You are on page 1of 3

FALSAFAH SAINS SOSIAL

SKW 321

Kuliah: Selasa (9-10.50) – SK2

Pensyarah: Dr. Shariffah Suraya Syed Jamaludin (C05/012)

Dr. Rabiatul-Adawiah Ahmad Rashid (E47/119)

Sinopsis Kursus

Pengajian Sains Sosial merupakan suatu bidang ilmu yang sangat luas dan subjektif. Bagi
memastikan ia difahami secara tepat dan mendasar, kursus ini bertujuan memperkenalkan
falsafah bagi pengajian sains sosial. Falsafah ini merangkumi pengertian konsep ilmu
pengetahuan dan sifat-sifatnya termasuk persoalan dan keperluan melihat kajian Sains
Sosial sebagai suatu yang menyeluruh. Ia juga akan mengupas bagaimana Falsafah Sains
Sosial memberi kesan kepada kaedah penyelidikan dan kajian lapangan. Salah satu konsep
asas yang akan diperkenalkan adalah kelestarian ilmu dalam konteks Sains Sosial. Kursus
ini juga akan melihat implikasi kaedah kajian sains sosial dalam melihat kejadian semasa.

Perbincangan tentang falsafah tersebut akan merujuk kepada teori-teori asas yang
digunakan dalam disiplin sains sosial Barat dan Asia. Ia akan membincangkan pendekatan
dalam sejarah dan juga perspektif dan aliran yang baru diperkembangkan atau menerima
perhatian bagi memperlihatkan keutamaan ilmu tempatan dan global dan keperibumian
ilmu Sains Sosial. Beberapa persoalan utama yang akan diterokai adalah melihat fitrah
sains dan melihat falsafah serta metodnya Adakah sains tulin boleh menjadi model kepada
sains sosial. Bagi tujuan ini, persamaan dan perbandingan keduanya akan dibahaskan.
Contoh akan diberikan dari bidang sosiologi, ekonomi, politik dan pembangunan.

Tujuan kursus

1. Memperkenalkan falsafah sains sosial dengan mendedahkan kepada konsep asas, tujuan,
matlamat dan perkembangan pengajian bidang ini.

2. Membina keupayaan menganalisa kelogikan, metod dan cara penerangan dan


penyelidikan sains sosial

3. Memahami andaian-andaian asas berkenaan fitrah tingkah laku manusia, kewujudan


sosial dan pengertian ilmu pengetahuan yang hakiki.
4. Memahami konsep kelestarian ilmu dan kaitannya dengan sains sosial.

Topik Kuliah

Minggu TOPIK
1 (12/9/17) Pengenalan kajian Sains Sosial
2 (19/9/17) Falsafah dan Konsep Ilmu
3 (26/9/17) Asas-asas Falsafah Sains Sosial
4 (03/10/17) Perbandingan Sains Sosial dan Sains Tulen
5 (10/10/17) Perbandingan Sains Sosial dan Sains Tulen (Samb)
(16/10/17 - 22/19/17) CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
6 (24/10/17) Persoalan Etika dalam Sains Sosial
7 (31/10/17) Implikasi Falsafah Sains Sosial ke atas kaedah penyelidikan
dan kajian lapangan & Kuiz
8 (07/11/17) Sejarah Bidang Sains Sosial
9 (14/11/17) Pembinaan dan Perkembangan Sains Sosial
10 (21/11/17) Cabaran Bidang Sains Sosial
11 (28/11/17) Peranan dan Orientasi Sains Sosial
12 (05/12/17) Kerelatifan Budaya dalam Sains Sosial
13 (12/12/17) Kaedah Penyelidikan: Pemerhatian Turut Serta (Bronislaw
Malinowski)
14 (19/12/17) Sambungan
(25/12/17 - 31/12/17) MINGGU ULANGKAJI

* Dr. Rabiatul-Adawiyah akan mengendalikan kursus daripada (12/9/2017 –


31/10/2017), manakala Dr. Shariffah Suraya akan mengambil alih pengajaran kursus
daripada (07/11/2017 – 19/12/2017).

Penilaian Kursus

Peperiksaan Akhir: 50%

Kerja Kursus : 50% (Seminar: 30%; Ujian: 20%)

RUJUKAN
History Philosophy and social studies of science: essays in honour of Ungku Aziz/edited
by Mohd Hazim Shah (QH175.5.H673 2006)

The Philosophy of social science: an introduction Martin Hollis (H61.H743)

Contemporary philosophy of social science a multicultural approach/Brian Fay (H61.F282)

Abdul Rahman Embong (2010). Malaysian Studies: Looking back, moving forward.
Selangor:Persatuan Sains Sosial Malaysia.

___________________ (2006). Peranan dan Orientasi Sains Sosial Malaysia. Bangi:


Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

___________________ (2005). Antropologi dan Sosiologi: Menggaris Arah Baru.


Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cook, S. (2003). Change, uncertainty and the future of Sociology. Journal of Sociology,
39 (91): 7-14.

Rahimah Abdul Aziz (2005). Pengajian Ilmu Antropologi dan Sosiologi di Universiti
Kebangsaan Malaysia: Menoleh ke Belakang, Melangkah ke Hadapan. Akademika, 66
(Januari): 51-80.

Zawawi Ibrahim (2012). Social Science and Knowledge In a Globalising World.


Selangor: Persatuan Sains Sosial Malaysia.

Sharifah Zaleha Syed Hassan & Mohd Shamsuddin Zahid Sopian (1992). Perenungan
tentang Ilmu Sains Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Boas, Franz (1966). Race, language and culture. USA: The Free Press.

Bronislaw Malinowski (1922). Argonouts of the Western Pacific. London: Routledge &
Kegan Paul Ltd.

* Bahan rujukan lain akan diberikan dari masa ke semasa

You might also like