (pada masa itu) menyatakan seperti berikut:

Pihak pendakwaan terlebih dahulu perlu membuktikan


bahawa tertuduh mempunyai pemilikan ke atas dadah
tersebut sebelum isu pengedaran berkenaan bahan yang
sama boleh dibangkitkan untuk pertimbangan. Pembuktian
kedua-dua isu ini boleh dibuat menerusi keterangan langsung
ataupun melalui anggapan yang diperuntukkan di bawah Akta
tersebut. Perlu diingati bahawa anggapan hanya boleh
ditimbulkan sekali sahaja kerana anggapan atas anggapan tidak
dibenarkan sama sekali (lihat Muhammed Hassan v. PP [1998]
2 CLJ 170). Dalam usaha membuktikan pemilikan pihak
pendakwaan perlu menunjukkan bahawa tertuduh
mempunyai jagaan atau kawalan terhadap dadah
berbahaya yang berkenaan dan juga dia mempunyai
pengetahuan terhadap apa yang ada dalam milikannya.
Jagaan dan kawalan boleh dibuktikan melalui keterangan

12
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

langsung ataupun dibuat kesimpulan daripada fakta yang


telah terbukti terdahulunya. Selalunya pengetahuan
merupakan perkara yang dapat digarap melalui
penyimpulan daripada fakta (lihat PP v. Chia Leong Foo
[2000] 4 CLJ 649; [2000] 6 MLJ 705). Bagaimana
penyimpulan daripada fakta yang telah terbukti dapat dibuat
telah saya jelaskan dalam PP v. Reza Mohd Shah Ahmad Shah
[2002] 1 LNS 157; [2002] 4 MLJ 13 MT dan saya tidak mahu
mengulanginya di sini.

(penekanan oleh pihak saya)

[8] Kes Mahkamah Rayuan PP v. Mohd Dzahir Ahmad [2015] 4 CLJ 880
juga adalah dirujuk. Oleh itu pihak pendakwaan di dalam kes ini
perlu membuktikan bahawa tertuduh-tertuduh mempunyai pemilikan
ke atas dadah tersebut. Pemilikan melibatkan elemen jagaan atau
kawalan terhadap dadah berbahaya tersebut serta elemen
pengetahuan. Pembuktian boleh dibuat melalui keterangan langsung
atau melalui anggapan statutori yang terdapat di dalam Akta Dadah
Berbahaya 1952. Pendakwaan juga perlu membuktikan sepertimana
pertuduhan bahawa barang kes tersebut adalah 29.59 gram heroin dan
8.96 gram monoacetylmorphines serta 73.60 gram
methamphetamine. Ketiga-tiga dadah berbahaya tersebut iaitu
heroin, monoacetylmorphines dan methamphetamine adalah
disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Keputusan Di Akhir Kes Pendakwaan serta Pertimbangan Maksima


Keterangan Saksi Pendakwaan

[9] Berdasarkan prinsip kes di atas, saya telah menimbangkan kes


pendakwaan atas pertimbangan yang maksima. Adalah jelas bahawa
SP3 bertindak sebagai AP di dalam kes ini. Peruntukan s. 40A Akta
Dadah Berbahaya 1952 adalah jelas yang memperuntukkan bahawa:

13
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

(1) Notwithstanding any rule of law or the provisions of this


Act or any other written law to the contrary, no agent
provocateur shall be presumed to be unworthy of credit by
reason only of his having attempted to abet or abetted the
commission of an offence by any person under this Act if the
attempt to abet or abetment was for the sole purpose of
securing evidence against such person.

(2) Notwithstanding any rule of law or this Act or any other


written law to the contrary, and that the agent provocateur is
a police officer whatever his rank or any officer of customs,
any statement, whether oral or in writing made to an agent
provocateur by any person who subsequently is charged with
an offence under this Act shall be admissible as evidence at his
trial.

[10] Pemakaian seksyen ini diperjelaskan di dalam kes Mahkamah


Agong, Namasiyiam Doraisamy v. Public Prosecutor & Other Cases
[1987] CLJ (Rep) 241; [1987] 1 CLJ 540, oleh Syed Agil Barakbah
SCJ yang telah menyatakan bahawa:

In the case of PW1 it was clear from the facts and surrounding
circumstances that he was an agent provocateur. As such, he
is protected by the provision of s. 40A(1) and (2) of the Act in
that he is not presumed to be unworthy of credit and his
evidence relating to any attempt to abet or abetment of the
offence if done for the purpose of securing evidence against an
accused person, is admissible. Similarly, any statement made
to him by an accused person shall be admissible at the trial.
There is therefore no requirement for the evidence of an agent
provocateur to be corroborated.

[11] Oleh itu keterangan SP3 boleh diterima masuk sebagai keterangan.
Jika diteliti keterangan saksi SP3 ini, adalah jelas perbincangan

14
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

melalui telefon dengan Tertuduh Pertama serta perbualan semasa


pertemuan SP3 dan Tertuduh Pertama di Restoran Pelita dan di dalam
kereta SP3 menjurus kepada urusan menjual dadah berbahaya oleh
Tertuduh Pertama kepada SP3 seorang AP. Saya juga merujuk
kepada kes Mahkamah Persekutuan, PP v. Sa’ari Jusoh [2007] 2 CLJ
197. Abdul Aziz Mohamad FCJ di dalam kes ini menyatakan bahawa:

[17] It concerns the question of “selling”. I wish, first of all,


to observe that the Court of Appeal did not cite any authority
for holding that to constitute “selling” in the definition of
“trafficking” in s. 2 of the Dangerous Drugs Act 1952, there
must be not only “an actual delivery of the drugs”, which
happened in this case, but also “the physical handing over of
the agreed price”, which did not happen in this case. Neither
was Encik Karpal Singh, the respondent’s counsel, able to cite
any authority that requires the delivery of the price. He
informed us that there is no such authority.

.............................................

[21] For my part, in considering the dictionary meaning of


“sell” for the purpose of determining the ordinary meaning of
“selling” in the definition of “trafficking”, I would reject
Webster’s meaning No. 2, without having to resort to the
existence of paras (b) and (c) of s. 39B(1), as one that could
not have been intended by the legislature. The meaning
intended is meaning No. 1, which for the present case is “to...
deliver... goods... for money”. So long as the delivery is for
money - which the delivery in this case was - as opposed to
delivery as a gift or on some other basis, it is selling even
though the money for which the goods are delivered has not
passed to the seller.

