You are on page 1of 2

SITUASI 1:

Ibu mengambil sebiji limau dari peti sejuk. Kemudian, ibu memotong buah oren
tersebut kepada 8 bahagian yang sama. Ali memakan 2 ulas daripada limau itu dan
Adi memakan 3 ulas daripada limau itu. Berapakah jumlah ulas limau yang telah
dimakan oleh Ali dan Adi??

Jom kita kira sama-sama berapa bahagiankah yang dimakan oleh Ali dan Adi ye adikadik..
Ali makan 2 daripada 8 ulas limau = 2/8
Adi makan 3 daripada 8 ulas limau = 3/8
Jadi, jumlah bilangan ulas limau yang telah dimakan ialah:
2/8 + 3/8 = 5/8
tapi adik-adik, berapa pula bilangan ulas yang tinggal??
jom kita kira sekali lagi...
sebiji limau mempunyai 8 ulas limau = 8/8
jumlah yang telah dimakan oleh Ali dan Adi ialah 5/8
jumlah yang tinggal ialah...
8/8 - 5/8 = 3/8
jadi, jumlah ulas limau yang masih tinggal ialah 3/ 8

SITUASI 2:
Aida membeli sebiji kek di sebuah kedai. di rumah, dia memotong kek itu kepada
5 bahagian yang sama besar. selepas itu, satu bahagian daripada kek itu diberikan
kepada Anita dan 2 bahagian lagi diberikan kepada Aisyah. berapakah jumlah
bahagian kek yang telah diberi oleh Aida??

Ayuh adik-adik, kita kira sama-sama !!!


Sebiji kek dipotong kepada 5 bahagian.
Aida memberi satu bahagian daripada kek itu kepada Anita= 1/5
Aida memberi 2 bahagian daripada kek itu kepada Aisyah = 2/ 5
jumlah bahagian kek yang diberi ialah 1/5 + 2/5 = 3/5
jadi adik-adik, berapa pula bahagian kek yang tinggal untuk Aida??
jom kita kira!!!
sebiji kek memiliki 5 bahagian = 5/5
bahagian kek yang diberi kepada Anita dan Aisyah = 3/ 5
jadi, baki yang tinggal ialah = 5/5- 3/5 = 2/5

You might also like