You are on page 1of 5

Pada hari Jumaat yang penuh berkat dan dalam masjid yang suci ini, marilah kita

bersama-sama tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT

dengan bersungguh-

sungguh melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya,


sesungguhnya orang yang paling baik di sisi tuhan ialah orang yang paling
bertaqwa. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah BAHAYA AJARAN SESAT .
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Baru-baru ini seorang pembawa dan penyebar ajaran sesat yang mengaku sebagai
Rasul Melayu telah disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun
termasuk 6 bulan tahanan di Pusat Pemurnian Akidah, denda RM16,500 dan 6
sebatan. Tindakan ini bukanlah yang pertama seumpamanya tetapi pernah
dijalankan sejak kemunculan ajaran sesat di negara ini pada abad ke-17 lagi. Jika
dahulu penyebar ajaran sesat tidak aktif dan hanya bergerak secara bersembunyi,
namun kini sesetengah mereka menjadi semakin berani dan menyebarkan hal-hal
yang dianggap prinsip dalam Islam seperti mengaku diri sebagai Nabi, sebagai
Jibril, mendakwa menerima wahyu dan sebagainya.
Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga 2008
terdapat sebanyak 55 jenis ajaran sesat telah diwartakan haram di Malaysia.
Bagaimana pun dengan kerjasama Polis diRaja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), Majlis Keselamatan Negeri (MKN), orang awam dan beberapa
agensi kerajaan yang lain, maka Jabatan Agama Islam berjaya mengawal
perkembangan ajaran sesat. Pada masa ini masih terdapat 12 ajaran sesat yang
masih aktif.
Sebagai agama yang suci, usaha berterusan masih dilakukan untuk
menyelamatkan akidah ummah dan menjamin keselamatan negara. Apa yang nyata,
perbuatan melampau kumpulan ajaran sesat ini adakalanya menyamai keganasan
jenayah sivil seperti penculikan, ugutan, pemerasan wang, dan pembunuhan.
1

Malah, tindakan penyebar dan pengikut ajaran sesat ini, sangat membimbangkan
dan mendatangkan kesan yang sangat buruk.
Persoalan besar timbul ialah mengapa umat Islam masih keliru dengan ajaran
Islam dan ajaran sesat itu?. Tidak lain ialah kerana mereka merasa terkongkong
dengan pantang larang Allah SWT dan terlalu mengikut kehendak hawa nafsu yang
jahat supaya segala hajatnya diperolehi dengan jalan yang lebih mudah. Allah SWT
berfirman:

Maksudnya: Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang
yang sesat.
(Surah al-Fatihah:7)
Berdasarkan ayat tadi, Allah SWT menjelaskan tentang ciri-ciri orang yang
sesat iaitu mereka yang tidak betul kepercayaannya atau amal ibadahnya dan rosak
akhlaknya. Ini bermakna sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orangorang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya adalah ajaran Islam,
tetapi berlawanan dengan akidah dan syariah Islam adalah dihukumkan sesat.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Fahaman atau ajaran itu dikatakan sesat apabila ia memenuhi salah satu dari
sepuluh ciri-ciri. Namun ciri-ciri ini hanya boleh diputuskan oleh pakar agama atau
Jawatankuasa Fatwa bagi menentukan suatu ajaran itu sesat dan menyesatkan atau
tidak. Ciri-ciri tersebut ialah:
Pertama:

Mengingkari rukun iman dan rukun Islam.

Kedua:

Meyakini atau mengikuti akidah yang tidak sesuai dengan syarak.

Ketiga:

Meyakini turunnya wahyu setelah al-Quran.


2

Keempat:

Mengingkari kandungan atau kebenaran al-Quran.

Kelima:

Melakukan pentafsiran al-Quran tanpa kaedah yang tepat.

Keenam:

Mengingkari kedudukan hadith Nabi sebagai sumber ajaran Islam.

Ketujuh:

Memperlekeh atau merendahkan para Nabi dan Rasul.

Kelapan:

Mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir.

Kesembilan:Mengubah asas-asas ibadah yang telah ditetapkan syarak.


Kesepuluh: Mengkafirkan sesama muslim tanpa dalil syarie.
Berdasarkan sepuluh ciri-ciri tadi, mimbar ingin mengingatkan sidang
jemaah sekalian bahawa ajaran sesat ini akan terus berkembang dengan adanya
faktor-faktor pendukung seperti berikut:
Pertama: Perbalahan Terbuka di Kalangan Ahli Agama.
Organisasi Islam sama ada kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan, perlu
menerima bahawa usaha dakwah dalam membina akidah umat Islam masih perlu
diperbaiki lagi. Jangan kita bersikap mementingkan diri sehingga berpecah belah
dalam mencapai matlamat atau agenda sendiri. Kita perlu bersatu padu kerana
realitinya umat Islam masih ketandusan iman. Sekarang bukan masa untuk kita
bercakaran sesama sendiri, tetapi masa untuk menggandakan usaha dakwah dan
memantapkan akidah supaya Islam menjadi agama di yakini oleh penganut agama
lain.
Kedua: Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang.
Ajaran sesat adalah satu ancaman besar dalam negara. Justeru, jika disabitkan
bersalah undang-undang yang tegas perlu diambil. Jangan sekadar tangkap, tetapi
ajarannya masih bebas kerana kesesatan akidah bukan sekadar jenayah dan
kejahatan, ia juga boleh menjadi penyebab kes bunuh diri. Kegiatan ini perlu
dibanteras ke akar umbi agar tidak ada lagi ajaran sesat. Pihak penguatkuasa dan

undang-undang perlu tegas, agar tidak timbul alasan tidak tahu, tiada kuasa dan
sebagainya dalam menangani ajaran sesat.
Ketiga: Wujud Pembela Ajaran Sesat.
Perkembangan ajaran sesat ini diburukkan lagi dengan kelompok liberal yang
taklid secara membuta-tuli dengan pelbagai alasan. Mereka sering menggunakan
isu kebebasan beragama dan kebebasan mentafsirkan ajaran agama sesuka hati.
Disebalik kebijaksanaan akal yang cetek iman, mereka menghina Islam.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,


Mengakhiri khutbah, mimbar ingin berpesan kepada sidang Jumaat sekalian,
marilah kita sama-sama memelihara pegangan akidah kita dengan langkah-langkah
berikut:
1. Memantapkan kefahaman agama Islam secara istiqamah dari sumber yang benar
dan tepat.
2. Memberi maklumat kepada pihak berkuasa.
3. Mendidik anak dan beramal dengan ilmu syariat yang sahih.
4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam untuk memastikan guru dan ajaran yang
diajar terutama ajaran Tariqat/Tasawwuf tidak bercanggah dengan Islam.
5. Menguatkuasa undang-undang dengan tegas hingga ke akar umbi.

Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah
Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih
kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di
4

kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah,
maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (Ali Imran:19)

MARILAH SAMA2

You might also like