15
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

[12] Perbuatan menjual dadah berbahaya tersebut juga adalah jelas


termasuk di dalam takrifan mengedar sepertimana diperuntukkan di
dalam s. 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu:

“trafficking” includes the doing of any of the following acts,


that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping,
concealing, buying, selling, giving, receiving, storing,
administering, transporting, carrying, sending, delivering,
procuring, supplying or distributing any dangerous drug
otherwise than under the authority of this Act or the
regulations made under the Act;

Niat Bersama Di bawah s34 Kanun Keseksaan

[13] Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua menghadapi dua pertuduhan


di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh
dihukum di bawah s. 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama s. 34
Kanun Keseksaan. Di dalam kes ini walaupun perbincangan adalah
antara SP3 dan Tertuduh Pertama, Tertuduh Kedua berada di dalam
kereta Proton Pesona WVH 5171 di mana barang kes dadah tersebut
di letak. Barang kes tersebut berada bersama Tertuduh Kedua.
Semasa Tertuduh Pertama keluar berjumpa SP3, Tertuduh Kedua
menunggu di dalam kereta WVH 5171 tersebut bersama barang kes
dadah. Di dalam kes Mahkamah Persekutuan, Ghazalee Kassim &
Ors v. PP [2009] 4 CLJ 737 telah dinyatakan bahawa:

[22]Section 34 of the Penal Code is invoked by the prosecution


in order to prove that although an accused did not directly
commit the criminal act, he was involved in a series of other
acts with the others to show that he had the common intention
of committing that criminal act with the others. The accused
need not be present together with the others who had
committed the actual criminal act[6]. It is sufficient that he
participated jointly with the others. It must however be shown

16
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

that there was a prior arranged plan with the others. In other
words, all those who are charged pursuant to s. 34 of the Penal
Code, must have the common intention to commit the offence
charged.

[14] Di dalam membuktikan pemakaian s. 34 ini, pihak pendakwaan perlu


membuktikan bahawa terdapatnya perancangan awal antara mereka
iaitu niat bersama di dalam melakukan kesalahan tersebut. Di dalam
kes Mahkamah Persekutuan, Wan Yurilhami Wan Yaacob & Anor v.
PP [2010] 1 CLJ 17, telah dinyatakan bahawa:

[29] It is a well established principle of law in dealing with the


criminal liability under s. 34 of the Penal Code that a pre-
concert or pre-planning may develop on the spot or during the
course of the commission of the offence, but the crucial test is
that such plan must precede the act constituting the offence.
The existence of common intention is a question of fact and in
each case it may be proved as a matter of inference from the
circumstances of the case. (See the cases of Mahbub Shah v.
Emperor AIR [1945] PC 118 and Suresh v. State of Uttar
Pradesh AIR [2001] SC 1344). In the present case, although
the second appellant was not involved in the negotiation for
the sale and purchase of the drugs, it is my judgment that the
prosecution has established the common intention between the
first appellant and the second appellant to commit the offence
of trafficking of the said drugs. The pre-arranged plan of the
first appellant and the second appellant to commit the offence
can be inferred by reference to the acts of both of them meeting
SP7 on 1 August 2001 and the fact that it was the second
appellant who delivered the drugs to SP7.

[15] Kewujudan niat bersama ini adalah persoalan fakta yang dapat
digarapkan daripada fakta dan keadaan kes berkenaan. Perancangan

17
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

awal (pre-concert or pre-planning) ini boleh terbentuk pada masa itu


atau semasa kesalahan tersebut dilakukan. Adalah jelas bahawa
walaupun Tertuduh Kedua hanya berada di dalam kereta WVH 5171
dan tidak keluar berjumpa dan berbincang dengan SP3 di Restoran
Pelita tersebut, barang kes dadah tersebut berada bersama Tertuduh
Kedua di dalam kereta tersebut. Tertuduh Kedua berada bersama
barang kes sepanjang Tertuduh Pertama berjumpa dengan SP3. Oleh
itu sememangnya Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua mempunyai
perancangan awal dan niat bersama di dalam melakukan kesalahan
ini.

Isu Yang Dibangkitkan

Peranan Sumber

[16] Peguambela Tertuduh Pertama yang bijaksana telah mempersoalkan


peranan sumber di dalam kes ini. Peguambela membangkitkan isu
berkenaan peranan sumber yang meminjamkan telefon bimbitnya
untuk digunakan menghubungi Tertuduh Pertama dan
memperkenalkan SP3 kepada Tertuduh Pertama dan sebaliknya.

[17] Prinsip berkaitan peranan sumber ini adalah jelas terdapat di dalam
nas kes-kes sebelum ini. Di dalam kes Mahkamah Persekutuan, Wan
Yurilhami Wan Yaacob & Anor v. PP [2010] 1 CLJ 17 telah
dinyatakan dengan jelas berkaitan kedudukan seorang sumber dan
agent provocateur iaitu:

[14] The law that governs the issue of agent provocateur and
informer is provided for under ss. 40 and 40A of the Act.
Section 40 provides as follows:

40. (1) Except as hereinafter provided, no complaint as to an


offence under this Act shall be admitted in evidence in any
civil, or criminal proceeding whatsoever, and no witness shall

18
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

be obliged or permitted to disclose the name or address of any


informer, or state any matter which might lead to his discovery.

(2) If any books, documents or papers which are in evidence


or liable to inspection in any civil or criminal proceeding
whatsoever contain any entry in which any informer is named
or described or which might lead to his discovery, the Court
before which the proceeding is had shall cause all such
passages to be concealed from view or to be obliterated so far
as is necessary to protect the informer from discovery, but no
further.

(3) If on trial for any offence under this Act the Court, after
full inquiry into the case, is of opinion that the informer
willfully made in his complaint a material statement which he
knew or believed to be false or did not believe to be true, or if
in any other proceeding the Court is of opinion that justice
cannot be fully done between the parties thereto without the
discovery of the informer, the Court may require the
production of the original complaint, if in writing, and permit
inquiry and require full disclosure concerning the informer.

