You are on page 1of 19

PT 20803 : ANALISIS DATA

Kuliah 3
PENYEDIAAN FAIL
DATA
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Pengenalan
Proses penyediaan fail data melibatkan permindahan data
mentah (dari soal selidik atau dokumen) ke fail data.
Dalam penyediaan fail data, fokus adalah terhadap menamakan
pembolehubah (defining variables), memberi kod nombor pada
data dan memberi kod pada data/ maklumat yang tidak lengkap
(missing value).

Menamakan Pembolehubah
(Defining variables)
Proses menamakan pembolehubah merangkumi tujuh (7)
langkah:
(1) memberi nama kepada pembolehubah
(2) memberi label kepada pembolehubah
(3) memberi label kepada nilai pembolehubah
(4) data tidak lengkap (missing value)
(5) jenis pembolehubah
(6) format lajur
(7) tahap pengukuran

Menamakan Pembolehubah
(Defining variables)
(1) Memberi Nama kepada Pembolehubah (Naming a variable)
Langkah ini adalah
memberi nama kepada
setiap pembolehubah.
Contohnya,
pembolehubah bagi
tahap keagamaan diri
diberi nama sebagai
keagamaan.

Menamakan Pembolehubah
(Defining variables)
(2) Memberi Label Pada Pembolehubah (Variable Labels)
Langkah ini adalah
memberi label atau
penjelasan pada
pembolehubah yang telah
dinamakan.
Contohnya, nama
pembolehubah adalah
keagamaan dan label
atau penjelasan bagi
pembolehubah ini adalah
tahap keagamaan diri.

Menamakan Pembolehubah
(Defining variables)
(3) Memberi Label Pada Nilai Pembolehubah (Value Labels)
Langkah ini adalah
memberi penjelasan pada
kod yang telah diberikan
kepada pembolehubah
yang berbentuk kategori.
Contohnya,
pembolehubah jantina
bagi lelaki diberi kod 1 dan
perempuan diberi kod 2,
maka label nilai bagi
pembolehubah ini adalah
1 = lelaki
2 = perempuan

Menamakan Pembolehubah
(Defining variables)
(4) Data yang Tidak Lengkap (Missing Values)
Jika terdapat data atau maklumat
yang hilang atau tidak lengkap
dalam soal selidik, sel berkenaan
boleh dibiarkan kosong atau kod
tertentu diberikan.
Kod yang diberikan tidak boleh
sama dengan nilai yang terdapat
dalam data.

Kod yang biasa digunakan bagi


data yang data tidak lengkap
(missing value) adalah 9, 99 atau
999.

Menamakan Pembolehubah
(Defining variables)
(5) Jenis Pembolehubah (Variable Type)
Selain dalam bentuk
nombor,
pembolehubah juga
boleh dalam bentuk
seperti date, string,
currency dan
sebagainya dan tempat
perpuluhan yang
digunakan juga boleh
lebih atau kurang
daripada dua tempat
perpuluhan.

Menamakan Pembolehubah
(Defining variables)
(5) Jenis Pembolehubah (Variable Type)
Selain dalam bentuk
nombor,
pembolehubah juga
boleh dalam bentuk
seperti date, string,
currency dan
sebagainya dan tempat
perpuluhan yang
digunakan juga boleh
lebih atau kurang
daripada dua tempat
perpuluhan.

Menamakan Pembolehubah
(Defining variables)
(6) Format Lajur

Lebar lajur dan Alignment data dalam Data Editor Window


program SPSS boleh diubahsuai saiznya dan kedudukannya
sama ada ke kiri, kanan atau tengah.
(7) Tahap Pengukuran
Tahap pengukuran (sama ada ordinal atau nominal) bagi
sesuatu pembolehubah boleh dinyatakan dalam Data Editor
Window.

Menamakan Pembolehubah
(Defining variables)
Jika terdapat
beberapa
pembolehubah
yang
menggunakan
format respon
yang sama, maka
hanya perlu
memberi label
pada satu
pembolehubah
sahaja, kemudian
salin (copy) label
berkenaan pada
pembolehubah
lain

Memasukkan Data
Dalam SPSS, klik ikon Data View (sudut bawah kiri) untuk
memasukkan data
taip nilai/ kod
yang
ditandakan oleh
responden bagi
setiap
pembolehubah

Menambah dan Menggugurkan


Kes/ Responden
Langkah menambah kes/ responden dalam fail data sedia ada:

Pilih baris kes/


responden baru yang
hendak ditambah.
Klik kanan tetikus dan
pilih Insert Cases

Menambah dan Menggugurkan


Kes/ Responden
Langkah menggugurkan kes/responden dalam fail data sedia
ada:
Pilih baris kes/
responden yang hendak
digugurkan
Klik kanan tetikus dan
pilih Clear. Boleh juga
guna butang Delete pada
papan kekunci untuk
mengugurkan kes/
responden

Menambah dan Menggugurkan


Pembolehubah
Langkah menambah pembolehubah daripada fail data sedia
ada:
Pilih lajur
pembolehubah
baru yang
hendak
ditambah.
Klik pada
kanan tetikus
dan pilih Insert
Variables

Menambah dan Menggugurkan


Pembolehubah
Langkah menggugurkan pembolehubah daripada fail sedia
ada:
Pilih lajur
pembolehubah yang
hendak digugurkan

Klik pada kanan


tetikus dan pilih
Clear. Boleh juga
guna butang Delete
pada papan kekunci
untuk mengugurkan
pembolehubah

Memindah Kedudukan Kes/


Responden/Pembolehubah
Langkah memindah kes/ responden atau pembolehubah daripada
fail data sedia ada:

Pilih nama
pembolehubah
atau nombor
kes/ responden
yang hendak
dipindahkan

Memindah Kedudukan Kes/


Responden/Pembolehubah
Langkah memindah kes/ responden atau pembolehubah daripada
fail data sedia ada:

Klik pada
kanan tetikus
dan pilih Cut
dan kemudian
Paste pada
lajur atau baris
yang hendak
dipindahkan

Menyimpan Fail Data

You might also like