Section 40A provides as follows:

40A. (1) Notwithstanding any rule of law or the provisions of


this Act or any other written law to the contrary, no agent
provocateur shall be presumed to be unworthy of credit by
reason only of his having attempted to abet or abetted the
commission of an offence by any person under this Act if the
attempt to abet or abetment was for the sole purpose of
securing evidence against such person.

(2) Notwithstanding any rule of law of the provisions of this


Act or any other written law to the contrary, and that the agent

19
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

provocateur is a police officer whatever his rank or any officer


of customs, any statement, whether oral or in writing made to
an agent provocateur by any person who subsequently is
charged with an offence under this Act shall be admissible as
evidence at his trial.

[15] The interpretation and the application of the above


provisions of the Act have been discussed in a number of
earlier decided cases. (See the cases of Munusamy
Vengadasalam v. PP [1987] 1 CLJ 250; [1987] CLJ (Rep) 221;
Namasiyiam Doraisamy v. PP & Other Cases [1987] 1 CLJ
540; [1987] CLJ (Rep) 241, PP v. Mansor Md Rashid & Anor.
[1997] 1 CLJ 233; Ti Chuee Hiang v. PP [1995] 3 CLJ 1;
Ghazalee Kassim & Ors. v. PP [2009] 4 CLJ 737).

[16] From the decision of the above cited cases, the position
in law in relation to ss. 40 and 40A of the Act is well settled
and clear. The informer is protected from giving evidence
whilst an agent provocateur is not protected. In other words,
if a person is only an informer, the prosecution is not required
to call him as a witness or offering him to the defence. An
informer is protected under s. 40 of the Act. On the other hand
if a person is an agent provocateur, he is required to give
evidence in court as a prosecution witness and if he is not
called he has to be offered and made available to the defence.
Failure to comply with this requirement will attract the
application of adverse inference under s. 114(g) of the
Evidence Act against the prosecution’s case.

[18] Sama ada seseorang itu hanya berperanan sebagai sumber atau telah
menjadi AP bergantung kepada fakta kes berkenaan. Jika diteliti
keseluruhan keterangan di dalam kes ini serta keterangan daripada
SP3 selaku AP, adalah jelas peranan sumber hanya memperkenalkan

20
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

SP3 kepada Tertuduh Pertama. Walaupun telefon bimbit sumber


digunakan untuk menghubungi Tertuduh Pertama, ia tidak boleh
dikatakan sebagai satu peranan aktif yang dimainkan oleh sumber.
Sumber juga tidak terlibat di dalam perbincangan kerana semasa
perbincangan, sumber telah beredar daripada situ. Oleh itu saya
berpendapat bahawa sumber di dalam kes ini tidak memainkan
peranan aktif dan oleh itu dilindungi di bawah s. 40(1) Akta dadah
Berbahaya 1952.

Integriti dan Rantaian Keterangan Berkaitan Barang Kes

[19] Peguambela Tertuduh Pertama juga membangkitkan isu bahawa


integriti barang kes tercemar daripada tarikh 10.1.2014 hingga
12.1.2014 akibat tiadanya keterangan daripada Pegawai Penyiasat
bahawa barang kes yang dikeluarkan pada 10.1.2014 untuk tujuan
penandaan pada jam 1.00 petang dan jam 2.00 petang di mana
gambar barang kes diambil. Kemudiannya pada 11.1.2014 jam 3.00
petang Pegawai Penyiasat telah ke tempat kejadian dan 12.1.2014
untuk sidang akhbar.

[20] Jelas daripada hujah yang dibangkitkan oleh peguambela Tertuduh


Pertama adalah berkaitan barang kes yang di dalam simpanan
pegawai penyiasat sebelum barang kes tersebut dihantar ke Jabatan
Kimia. Keterangan saksi yang berkaitan adalah SP3 (iaitu AP), SP5
(iaitu Pegawai Operasi) dan SP7 (iaitu Pegawai Penyiasat). Di dalam
kes Mahkamah Persekutuan, Hasbala Mohd Sarong v. PP [2013] 6
CLJ 949 di mana isu yang sama dibangkitkan, telah diputuskan
bahawa:

[19] ........In this case PW4, and PW6 had clearly identified the
drug exhibits that were produced before the High Court. Both
PW4 as well as PW6 had identified the markings that they had
made on the exhibits including the date and the signatures they
placed on the five slabs of the drug exhibits. PW3 too had

21
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

identified the markings as found on the exhibits when she


received it from PW6.

[20] Having regard to the evidence of PW4, PW6 and PW3,


learned counsel’s contention that the drug exhibits produced
before the High Court might not be the same as the one seized
by PW4 from the appellant is, in our view, misconceived. On
the evidence adduced, we are not in doubt that the drug
exhibits seized and handed to PW6 and examined by PW3 were
the same drug exhibits that were produced before the High
Court upon which the appellant was charged. There was no
break in the chain of evidence that could have created a
reasonable doubt as to the identity of the drug exhibits.

[21] Berdasarkan prinsip di atas, walaupun tiada keterangan daripada


pegawai penyiasat SP7 berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh
peguambela Tertuduh Pertama, tetapi setiap barang kes tersebut
terdapat penandaan dan dicamkan oleh saksi-saksi yang berkenaan
akan penandaan yang mereka lakukan. SP3 telah mengecam barang
kes tersebut apabila ditunjukkan kepadanya selain daripada
mengecam gambar P8. SP5 yang membuat rampasan barang kes
tersebut telah membuat penandaan ke atas setiap barang kes dan di
letakkan juga tandatangan ringkas beliau pada kotak dan setiap paket
tersebut berserta tarikh. SP5 camkan barang-barang kes yang beliau
rampas tersebut. Pegawai Penyiasat SP7 juga telah membuat
penandaan ke atas setiap barang kes yang beliau terima daripada SP5
dan saksi SP7 ini juga mengecam semua barang kes yang
dikemukakan di mahkamah. Pengecaman bukan hanya kepada
barang kes tetapi juga kepada gambar barang kes iaitu P8 yang jelas
menunjukkan penandaan ke atas barang kes yang berkenaan.
Kemuncaknya adalah apabila Ahli Kimia SP1 menerima barang kes
ia jelas menunjukkan segala penandaan yang dinyatakan oleh SP5
dan SP7 tersebut. Adalah pada pandangan saya bahawa keterangan

22
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

yang diketengahkan oleh pihak pendakwaan adalah memadai dan


kegagalan SP7 menyatakan atau ditanya berkaitan kedudukan barang
kes ini sepertimana dihujahkan oleh peguambela Tertuduh Pertama
tidak menjejaskan integriti barang kes serta rantaian keterangannya.

Analisa Oleh Ahli Kimia

[22] Peguambela tertuduh juga membangkitkan isu bahawa semasa Ahli


Kimia SP1 menjalankan analisis barang kes bersangkut dengan kes
ini, ia telah dibantu oleh pembantu beliau. Peguambela Tertuduh
Pertama berhujah bahawa sepatutnya pembantu ahli kimia ini
dipanggil memberi keterangan tambahan pula proses analisa yang
dilakukan oleh mesin dibiarkan tanpa kawalan dan terdedah kepada
gangguan. Walaupun peguambela tertuduh pertama tidak
menamakan kes yang berkaitan tetapi pada pendapat saya ia merujuk
kepada keputusan kes-kes Mahkamah Rayuan di dalam PP v. Abuchi
Ben James [2015] 8 CLJ 1011 dan juga Ilham Saputra bin Zainal
Abidin v. PP [2014] 3 MLJ 419. Perkara yang sama juga
dibangkitkan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi di dalam kes
PP v. Basil Azubueze Okafor [2016] 1 LNS 75 di mana isu yang sama
dibangkitkan berdasarkan keputusan kes Abuchi Ben James tadi
iaitu:

[126] Upon a consideration of the evidence of PW1 as given


above, I find no reason to alter my findings made at the
conclusion of the prosecution case that the prosecution had
proven the nature and the weight of the drugs in question. It is
evident from the testimony of PW1 upon recall that she was in
control and had supervised the whole conduct of the analysis
from start to finish. The role of the two science officers were
merely to operate the GCMS and the GCFID machines.
Whatever data was input by them was cross checked by PW1.
The results produced by the machines were analysed by PW1

23
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

herself before coming to a finding that the substances were


dangerous drugs. The role of the two science officers were to
merely assist PW1. They operated the machines under the
supervision of PW1. The data that they keyed into the machines
were supplied by PW1 who cross checked the information.
Thereafter, the machines operated independently and
automatically without the need for human intervention. Unless
there was a break in the chain of exhibits, the testimony of the
two officers were not necessary to the unfolding of the
prosecution narrative and neither did not calling them result
in any gap in the prosecution case.

[127] During office hours it was PW1 who supervised the


running of the machines. After office hours the machines would
operate automatically without the need for human
intervention. PW1’s testimony also left me in no doubt that
after office hours, there were in place sufficient safeguards to
eliminate the possibility that the samples could be tampered
with. PW1’s testimony that the vials were individually labelled
and marked and that blank samples were used to separate them
from contamination and possible mix up with other exhibits is
sufficient in order for me to make the finding that there was no
break in the chain of exhibits.

[23] Kes Basil Azubueze ini telah dirayu ke Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan dan mengekalkan sabitan
dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Di dalam
keputusannya seperti dilaporkan di dalam Basil Azubueze Okafor v.
PP [2017] AMEJ 0593, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa:

[18] In this context, the same issue also arose before this Court
in Ilham Saputra bin Zainal Abidin v. PP [2014] 3 MLJ 419.
The issue concerned the identity of the drugs. It was argued

24
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

there that since the drugs were not analysed by the chemist,
the chemist was in no position to identify the drugs. This Court
found no merit in the argument as the evidence disclosed that
the assistant only assisted the chemist and it was the chemist
who conducted the test and observed the results and then came
to the conclusion regarding the type and nature of the drugs.

[19] Reverting to the instant case, we agree that the evidence


of the chemist PW1, as alluded to earlier, established beyond
a reasonable doubt that it was she (PW1) who had interpreted
the results and conducted the analysis. In other words, she had
charge and control of the analysis and that the two science
officers merely assisted her. PW1 was therefore able to testify
on the nature and weight of the incriminating drugs. The
evidence of the two science officers was unnecessary to the
unfolding of the narrative of the case for the prosecution as
their evidence was not material to the prosecution’s case. The
argument that the non-calling of the two science officers calls
for an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act
1950 was therefore, with respect, misplaced.

[24] Di dalam kes di hadapan saya ini, Ahli Kimia SP1 semasa disoal
balas tidak menafikan bahawa semasa menjalankan analisa barang
kes tersebut, ia turut dibantu oleh seorang pembantu makmal iaitu
Encik Mohd Aizat. Menurut SP1 lagi, tugas atau peranan En Mohd
Aizat adalah untuk menyediakan bahan kimia yang diperlukan serta
menyediakan juga alat radas. Semasa pemeriksaan semula, SP1
menegaskan bahawa En Mohd Aizat hanya membantu perihal
perkara tersebut sahaja dan tidak berkaitan kerja-kerja analisis. SP1
juga menyatakan bahawa mesin yang digunakan untuk membantu
menjalankan proses analisis tersebut tersedia mempunyai sistem
kawalan di mana jika terdapat sebarang gangguan, isyarat akan di
aktifkan. Di dalam kes ini SP1 mengesahkan bahawa tiada isyarat

25
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

diaktifkan yang menjurus kepada terdapatnya gangguan pada mesin


tersebut. Oleh itu pada hemat mahkamah ini, isu yang dibangkitkan
oleh peguambela tertuduh tiada merit.

Wang Tunjuk RM29,600.00

[25] Peguambela tertuduh juga membangkitkan isu bahawa tiada


keterangan selepas serbuan dibuat sama ada wujudnya wang
sebanyak itu (wang tunjuk). Apa terjadi kepada wang tersebut.
Berkaitan isu ini saya berpendapat bahawa ia bukanlah perkara matan
di dalam pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh dan tidak
mewujudkan lompang di dalam kes pendakwaan. Kes berkaitan
adalah kes Mahkamah Rayuan di dalam Faiz Khairudin v. PP [2011]
5 CLJ 509 di mana telah diputuskan bahawa:

Non Production Of The Money

[38] The money of RM17,000 was shown to the appellant by


PW9 on 10 April 2001. The money was given by PW12 to PW9.
PW9’s evidence was corroborated by PW11. Learned counsel
for the appellant submitted that the non-production of the
money had left a serious gap in the narrative of the
prosecution’s case. The failure of the prosecution to produce
the money would result in the invocation of adverse inference
under s. 114(g) of the Evidence Act 1950 against the
prosecution.

[39] With respect, we were unable to agree with the contention


of learned counsel for the appellant. In our view, it was
unnecessary for the prosecution to produce and tender the
money in the trial. The failure of the prosecution to produce
the money did not prejudice the appellant as the money was not
the subject-matter of the offence. The non-production of the
money had not caused any gap to the prosecution’s case.

26
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

[26] Oleh itu berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan


saya dapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan
kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh dan kedua-dua tertuduh
telah dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Pembelaan

[27] Dalam meneliti kes pembelaan, mahkamah berpandukan kepada


prinsip kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang juga
telah merujuk kepada kes Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82;
[1963] MLJ 263. Tertuduh hanya perlu menimbulkan keraguan yang
munasabah ke atas kes pendakwaan. Apakah makna keraguan yang
munasabah. Di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16
Sharma J telah menyatakan seperti berikut:

The following definition of ‘reasonable doubt’ is often quoted:

“It is not mere possible doubt, because everything relating to


human affairs and depending upon moral evidence is open to
some possible or imaginary doubt. It is that state of the case
which after the entire comparison and consideration of all the
evidence leaves the minds of the jurors in that condition that
they cannot say they feel an abiding conviction to a moral
certainty of the truth of the charge.”

It has again been said that “reasonable doubt’ is the doubt


which makes you hesitate as to the correctness of the
conclusion which you reach. If under your oaths and upon your
consciences, after you have fully investigated the evidence and
compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is
guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles
in your judgment and finds a resting place there.’ Or as
sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial
as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to

27
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt


arising from the evidence or want of evidence and cannot be
an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.

[28] Berdasarkan prisnsip-prinsip di atas, saya dengan ini meneliti kes


pembelaan.

[29] Kedua-dua tertuduh memilih untuk memberi keterangan bersumpah


di dalam pembelaan mereka yang dapat disimpulkan seperti berikut:

Keterangan Pembelaan Tertuduh Pertama

i. Tertuduh Pertama bekerja sebagai kontraktor dan tinggal di 22


Lorong Sembilang 12, Seberang Jaya.

ii. Pada hari tangkapan Tertuduh Pertama bercuti dan kawannya


bernama GOBI telah menhubunginya melalui telefon pada jam
2.30 petang dan mengajak Tertuduh Pertama ke Sungai Petani
untuk berjumpa seorang kawan. Tertuduh Pertama mengenali
GOBI melalui persatuan kebudayaan kerana GOBI bermain
alat musik tradisional. Tertuduh Pertama menyatakan
bahawa GOBI juga dikenali sebagai “Boy”.

iii. Tertuduh Pertama bersetuju untuk menemani GOBI. GOBI datang


menjemput Tertuduh Pertama dirumahnya pada jam 4.30 petang dan
kedua-dua mereka bergerak ke Sungai Petani dengan menaiki kereta
GOBI melalui Lebuhraya Utara Selatan.

iv. Setelah melepasi tol Sungai Petani Selatan, GOBI telah


menghubungi seseorang dan berkata “saya telah sampai dan jumpa
dimana”.

v. Selepas itu GOBI bertanyakan sama ada Tertuduh lapar dan dijawab
oleh Tertuduh Pertama bahawa dia lapar. GOBI mencadangkan
bahawa mereka boleh makan di Restoran Pelita. Pada masa itu jalan

28
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

di hadapan Restoran Pelita sesak dengan kenderaan dan GOBI


meletakkan kereta selang 4 - 5 kedai dari Restoran Pelita. Selepas
turun dari kereta Tertuduh Pertama menghisap sebatang rokok dan
berjalan menuju ke Restoran Pelita.

vi. Selepas masuk ke dalam Restoran Pelita Tertuduh Pertama telah


basuh tangan dan mencari tempat duduk di hujung sekali di kaki lima
tepi restoran tersebut. Pada masa itu GOBI belum sampai lagi.
Kemudian GOBI sampai sambil memegang satu beg plastik dan
duduk menghadap ke arah hadapan kedai manakala Tertuduh
Pertama duduk menghadap ke arah belakang kedai. Kemudian
mereka memesan makanan.

vii. Beg plastik yang dibawa GOBI diletakkan di kerusi kosong sebelah
Tertuduh Pertama. Selepas habis makan, GOBI menerima panggilan
telefon dan kemudiannya selepas habis bercakap telefon, GOBI
berpesan kepada Tertuduh Pertama untuk terus makan sementara dia
hendak keluar ke supermarket untuk membeli barang. Selepas lebih
kurang 10 minit GOBI keluar, ada seseorang telah menepuk belakang
Tertuduh Pertama dan bertanya “mana GOBI?”.

viii. Tertuduh Pertama menjawab bahawa GOBI telah pergi ke


supermarket. Selepas itu lelaki Melayu itu telah duduk di
tempat di mana GOBI duduk tadi dan memesan minuman dan
Tertuduh Pertama terus makan.

ix. Semasa sedang makan ini Tertuduh Pertama menyatakan


bahawa lelaki Melayu ini bertanyakan macam mana kenal
GOBI dan bertanya Tertuduh Pertama tinggal di mana.
Tertuduh Pertama menyatakan bahawa itu sahaja butiran
perbualan antara Tertuduh Pertama dan lelaki Melayu tersebut.
Tertuduh Pertama juga mengesahkan bahawa sebelum ini dia
tidak pernah mengenali lelaki Melayu ini.

29
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

x. Selesai makan dan memandangkan pelanggan restoran semakin


ramai, menurut keterangan Tertuduh Pertama, lelaki melayu itu
mengajak Tertuduh Pertama untuk pergi ke keretanya.
Tertuduh Pertama bangun untuk membuat bayaran dan
membawa bersamanya beg plastik yang ditinggalkan oleh
GOBI tadi.

xi. Selesai membuat bayaran, Tertuduh Pertama keluar dari


restoran dan menghisap sebatang rokok di kaki lima restoran
tersebut dan kemudiannya mengikut lelaki Melayu tersebut
daripada belakang.

xii. Apabila lelaki Melayu itu sampai dikeretanya dan semasa


Tertuduh Pertama pada masa itu berada di sebelah kiri
bahagian penumpang hadapan kereta tersebut, sekumpulan 5 -
6 orang telah datang menyerbu dan menangkap Tertuduh
Pertama dan Tertuduh Pertama telah digari. Tertuduh Pertama
menafikan memasuki kereta tersebut.

xiii. Tertuduh Pertama menyatakan bahawa kali pertama melihat


beg plastik tersebut adalah semasa GOBI membawanya masuk
ke dalam restoran dan tidak mengetahui apa kandungan beg
plastik tersebut.

xiv. Tertuduh menafikan pernah bercakap atau berhubung dengan


lelaki Melayu tersebut melalui telefon.

xv. Tertuduh Pertama juga menyatakan bahawa dia tidak


mengenali Tertuduh Kedua sebelum tangkapan.

xvi. Lelaki Melayu tersebut dicamkan sebagai SP3.

Keterangan Pembelaan Tertuduh Kedua

30
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

i. Tertuduh Kedua sudah bekerja selama 7 tahun bersama


majikannya yang bernama Arumugam a/l Marasiraimon (saksi
pembelaan SD3) sebagai pencari besi buruk dan dibayar
berdasarkan komisyen oleh majikan.

ii. Selain daripada mencari besi buruk, Tertuduh Kedua juga


menjadi broker lori, membeli bateri lama dan juga barangan
plastik.

iii. Pada hari kejadian jam lebih kurang 4 petang, Tertuduh Kedua
menerima panggilan telefon daripada SD3 yang meminta
Tertuduh Kedua ke Sungai Petani untuk berjumpa dengan
seorang lelaki bernama Mr. Tan untuk urusan melihat lori
untuk dibeli bagi pihak syarikat SD3.

iv. Tertuduh Kedua menyatakan bahawa dia tidak tahu jalan ke


Sungai Petani lalu SD3 meminta Tertuduh Kedua berada di
Stesyen Minyak Caltex Sungai Petani pada jam 6.30 petang.
Tertuduh balik ke rumah terlebih dulu untuk mandi dan
kemudiannya bertolak ke Sungai Petani dengan menaiki kereta
Proton Pesona no. pendaftaran WVH 5171.

v. Jam lebih kurang 6 petang, Tertuduh Kedua berada di Tol


Sungai Petani Selatan kemudiannya membelok ke kiri dan
kemudiannya ke kanan di mana melalui Restoran Pelita di
sebelah kiri dan stesyen minyak Caltex di sebelah kanan.
Tertuduh Kedua memasuki jalan masuk ke Caltex dan semasa
itu belum pun sempat memberhentikan keretanya, keretanya
telah dihalang oleh dua buah kereta dan beberapa orang
menyerbu ke arahnya. Tertuduh Kedua di minta keluar
daripada kereta dan kemudiannya ditahan dan digari.

31
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

vi. Tertuduh Kedua dibawa balik ke IPD Kuala Muda dan


pemeriksaan badan serta kereta Pesona WVH 5171 tidak
menjumpai apa-apa barang salah.

vii. Menurut Tertuduh Kedua lagi, di IPD Kuala Muda, dia dipukul
oleh 3 - 4 orang anggota polis sambil ditanyakan soalan. Akibat
pukulan tersebut, dia telah pengsan dan apabila sedar kembali
dia melihat pihak polis sedang mengambil gambar dan
Tertuduh Kedua menyatakan bahawa dia diminta untuk berdiri
dan gambarnya juga diambil.

viii. Tertuduh Kedua menegaskan bahawa dia tidak mengenali


Tertuduh Pertama sebelum ini dan bertemu Tertuduh Pertama
pertama kalinya semasa dimasukkan ke dalam lokap.

Keterangan Pembelaan - Saksi SD3

i. SD3 mengesahkan bahawa dia adalah majikan Tertuduh


Kedua.

ii. Pada 9.1.2014, SD3 ada meminta Tertuduh Kedua ke Sungai


Petani iaitu ke Megatrac Sdn Bhd untuk melihat lori yang
hendak dijual. Arahan yang diberikan oleh SD3 adalah pada
jam lebih kurang 4.00 ke 4.30 petang.

iii. SD3 memaklumkan kepada Tertuduh Kedua adalah jika sampai


di Tol Sungai Petani untuk menghubungi Mr. Tan daripada
Megatrac Sdn Bhd.

Dapatan Mahkamah

[30] Jika diteliti keterangan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua,


dapatlah disimpulkan bahawa keterangan mereka adalah seperti
berikut:

32
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

(a) Tertuduh Pertama bukanlah ‘BOY’ sepertimana yang


dikatakan oleh SP3 tetapi “BOY’ adalah GOBI iaitu kawan
Tertuduh Pertama yang datang bersamanya ke Sungai Petani
dan semasa SP3 memasuki Restoran Pelita itu “BOY’ yang
dikatakan oleh Tertuduh Pertama tiada kerana pergi ke
supermarket.

(b) Tertuduh Pertama tidak pernah menghubungi SP3 sama ada


melalui telefon dan sebagainya sebelum kejadian ini berlaku
dan menafikan beg plastik tersebut miliknya tetapi
ditinggalkan oleh ‘GOBI’ di dalam restoran pelita tersebut.

(c) Tertuduh Pertama ditangkap sesampainya dia ke sebelah kiri


kereta SP3 di bahagian penumpang hadapan.

Manakala Tertuduh Kedua pula:

(d) Menafikan mengenali Tertuduh Pertama sebelum kejadian ini


dan seterusnya menafikan penglibatan dia dengan Tertuduh
Pertama dan barang kes.

(e) Ke Sungai Petani pada hari itu atas urusan kerja dan semasa
memasuki jalan masuk ke stesyen minyak Caltex, telah
dihalang oleh dua kenderaan polis dan seterusnya ditangkap.

[31] SP3 di dalam keterangannya menyatakan bahawa semasa memasuki


kawasan sasaran dan berada di stesyen minyak Caltex, SP3 meminta
sumber menghubungi Boy dan Boy memaklumkan kepada sumber
bahawa dia akan melambai tangan. Sumber dan SP3 melihat Boy
melambai tangan dari dalam Restoran Pelita dan seterusnya SP3 dan
sumber bergerak ke Restoran Pelita tersebut. Keterangan Tertuduh
Pertama pula adalah bahawa selepas lebih kurang 10 minit GOBI
keluar, ada seseorang telah menepuk belakang Tertuduh Pertama dan
bertanya “mana GOBI?”. Daripada keterangan Tertuduh Pertama

33
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

sendiri, Tertuduh Pertama menyatakan bahawa dia dan SP3 tidak


pernah berjumpa sebelum ini. Mana mungkin SP3 yang tidak
mengenali Tertuduh Pertama sebelum ini menepuk belakang
Tertuduh Pertama yang sedang makan dan bertanya “mana GOBI?”.
Adalah lebih janggal lagi Tertuduh Pertama yang dalam
keterangannya menyatakan bahawa dia diajak oleh GOBI menemani
GOBI ke Sungai Petani untuk berjumpa seorang kawan ditinggalkan
begitu sahaja di Restoran Pelita untuk pergi ke supermarket.

[32] Pembelaan tertuduh boleh ditentukan bukan hanya melalui


keterangan saksi-saksi pembelaan tetapi juga daripada corak atau
haluan saksi-saksi pendakwaan disoal-balas. Saya merujuk kepada
kes PP v. Dato’ Sri Anwar Bin Ibrahim (No. 3) [1999] 2 CLJ 215
Augustine Paul J telah menyatakan dan saya bersetuju bahawa:

The nature of the defence is to be ascertained not only from the


evidence of the accused himself but also from the trend of the
cross-examination of the prosecution witnesses and from the
arguments of the accused’s counsel at the close of the trial (see
Kuli and Ors v. Emperor AIR [1930] Cal 442). It is therefore
important for the accused to put his essential and material case
to the prosecution witnesses in cross-examination.

This is a principle of essential justice and was neatly stated by


Mukhrji J in AEG Carapiet v. AY Derderian AIR [1961] in the
following terms:

The law is clear on the subject. Wherever the opponent has


declined to avail himself of the opportunity to put his essential
and material case in crossexamination, it must follow that he
believed that the testimony given could not be disputed at all.
It is wrong to think that this is merely a technical rule of
evidence. It is a rule of essential justice. It serves to prevent
surprise at trial and miscarriage of justice, because it gives

34
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

notice to the other side of the actual case that is going to be


made when the turn of the party on whose behalf the cross-
examination is being made comes to give and lead evidence by
producing witnesses. It has been stated on high authority of the
House of Lords that this much a counsel is bound to do when
cross-examining that he must put to each of his opponent’s
witnesses in turn, so much of his own case as concerns that
particular witness or in which that witness had any share. If
he asks no question with regard to this, then he must be taken
to accept the plaintiff’s account in its entirety. Such failure
leads to miscarriage of justice, first by springing surprise upon
the party when he has finished the evidence of his witnesses
and when he has no further chance to meet the new case made
which was never put and secondly, because such subsequent
testimony has no chance of being tested and corroborated.

On the effect of a failure by the defence to put its case to the


prosecution witnesses useful reference may be made to
Alcontara a/l Ambross Anthony v. PP [1996] 1 MLJ 209 where
Edgar Joseph Jr FCJ said at p. 218:

Speaking generally, in a criminal trial, the whole point and


purpose of the defence having to put its case to such of the
prosecution witnesses as might be in a position to admit or
deny it, is to enable the prosecution to check on whether an
accused’s version of the facts is true or false, and thus avoid
the adverse comment, that the defence is a recent invention -
in other words, ‘kept up its sleeve’, as it were - and revealed
for the first time when the accused makes his defence from the
witness box or the dock, thus detracting from the weight to be
accorded to the defence. However, failure on the part of the
defence, as aforesaid, can never, by itself, relieve the

35
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

prosecution of its duties of establishing the charge against the


accused beyond reasonable doubt.

[33] Tertuduh Pertama semasa memberi keterangan menyatakan bahawa


butiran perbualan antaranya dengan SP3 hanyalah pertanyaan dari
SP3 bagaimana mengenali GOBI dan juga SP3 bertanya Tertuduh
Pertama tinggal di mana. Walau bagaimanapun jika diteliti soalan
yang diutarakan kepada SP3 oleh peguambela Tertuduh Pertama,
Peguambela Tertuduh Pertama mencadangkan bahawa SP3 dan
Tertuduh Pertama berada di dalam Restoran Pelita selama 15 - 16
minit dan dalam masa itu peguambela Tertuduh Pertama
mencadangkan bahawa SP3 ada bertanya kepada Tertuduh Pertama
sama ada Boy ada meninggalkan apa-apa barang untuk SP3. Kedua-
dua soalan dari peguambela Tertuduh Pertama tersebut tidak
dipersetujui oleh SP3. Seterusnya peguambela Tertuduh Pertama
mencadangkan kepada SP3 di dalam soalan balas bahawa Tertuduh
Pertama ada memberitahu SP3 bahawa Boy ada meninggalkan satu
kotak untuk SP3. Adalah nyata bahawa apa yang dicadangkan oleh
peguambela Tertuduh Pertama kepada SP3 semasa soalan balas
adalah bertentangan dengan keterangan Tertuduh Pertama semasa
pembelaan.

[34] Jika diteliti corak soalan balas peguambela Tertuduh Pertama, ia


menggambarkan bahawa Tertuduh Pertama mengetahui bahawa
GOBI meninggalkan satu kotak untuk diserahkan kepada SP3 tetapi
semasa Tertuduh Pertama memberi keterangan pembelaan, dia
menyatakan bahawa perbualan antara dia dan SP3 hanya berkisar
kepada bagaimana Tertuduh Pertama mengenali GOBI dan Tertuduh
Pertama tinggal di mana. Itu saja.

[35] Tertuduh Pertama di dalam keterangan pembelaannya menyatakan


bahawa GOBI telah membawa satu beg plastik putih ke dalam
Restoran Pelita tetapi Tertuduh Pertama tidak mengetahui kandungan

36
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

beg plastik putih tersebut. Semasa SP3 disoal balas oleh peguambela
Tertuduh Pertama yang semestinya mendapat arahan daripada
Tertuduh Pertama, peguambela telah mencadangkan kepada SP3,
bahawa Tertuduh Pertama memberitahu SP3 bahawa Boy telah
meninggalkan satu kotak untuk SP3.

[36] Lanjutan daripada itu juga, barang kes yang akhirnya dirampas oleh
pihak polis daripada Tertuduh Pertama merupakan satu kotak kertas
warna putih dan di dalam kotak putih ini didapati mengandungi
barang disyaki dadah berbahaya. Tiada beg plastik putih yang
dirampas daripada Tertuduh Pertama (Lihat Borang Serah Menyerah
barang Kes - Ekshibit P12 dan gambar Ekshibit P8D).

[37] Berkaitan keterangan Tertuduh Kedua pula, Tertuduh Kedua


menyatakan bahawa dia tidak mengenali Tertuduh Pertama sebelum
kejadian ini. Adakah ini satu kebetulan kerana kedua-dua mereka
datang dari kawasan yang sama. Tertuduh Pertama dari 22 Lorong
Sembilang 12, Seberang Jaya, Pulau Pinang manakala Tertuduh
Kedua dari 11 Tingkat Siakap 1, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Tertuduh Kedua menyatakan di dalam keterangan pembelaannya
bahawa sebaik sahaja dia memasuki jalan masuk ke stesyen minyak
Caltex, Sungai Petani itu, keretanya telah dihalang oleh dua kereta
dan seterusnya dia ditangkap. SP5 dan pasukannya telah mengambil
kedudukan di stesyen minyak Caltex seawal jam 5.50 petang lagi.
SP5 dapat melihat kedatangan SP3 yang menaiki kereta Kancil KBA
6419 dan juga melihat SP3 dan sumber berjalan menuju ke arah
Restoran Pelita.

[38] SP5 juga di dalam keterangannya mengesahkan bahawa sumber ada


beredar dari Restoran Pelita meninggalkan SP3 dan Tertuduh
Pertama. Kemudiannya SP5 melihat SP3 dan Tertuduh Pertama
keluar daripada Restoran Pelita dan menuju ke arah kereta KBA 6419
tadi dan kedua-dua mereka masuk ke dalam kereta tersebut. Tertuduh

37
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

Pertama masuk melalui pintu hadapan penumpang sebelah pemandu.


Mereka berada di dalam lebih kurang 5 - 10 minit dan kemudiannya
SP5 melihat Tertuduh Pertama keluar daripada kereta dan berjalan
ke arah jalan masuk ke stesyen minyak Caltex dan masuk ke dalam
kereta Proton Pesona WVH 5171 yang telah tersedia diletakkan di
situ melalui pintu hadapan bahagian penumpang di sebelah pemandu.
Kemudiannya SP3 melihat Tertuduh Pertama keluar daripada kereta
Pesona WVH 5171 itu sambil memegang satu kotak warna putih.

[39] ASP Shaifulmunzir Bin Abd Rahman (SP6) di dalam keterangannya


antara lain menyatakan bahawa dia melihat lelaki India (yang
kemudiannya dicamkan sebagai Tertuduh Pertama) keluar daripada
kereta AP (SP3) dan berjalan ke arah kereta Persona dan masuk ke
dalam kereta Persona tersebut dan keluar membawa satu kotak warna
putih dan masuk semula ke kereta AP. SP3 kemudiannya keluar
daripada kereta dan memberi isyarat tangan dan SP6 telah
menghalang kereta Proton Persona WVH 5171 dengan kereta Proton
Waja dan berjaya menahan Tertuduh Kedua yang sedang duduk di
bahagian pemandu. Keterangan SD3 tidak dapat membantu kerana
walaupun jika benar dia meminta Tertuduh Kedua ke Sungai Petani
tetapi apa yang dilakukan oleh Tertuduh Kedua tidak diketahui
olehnya.

[40] Saksi-saksi penting pendakwaan iaitu SP3, SP5 dan SP6 melihat
Tertuduh memasuki kereta Proton Persona WVH 5171 dan keluar
semula membawa satu kotak putih. Tertuduh Kedua pula ditangkap
semasa berada di bahagian tempat duduk pemandu di dalam kereta
Proton Pesona WVH 5171. Tidak ada sebab untuk mahkamah ini
tidak menerima keterangan saksi-saksi pendakwaan ini. Daripada
penilaian keterangan di atas secara maksima adalah jelas bahawa
pembelaan kedua-dua tertuduh adalah penafian semata-mata dan
jalan cerita pembelaan adalah rekaan semata-mata. Mahkamah ini
juga menolak kewujudan GOBI yang ditimbulkan oleh pihak

38
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

pembelaan iaitu oleh Tertuduh Pertama. Tertuduh Pertama adalah


BOY yang duduk dan berbincang dengan SP3 di dalam Restoran
Pelita tersebut berkaitan urusan jual beli dadah dan Tertuduh Kedua
sememangnya mengenali Tertuduh Pertama dan bersama-sama
terlibat di dalam kejadian ini.

Kesimpulan

[41] Saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan


kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan oleh itu kedua-dua
tertuduh didapati salah atas kedua-dua pertuduhan yang di hadapi
mereka. Memandangkan hanya terdapat satu hukuman sahaja bagi
kesalahan ini, saya dengan ini menjatuhkan hukuman gantung dileher
sampai mati terhadap kedua-dua tertuduh atas kedua-dua pertuduhan
tersebut.

Bertarikh: 19 JULAI 2017

(HASHIM HAMZAH)
HAKIM
MAHKAMAH TINGGI MALAYA
ALOR SETAR

Kaunsel:

Bagi pihak tertuduh pertama - Mohamad Afza Dahari @ Zahari; T/n


Zahari & Co
Peguambela & Peguamcara
No. 3, Tingkat 1
Taman Seri Halban
06000 Jitra
KEDAH DARUL AMAN
[Ref : za/ma/assign/kumanan]

39
[2017] 1 LNS 2137 Legal Network Series

Tel : 04-9190506
Fax : 04-9190506

Bagi pihak tertuduh kedua - Burhanudeen Abdul Wahid; T/n Burhan &
Company
1564-L1, Wisma Burhan
Jalan Kota
05000 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN
[Ref : BC 201610059 CR/sha]
Tel : 04-7310112/04-7301113
Fax : 04-7344118

Zabidah Ahmad, Timbalan Pendakwa Raya; Pejabat Penasihat Undang-


Undang
Negeri Kedah Darul Aman
Aras 4, Blok C, Wisma Darul Aman
05250 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-7744677
Fax : 04-7744682

40

You might also like